Joging untuk Badan yang Sihat

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 15/04/2019 . 2 minit bacaan
Share now

Jika anda terfikir untuk melakukan senaman atau aktiviti fizikal tetapi tidak mahu mengeluarkan bajet yang tinggi, joging adalah pilihan yang terbaik. Anda hanya memerlukan kasut dan kawasan lapang sahaja. Paling mudah, jadikan sahaja kawasan perumahan di taman atau kampung anda sebagai tempat anda berjoging.

Manfaat kesihatan daripada joging

1. Baik untuk tulang

Tulang akan menjadi semakin kuat apabila selalu menerima rintangan. Tulang kaki khususnya mendapat manfaat yang paling besar bagi senaman ini.

2. Menguatkan otot

Otot yang selalu digunakan semakin lama akan menjadi semakin kuat dan besar. Pada awalnya, anda akan berasa sakit tetapi lama-kelamaan, badan akan akan menyesuaikan diri dengan keadaan tersebut.

3. Sihat untuk jantung

Joging akan membuatkan jantung anda bekerja lebih kuat kerana permintaan oksigen lebih tinggi semasa bersenam. Ini akan menjadikan jantung lebih sihat.

4. Membakar kalori

Segala peluh dan rasa penat yang anda alami itu bukanlah sia-sia. Ia membakar kalori di dalam badan anda dan membantu menurunkan berat badan.

Joging untuk tujuan berbeza

Anda boleh melakukan sebarang aktiviti fizikal atas tujuan berbeza. Setiap tujuan itu juga mempunyai kaedah dan teknik yang berbeza.

Contoh teknik joging berbeza mengikut tujuan adalah:

1. Meningkatkan stamina – jika anda baru ingin bermula, mulakan dengan berjalan laju. Kemudian, beralih kepada berlari anak sebelum menambah tempo larian anda.

2. Menurunkan berat badan – kalori lebih banyak dibakar apabila kelajuan bertambah kerana simpanan tenaga dalam bentuk lemak akan digunakan. Jika anda inginkan hasil yang efektif, kawal juga jumlah kalori daripada pemakanan anda.

3. Menambah kenalan dan teman sosial – sukan sememangnya medan yang baik dalam menambah kenalan kerana ia adalah sesuatu yang universal dan boleh diterima oleh semua lapisan masyarakat. Tiada teknik khusus untuk tujuan ini. Anda boleh menyertai mana-mana kelab joging atau larian amal yang dianjurkan secara umum.

4. Menyertai pertandingan – ini sudah tentu memerlukan latihan sesuai mengikut jenis pertandingan. Jika anda menyertai mana-mana kelab, ia kebiasaannya menyediakan panduan dan latihan. Bagi pertandingan terbuka, anda boleh jalani latihan sendiri.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Kaki Exercise Kena Tahu Ini- Tak Guna Bersenam Setiap Hari Jika Anda Duduk Lebih 10 Jam Sehari!

    Tahukah anda, jika anda tidak aktif dab berkerja dihadapan komputer atau memandu sepanjang hari, efek bersenam dilakukan mungkin tidak dapat dirasai?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Gaya Hidup Sihat, Kecergasan 25/09/2020 . 3 minit bacaan

    Ibu Takut Nak Bersenam Sebab Masih Menyusukan Bayi? Usah Risau! Cuba 6 Tip Ini

    Menyusu badan mempunyai cabaran tersendiri. Pun begitu, ia tidak bermakna anda perlu mengetepikan aktiviti fizikal untuk kecergasan diri. Ini caranya...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Kehamilan, Kelahiran Bayi 22/09/2020 . 3 minit bacaan

    Dahaga Selepas Penat Bersukan, Yang Mana Lebih Sesuai Diminum? Air Kosong @ Isotonik?

    Ada yang keliru, adakah patut mengambil minuman isotonik seperti 100plus selepas bersukan atau cukup sekadar air biasa? Ini fakta mengenai air isotonik!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Gaya Hidup Sihat, Pemakanan 27/08/2020 . 3 minit bacaan

    Siapa Cakap Lelaki Tak Perlu Buat Yoga? Ada Manfaat Untuk Kesihatan Seksual Okay!

    Ramai yang kata senaman ini hanya untuk warga emas atau wanita hamil sahaja, salah. Ini kerana terdapat banyak manfaat yoga untuk lelaki. Klik untuk tahu!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Gaya Hidup Sihat, Kecergasan 07/07/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    tip bersenam

    Siapa Yang Kata Senaman Itu Bosan? Ia Sangat Seronok Jika 7 Perkara Ini Dapat Diatasi!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 15/10/2020 . 3 minit bacaan
    kesilapan ketika bersenam

    Ingin Bersenam? Sebelum Mula, Elak Lakukan Kesilapan Berikut – No 3 Paling Kerap Dibuat

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 09/10/2020 . 3 minit bacaan
    cara mengatasi malas bersenam

    Rasa MALAS Melakukan Aktiviti Fizikal? Cuba Elakkan 5 Perkara Ini Jika Mahu RAJIN Bersenam

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 08/10/2020 . 3 minit bacaan
    7-cara-mempercepatkan-bukaan-rahim

    Alahai, Baby Sedap Duduk Dalam Perut, Tak Nak Keluar Lagi? Cubalah 7 Petua Cepat Bersalin Ini

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 06/10/2020 . 3 minit bacaan