backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

1

Tanya Doktor
Simpan

Luka Masih Berdarah Dan Lambat Sembuh, Ini 9 Punca UTAMA Ia Terjadi

Disemak secara perubatan oleh Dr. Amy Kor · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 08/12/2022

    Luka Masih Berdarah Dan Lambat Sembuh, Ini 9 Punca UTAMA Ia Terjadi

    Mendapat luka atau sebarang kecederaan adalah satu perkara yang tidak menyeronokkan. Ia menyebabkan anda berasa sakit. Namun, ajaibnya, badan kita mempunyai sistem penyembuhan tersendiri yang hebat yang boleh membantu sembuhkan luka anda. Tetapi, pernahkah anda berdepan keadaan di mana luka lambat sembuh? Jika pernah, mengapakah ia terjadi? Apakah punca yang menyebabkan keadaan ini berlaku?

    Luka lambat sembuh, ini proses penyembuhan luka

    Secara umumnya, terdapat tiga peringkat penyembuhan luka iaitu: 

    1. Fasa inflamasi

    Badan menghasilkan tindak balas semula jadi – inflamasi (keradangan) – kepada kecederaan dan membentuk darah beku untuk menghentikan pendarahan.

    Saluran darah akan melebar untuk membenarkan sel penting seperti sel antibodi, sel darah putih, faktor pertumbuhan, enzim dan nutrien, untuk tiba ke bahagian yang luka. Sel ini akan mewujudkan bengkak, kepanasan, kesakitan dan kemerahan atau dirujuk sebagai inflamasi.

    1. Fasa proliferasi

    luka lambat sembuh

    Pada fasa ini, adalah di mana bahagian luka dibina semula. Luka adalah sebagai saluran baru untuk pembinaan saluran darah supaya tisu boleh menerima oksigen dan nutrien yang mencukupi.

    Dalam peringkat penyembuhan luka yang sihat, tisu menjadi warna merah jambu atau merah, dan permukaannya tidak rata serta tidak akan berdarah dengan mudah.

    Tisu yang berwarna gelap boleh menjadi tanda jangkitan. Pada penghujung fasa proliferasi ini, sel kulit akan menutupi bahagian yang cedera.

    1. Fasa matang

    Fasa terakhir dikenali sebagai fasa matang apabila luka tertutup sepenuh dan parut mula untuk pudar. Tahap ‘pengubahsuaian’ ini secara umumnya mengambil masa 21 hari selepas kecederaan dan boleh berterusan sehingga bertahun atau lebih.

    Walau bagaimanapun, bahagian luka yang sembuh akan sentiasa menjadi bahagian yang lemah berbanding bahagian kulit yang tidak tercedera, kerana secara umumnya, hanya 80% sahaja kekuatan ketegangan kulit asal yang diperolehi.

    9 Faktor luka lambat sembuh

    Secara umumnya, faktor penyembuhan luka adalah bergantung kepada individu. Tidak semua individu akan melalui fasa penyembuhan dengan pantas.

    Sesetengah individu mungkin mengambil masa yang lebih lama untuk sesuatu luka itu sembuh. Berikut adalah beberapa perkara yang boleh menjadi antara faktor penyebab luka lambat sembuh:

    1. Usia

    luka lambat sembuh

    Usia menjejaskan segalanya dalam badan dan ia meluputi aspek struktur dan fungsi kulit. Segala proses akan menjadi perlahan selaras dengan peningkatan usia, termasuk fasa menyembuhan luka.

    Kulit menjadi nipis dan badan menunjukkan kemerosotan tindak balas inflamasi, yang bermasud kulit akan terdedah kepada kecederaan dan proses penyembuhan menjadi lambat apabila berlakunya kecederaan selepas anda semakin berusia.

    1. Peredaran darah

    Darah merupakan satu komponen penting dalam proses penyembuhan. Apabila berlaku kecederaan atau luka, darah yang akan mengangkut sel ke bahagian luka, seterusnya akan bermula proses pembinaan urat dan struktur tisu penting.

    Apabila anda mempunyai kitaran pengedaran darah yang lemah, darah tidak dapat bergerak ke seluruh badan dengan cepat, sekali gus mengakibatkan luka lambat sembuh.

    1. Kelembapan kulit

    Kulit memerlukan jumlah cecair dan kelembapan yang mencukupi untuk berkembang. Jika anda terdedah kepada kulit kering – satu masalah biasa dalam kalangan individu lebih berusia – anda berisiko untuk mendapat luka pada kulit, jangkitan dan penebalan, yang menjejaskan proses penyembuhan luka.

    Tetapi pada sisi yang lain, jika kulit anda terlalu basah, anda berisiko untuk cenderung mendapat penyakit atau jangkitan, jadi adalah penting untuk mengekalkan kelembapan kulit yang optimum bagi proses penyembuhan luka.

    1. Jangkitan

    Jangkitan boleh menjadi antara salah satu faktor penyebab luka lambat sembuh. Malahan, tanpa disedari, jangkitan turut boleh menghentikan proses penyembuhan.

    Bagi jangkitan sederhana, ia mempunyai beberapa kaedah untuk mencegah pertumbuhan semula tisu sihat. Contohnya, terdapat jangkitan yang boleh menyebabkan fasa inflamasi menjadi lebih panjang dan menghentikan fasa penyembuhan yang seterusnya.

    Turut terdapat kemungkinan bahawa jangkitan juga boleh menganggu proses pembekuan darah, sekali gus menyebabkan luka akan terus berdarah.

    1. Pemakanan

    luka lambat sembuh

    Pengambilan diet pemakanan yang betul adalah penting untuk penyembuhan optimum. Luka akan mengalami kesukaran untuk sembuh dengan betul jika anda tidak mempunyai nutrien yang diperlukan untuk proses pembaikan dan pertumbuhan sel.

    1. Trauma berulang

    Jika anda mempunyai luka yang banyak atau mengalami trauma yang serius, contohnya seperti pembedahan, mekanisme pertahanan tubuh akan terbatas dan proses pembaikan luka akan menjadi perlahan.

    1. Keadaan kesihatan

    Berdepan dengan masalah kesihatan yang serius, seperti penyakit kronik, akan mempunyai kesan langsung kepada keupayaan semula jadi badan untuk proses penyembuhan.

    Masalah berkaitan kardiovaskular adalah paling memudaratkan, tetapi mengalami masalah diabetes dan gangguan berkaitan sistem imun – immunodeficiency – turut boleh menjadi punca luka lambat sembuh.

    1. Obesiti

    Setiap individu yang mempunyai berat badan melebihi 20% berat badan ideal atau lebih, mempunyai risiko jangkitan yang lebih tinggi apabila berkaitan isu penyembuhan luka.

    1. Ubatan

    Ubatan preskripsi boleh mendatangkan kesan negatif terhadap penyembuhan luka. Sebagai contohnya, menurut American Academy of Orthopedic Surgeons, ubatan antiradang nonstreroid yang dipreskrip untuk arthritis dan aspirin serta ibuprofen yang boleh dibeli dari kaunter turut boleh menganggu fasa inflamasi bagi proses penyembuhan.

    Anticoagulant turut mempunyai keupayaan untuk mengganggu proses pembekuan darah. Manakala, imunosupresan boleh melemahkan sistem imun dan meningkatkan risiko jangkitan.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Amy Kor

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 08/12/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan