backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

5

Tanya Doktor
Simpan
Senarai kandungan

Tekak Rasa Perit? Jom Cuba 16 Cara Hilangkan Sakit Tekak Yang Paling Berkesan!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung Ā· Dokter Umum Ā· Hello Health Group


Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin Ā· Disemak pada 08/12/2023

Tekak Rasa Perit? Jom Cuba 16 Cara Hilangkan Sakit Tekak Yang Paling Berkesan!

Cuba bayangkan, sejurus bangun daripada tidur, tekak terasa perit dan sakit. Nak telan air liur pun sakit sangat! Apa cara hilangkan sakit tekak ini?

Sebelum berbincang tentang cara hilangkan sakit tekak, jom selami apakah punca sakit tekak ketika menelan ini dahulu.Ā 

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Keadaan Telinga, Hidung/ Tekak, sila dapatkannya di sini.

9 sebab tekak sakit ketika menelan

Berikut antara punca yang boleh menyebabkan kesakitan tekak atau sakit tekak ketika menelan.Ā 

#1 Selesema, flu atau jangkitan sinus

Sakit tekak semasa menelan sebenarnya satu tanda anda sedang mengalami selesema, flu atau jangkitan sinus. Ia boleh bermula dengan hidung berhingus atau batuk.

#2 Strep throat

Strep throat adalah satu keadaan jangkitan bakteria yang berlaku pada bahagian tekak.

Anda juga mungkin akan demam dan kelenjar limfa bengkak pada bahagian leher.

Bagi kanak-kanak 3 tahun ke atas, mereka boleh demam, mual dan muntah selain sakit tekak. Kanak-kanak berumur kurang 2 tahun biasanya tidak mengalami strep.

#3 Tonsilitis

Tonsilitis adalah jangkitan pada bahagian tonsil. Tonsil adalah penapis yang memerangkap kuman yang memasuki saluran pernafasan dan menyebabkan jangkitan.Ā 

Tonsil menghasilkan antibodi untuk melawan jangkitan. Tapi, tonsil juga boleh diserang bakteria atau virus yang menyebabkan ia membengkak dan meradang. Inilah punca kenapa anda sakit tekak ketika menelan!

#4 Diphtheria

Diphtheria adalah jangkitan bakteria serius yang boleh menjejaskan membran mukus pada tekak dan hidung.Ā 

Bakteria akan menjangkiti hidung dan tekak dan mula merembeskan toksin.Ā 

Toksin ini kemudiannya akan tersebar ke dalam saluran darah dan menyebabkan pembentukan selaput kelabu yang tebal pada tekak dan hidung.Ā 

#5 Croup

Croup adalah masalah pernafasan yang sering berlaku dan telah menyebabkan 7% daripada kanak-kanak dimasukkan ke hospital setiap tahun.Ā 

Croup adalah manifestasi halangan saluran udara atas yang disebabkan oleh pembengkakan laring (larynx), trakea, dan bronkitis. Ia kemudiannya menyebabkan pernafasan dan batuk yang kuat.Ā 

Baca juga:

#6 Virus herpes simplex

Tahukah anda ā€“ virus jenis 1 herpes simplex boleh menyebabkan sakit pada bahagian dalam mulut, dan mungkin juga pada bahagian bibir? Anda juga akan rasa sakit tekak semasa menelan.Ā 

Berjumpalah dengan doktor sekiranya ini kali pertama anda mengalaminya atau jika anda mempunyai HIV.Ā 

#7 Esophageal candidiasis

Ini adalah sejenis jangkitan yis yang kerap berlaku dalam kalangan individu yang memiliki HIV.

Anda juga berisiko untuk mengalami jangkitan ini sekiranya menghidap diabetes atau sakit esofagus, mengambil steroid atau antibiotik tertentu.Ā 

Antara simptom jangkitan ini seperti hilang deria rasa, rasa berkapas dalam mulut, kulit kering, dan merekah pada hujung bibir.Ā Ā 

#8 Menelan makanan atau trauma mekanikal

Terdapat beberapa jenis makanan yang berpotensi menyebabkan keradangan pada bahagian tekak, seterusnya menyebabkan sakit tekak apabila menelan.Ā 

Antaranya adalah makan makanan dalam cebisan yang besar, makanan agak keras dan makanan yang bergerigi seperti biskut atau kerepek.

#9 GERD

GERD adalah penyakit refluks gastroesophageal. Antara tanda-tanda penyakit ini:Ā 

  • pedih ulu hatiĀ 
  • sakit pada bahagian dada dan tekak
  • rasa berasid dalam mulut, muntah
  • kesukaran menelan dan suara yang serak

6 cara hilangkan sakit tekak yang boleh dicuba

cara hilangkan sakit tekak

Rawatan yang diberi oleh doktor bergantung kepada penyebab sakit tekak itu sendiri.

#1 Jangkitan bakteria: Habiskan antibiotik yang doktor berikan!

Sekiranya anda mengalami sakit tekak kerana jangkitan bakteria seperti strep, doktor akan memberi antibiotik. Antibiotik itu perlu dihabiskan walaupun jika anda rasa sudah sembuh.

#2 Makan ubat

Sakit tekak yang disebabkan jangkitan virus biasanya akan sembuh dalam masa 7 hari dan tidak memerlukan rawatan perubatan.Ā 

Acetaminophen atau pelega kesakitan ringan boleh membantu kesakitan dan demam yang dialami. Ahli farmasi juga boleh menyarankan jenis ubat yang diperlukan anda berserta dosnya.Ā 

Bagi kanak-kanak, bawa mereka ke bahagian kecemasan kerana ia mungkin boleh membawa maut jika lambat mendapatkan rawatan.

Cara hilangkan sakit tekak #3 Semburan hidung zink (zinc nasal spray)

Satu lagi cara hilangkan sakit tekak yang boleh dibuat adalah dengan menggunakan semburan hidung yang boleh didapati di kaunter farmasi.Ā 

Walau bagaimanapun, kanak-kanak tidak disarankan untuk menggunakan semburan hidung zink.Ā 

#4 Remedi di rumah

Anda juga boleh mencuba cara hilangkan sakit tekak yang boleh dibuat di rumah ini:

  • Rehat secukupnya
  • Minum banyak airĀ 
  • Makan makanan sejuk seperti aiskrim
  • Berkumur dengan air garam atau cuka epal
  • Ambil lozeng atau gula-gula untuk memberikan kelegaan pada tekak yang sakit dan batuk yang dialami oleh kanak kanak 4 tahun ke atas
  • Elakkan diri anda daripada terdedah pada bahan penyebab alahan, bahan kimia, dan asap rokok

#5 Minum minuman yang melegakan

Minum air suam merupakan salah satu cara hilangkan sakit tekak yang paling berkesan. Antara minuman yang disarankan adalah teh halia, air lemon, atau air dengan campuran madu.Ā 

Akan tetapi, madu tidak sesuai diberikan pada bayi atau kanak-kanak yang berumur kurang 1 tahun. Ini untuk mengelakkan risiko botulism, iaitu sejenis keracunan makanan.Ā 

#6 Menghirup udara lembap

Langkah mudah lain adalah menghirup udara segar yang lembap. Sediakan pelembap udara atau humidifier dalam ruangan rumah.Ā 

Humidifier berfungsi menukarkan air kepada wap air yang akan memberikan kelembapan pada udara sekitar, lalu melegakan sakit tekak yang anda alami.

8 cara hilangkan sakit tekak lain

Berikut langkah-langkahnya:

#1 Cuci tangan anda

cara hilangkan sakit tekak

Anda bukan sahaja perlu mencuci tangan setelah habis makan, tetapi juga sejurus lepas anda keluar dari tandas. Jangan lupa untuk kerap cuci tangan jika anda bersin dan batuk!

#2 Jangan sentuh bahagian tubuh yang sensitif

Elakkan menyentuh bahagian sistem pencernaan dan pernafasan seperti hidung dan mulut.Ā 

Ini untuk mengelak bendasing daripada mudah masuk ke saluran pencernaan melalui tangan anda.

#3 Jangan berkongsi peralatan makanan

Cuba untuk tidak berkongsi penggunaan peralatan makanan seperti sudu, garfu, pinggan, mangkuk dan gelas minuman.Ā 

Cara hilangkan sakit tekak #4 Bersin dan batuk dengan cara yang bersih

Jangan menekup muka anda dengan tangan ketika bersin atau batuk. Sebaliknya, gunakan sapu tangan atau tisu yang bersih.

Buang tisu yang telah digunakan atau basuh bersih kain sapu tangan tersebut. Kemudian, basuh tangan anda untuk mengelak perpindahan bakteria dan virus.

#5 Jangan sentuh water cooler dengan mulut anda

Sekiranya anda ada kemudahan water cooler, jangan sesekali meminumnya terus dari mulut. Cuba gunakan cawan atau gelas. Jangan lupa basuh bersih cawan itu sebelum menggunakannya!

#6 Jauhkan diri daripada orang yang sakit

Anda masih boleh berjumpa dengan orang yang sakit, dengan syarat tidak menyentuhnya secara terus.Ā 

Cara hilangkan sakit tekak #7 Guna hand sanitizer

Sekiranya anda sukar untuk menemui sumber air dan sabun untuk mencuci tangan, anda boleh guna hand sanitizer yang berasaskan alkohol untuk membasmi kuman yang mungkin terdapat pada tangan.Ā 

cara hilangkan sakit tekak

#8 Elak daripada merokok

Jika anda tidak merokok, jauhkan diri daripada persekitaran asap rokok atau mana-mana sumber asap. Asap boleh menyebabkan alahan lalu menyebabkan keradangan pada tekak.Ā 

Jangan lupa jumpa doktor!

Anda perlu berjumpa dengan doktor sekiranya simptom-simptom berkaitan sakit tekak yang dialami bertambah dan memburuk dalam tempoh yang lama. Jangan tunggu sehingga ia menjadi lebih teruk untuk mendapatkan rawatan. Pencegahan adalah lebih baik dan berkesan berbanding perubatan semata-mata!

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Disemak secara perubatan oleh

Dr. Gabriel Tang Pei Yung

Dokter Umum Ā· Hello Health Group


Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin Ā· Disemak pada 08/12/2023

advertisement iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

advertisement iconIklan
advertisement iconIklan