backup og meta

Bagaimana Hendak Bangun Awal Pagi

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Helma Hassan · Disemak pada 29/11/2019

    Bagaimana Hendak Bangun Awal Pagi

    Sukar untuk menjadi mereka yang mampu bangun pada awal pagi  jika anda gemar berjaga hingga lewat malam. Walau bagaimanapun, bangun awal pagi sebenarnya sangat bermanfaat dari segi penjimatan masa. Jadi, bagaimana kita boleh berubah dan menjadi lebih baik? Artikel di bawah akan menunjukkan kepada anda maklumat lanjut tentang bagaimana hendak bangun awal pagi.

    Dapatkan lebih banyak tidur

    Bagaimana mungkin anda bangun awal jika anda tidak tidur dengan mencukupi malam  sebelumnya? Badan kita berfungsi mengikut cara kita mengendalikan diri sendiri. Untuk tidak menjejaskan kesihatan, pastikan anda mendapatkan tidur sekurang-kurangnya 7 jam setiap hari. Waktu malam adalah masa apabila badan kita boleh berehat, membaiki sebarang penyakit, dan memulihkan tenaga dari hari kerja atau belajar yang memenatkan. Oleh itu, jika anda mahu bangun awal pagi, tidur 7 jam setiap hari adalah apa yang anda perlu lakukan.

    Malangnya, lebih susah untuk mendapat tidur yang mencukupi berbanding menyebutkannya. Ada yang mengadu bahawa mereka tidak dapat mencari masa untuk berehat. Sama ada disebabkan jadual mereka yang berserabut, atau mereka memilih kerja dan pelajaran berbanding kesihatan mereka. Kejayaan tidak akan bernilai jika anda mengorbankan kesihatan anda sendiri. Oleh itu, pilih dengan bijak antara kesihatan dan kejayaan.

    Elakkan skrin dalam bilik tidur

    Ia mungkin kedengaran sukar untuk dicapai, tetapi memastikan tiada skrin dalam bilik tidur memang boleh membantu anda mendapatkan tidur lebih awal dan yang lebih penting, tidur yang lebih lama. Sentiasa menonton Netflix atau TV bukanlah tabiat yang baik jika anda ingin bangun pada awal pagi. Berapa kali anda mendapati diri anda terlalu terleka dengan apa yang anda tonton sehingga mengabaikan keperluan badan anda atau tidur? Selain skrin TV, tablet atau telefon pintar merupakan penyebab yang lain. Membiarkan perkara ini dalam bilik anda membolehkan anda mudah terleka dengannya.

    Tambahan pula, jika anda mempunyai aplikasi telefon, anda berkemungkinan akan memeriksa emel anda, kemudian berfikir tentang kerja sewaktu tidur. Ini boleh membuatkan anda ke tertekan dan kemudian membuat hilang minat untuk tidur.

    Bina rutin dan persekitaran waktu malam yang betul

    Sesetengah orang merasakan paling mengantuk apabila mereka baru sahaja keluar dari bilik mandi. Orang lain tertidur dengan mudah selepas menghirup secawan teh panas, atau coklat, atau susu sebelum tidur. Pilihlah apa sahaja yang membantu anda tidur dengan selesa. Tetapi ingatlah untuk memilih sesuatu yang sihat, dan menenangkan supaya rutin anda tidak berbahaya kepada kesihatan anda dalam jangka masa panjang. Mengulangi tindakan yang sama sebelum tidur akan mengingatkan otak anda bahawa ini adalah masa untuk tertutup dan dengan itu, anda boleh mempunyai tidur yang baik.

    Ternyata, persekitaran bilik tidur anda dan tabiat sebelum tidur menyumbang kepada sama ada anda akan mendapat tidur malam yang baik dan mampu bangun pagi atau tidak. Amalkan perkara berikut setiap hari supaya berjaya mengubah sikap dalam kehidupan.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Panel Perubatan Hello Doktor


    Ditulis oleh Helma Hassan · Disemak pada 29/11/2019

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan