backup og meta

Last Anda Makan Jam Berapa? Rupanya Banyak Manfaat Kalau Makan Malam Sebelum Pukul 7!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Fatin Zahra · Disemak pada 16/12/2020

    Last Anda Makan Jam Berapa? Rupanya Banyak Manfaat Kalau Makan Malam Sebelum Pukul 7!

    Amalan makan malam sebelum pukul 7 amat popular dalam kalangan orang yang berdiet. Amalan ini bukan sahaja baik untuk kesihatan, malah dapat menghalang kita dari makan terlalu banyak sebelum tidur.

    Makan sebelum pukul 7 telah lama diamalkan oleh masyarakat Cina. Ada banyak manfaat makan malam awal yang ramai tidak tahu.

    Oleh itu, jom baca artikel kami untuk tahu dengan lebih lanjut!

    Masyarakat Cina dan amalan makan sebelum pukul 7 malam

    Masyarakat Cina tidak menganggap makanan sebagai sumber tenaga semata-mata. Malah, makanan sebenarnya mempunyai simbolik yang lebih besar dan bermakna kepada mereka.

    Terkenal dengan gaya pemakanan yang sihat, orang Cina mengamalkan konsep ‘yin’ dan ‘yang’ dalam masakan mereka.

    Mereka memastikan masakan mereka harmoni dengan pelbagai elemen seperti sayuran dan buah-buahan yang akan melindungi mereka daripada penyakit.

    Makanan juga melambangkan hubungan mereka dengan Tuhan, tahap sosioekomi mereka dan ia juga digunakan sebagai alat untuk bersosial.

    Orang Cina makan untuk mengeratkan hubungan antara ahli keluarga dan rakan-rakan. Oleh itu, makan malam selalunya disediakan dalam amaun yang banyak.

    Mereka selalunya akan duduk dan makan bersama-sama keluarga pada pukul 6.30 petang hingga 7 malam sejurus selepas semua ahli keluarga telah pulang dari kerja.

    Amalan makan sebelum pukul 7 ini kemudiannya dilihat sebagai salah satu cara pemakanan yang sihat yang perlu dicontohi oleh masyarakat lain di seluruh dunia.

    Namun, sebenarnya ada banyak lagi manfaat makan awal yang kita tidak tahu. Kebaikannya merangkumi bukan sahaja dari aspek sosial malah dari segi kesihatan juga!

    Jangan biasakan amalan makan sebelum tidur. Anda akan mudah jatuh sakit nanti!

    Kebaikan makan sebelum pukul 7

    makan sebelum tidur

    Anda mahu kurus? Cuba makan sebelum pukul 7 malam

    Makan sebelum pukul 7 boleh membantu anda untuk turunkan berat badan. Tetapi, dengan syarat anda tidak makan apa-apa lagi sampailah anda tidur.

    Kajian mendapati bahawa makan selepas pukul 8 akan membuatkan invividu rasa lebih teringin untuk mengunyah ataupun snacking sehingga masa tidur mereka tiba.

    Selalu makan lewat malam dan tidur lambat boleh menjejaskan sistem metabolisma badan. Jika anda ingin kurus, cuba pastikan anda makan sebelum pukul 7.

    Tambah lagi, tempoh masa yang lama dari pukul 7 malam sehinggalah keesokan pagi membolehkan badan memproses makanan dengan lebih sempurna.

    Tempoh ‘puasa’ ini juga antara sebab anda mudah untuk turun berat badan!

    Tidur yang lebih lena

    Elakkan makan sebelum tidur! Banyak kajian yang telah membuktikan bahawa makan pada waktu kita sepatutnya tidur hanya akan bawa mudarat kepada kesihatan badan.

    Kami faham bahawa ramai yang sibuk dengan kerja. Tapi elakkan menunda-nunda waktu makan sehingga anda terpaksa makan sebelum waktu tidur.

    Individu yang makan lebih banyak pada lewat malam didapati lebih sukar untuk tidur berbanding individu yang makan lebih awal.

    Sama seperti minum alcohol ataupun kopi sebelum tidur, efek makan sebelum tidur hanya akan buatkan anda sukar untuk lena!

    Apabila anda makan lewat malam, sistem penghadaman anda terpaksa bekerja lebih keras ketika anda tidur.

    Ini akan buatkan anda sering terjaga ketika malam. Tidur yang tak lena hanya akan buatkan anda lebih penat ketika bangun tidur keesokan harinya.

    Kurang rasa pedih ulu hati

    Kepada invididu yang sering menderita sakit ulu hati, cuba makan malam sebelum pukul 7. Makan awal akan membantu badan untuk mencerna makanan dengan lebih baik.

    Makanan memerlukan lebih kurang 3 hingga 4 jam untuk habis dicerna oleh perut. Jika anda makan terlalu lewat, badan anda terpaksa mencerna makanan ketika anda sedang tidur.

    Pasti pesakit yang selalu menderita pedih ulu hati tahu bahawa heartburn lebih teruk ketika badan dalam keadaan berbaring.

    Oleh itu, makanlah sebelum pukul 7 malam untuk elakkan rasa pedih ulu hati ya!

    Anda mungkin berminat:

    Badan yang lebih sihat

    Tahukah anda makan sebelum tidur boleh meningkatkan kadar lemak dalam darah? Apabila anda makan, badan akan menukarkan kalori yang tidak digunakan kepada trigliserida ataupun lemak.

    Tahap trigliserida yang tinggi di dalam darah boleh meningkatkan risiko anda untuk menghidap penyakit jantung, strok dan juga obesiti.

    Selain itu, makan makanan yang bergaram ketika lewat malam juga boleh meningkatkan risiko darah tinggi dan kembung perut.

    Oleh itu, cuba elakkan makan pada waktu malam lebih-lebih lagi makan makanan yang berat seperti nasi goreng, tomyam ataupun nasi kandar pada pukul 10 malam ya!

    Makan awal, elak dari makan sebelum tidur

    makan sebelum tidur

    Makan sebelum pukul 7 yang selalu diamalkan oleh orang Cina ternyata banyak faedahnya kepada kesihatan.

    Jika anda inginkan badan yang lebih sihat, tidur yang lebih lena dan jantung yang tahan lama, anda boleh cuba aplikasikan amalan ini dalam kehidupan seharian anda.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Joseph Tan

    Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


    Ditulis oleh Fatin Zahra · Disemak pada 16/12/2020

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan