backup og meta

Ingin Berhenti Merokok Bulan Puasa Ini? Buat 5 Tip Di Bawah Confirm Anda Tak Hisap Lagi

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 10/06/2020

    Ingin Berhenti Merokok Bulan Puasa Ini? Buat 5 Tip Di Bawah Confirm Anda Tak Hisap Lagi

    Ramadan adalah bulan yang penuh kemuliaan. Inilah ketika yang paling sesuai untuk anda memperbanyakkan ibadat dan amal jariah dalam usaha memburu ganjaran pahala.

    Selain solat sunat dan sedekah, ada satu lagi perkara yang sepatutnya dilakukan di bulan mulia ini iaitu berhenti merokok.

    Ingin jadikan Ramadan kali ini lebih bermakna? Jom sama-sama kita ikuti artikel ini dengan lebih lanjut!

    Tip berhenti merokok semasa Ramadan!

    Tidak dinafikan, memang susah untuk berhenti dari tabiat buruk yang boleh menjejaskan kesihatan ini.

    Bahkan semasa bulan puasa, ada individu yang akan merokok lebih banyak berbanding bulan biasa.

    Manakan tidak, golongan perokok tegar kebiasaannya akan memanfaatkan waktu iftar dan sahur sebagai peluang untuk mereka melampiaskan nafsu dengan merokok secara bertalu-talu.

    Lebih membimbangkan, golongan ini rela ketepikan makanan dan minuman lazat di atas meja makan terlebih dahulu semata-mata demi sebatang rokok.

    Ini adalah satu kebiasaan yang perlu diperbetulkan.

    Sila ikuti tip berhenti merokok semasa Ramadan yang kami sediakan ini:

    #1. Dimulakan dengan nawaitu

    Sama seperti ibadat berpuasa, kita perlu memulakannya dengan niat pada malam hari.

    Begitulah juga halnya jika kalian ingin berhenti dari tabiat buruk ini. Berniatlah setiap malam untuk keesokan harinya.

    Ini adalah sangat penting untuk anda memperkuatkan mental dan fizikal agar lebih bermotivasi.

    Tanamkan dalam hati bahawa anda bukan sahaja boleh menahan diri dari lapar dan dahaga malahan nafsu untuk merokok.

    Tiba waktu iftar dan sahur pula, jangan terus pergi merokok. Sebaliknya, ingat kembali nawaitu anda pada malam hari itu!

    #2. Perlahan tapi konsisten

    Ya, memang sukar untuk perokok tegar terus berhenti secara mengejut.

    Jadi, jangan lakukannya secara drastik kerana ia boleh memberi kesan kepada tubuh badan anda akibat efek penarikan nikotin.

    Jadi, sila lakukannya dengan perlahan tetapi konsisten.

    Sebagai contoh, anda mungkin boleh mengehadkan satu kotak rokok untuk satu minggu sahaja. Catukan mengikut hari dan cuba mendisiplinkan diri.

    Jika berjaya, kurangkan lagi amaun tersebut mengikut peredaran masa. Mungkin satu kotak rokok untuk 2 minggu, 3 minggu atau sebulan?

    Mungkin disebabkan disiplin yang tinggi, anda dapat menyambut Syawal sebagai individu yang bebas dari rokok?

    #3. Elak dari perkara yang membuat anda ingin merokok

    Ada beberapa perkara yang boleh jadi pemicu untuk keinginan merokok itu datang.

    Antaranya adalah pengambilan air bergas, berkafein atau beralkohol. Maka berhentilah dari mengambilnya bersempena bulan mulia ini.

    Dalam pada itu, cuba ambil snek yang lebih sihat seperti buah atau jus yang sudah tentu lebih sihat.

    Gula-gula getah juga adalah alternatif terbaik untuk mengalihkan perhatian untuk merokok terutamanya selepas makan.

    Jika ingin lebih tekad, anda mungkin boleh sorokkan rokok dan pemetik api dari jangkauan mata serta tangan anda?

    Cara ini semestinya akan membuat kalian teringat kembali nawaitu yang sudah dipasang sebelum ini.

    merokok

    #4. Bertangguh dalam usaha berhenti merokok

    Sesungguhnya bertangguh dari beribadat itu adalah sesuatu yang sangat tidak disukai dalam agama Islam.

    Pun begitu, bertangguh dalam konteks menghentikan tabiat buruk adalah amat dialu-alukan.

    Jadi, cuba tanamkan dalam hati anda begini; setiap kali ingin merokok, tangguhkan ia selama 5 minit.

    Jika berjaya, ulangilah ia beberapa kali sehinggalah keinginan anda itu hilang dengan sendirinya.

    5 minit itu mungkin kelihatan seperti waktu yang singkat dan tidak bermakna, namun bayangkan jika ia didarab beberapa kali?

    Lama-kelamaan, usaha anda untuk berhenti dari tabiat buruk ini pasti berjaya!

    #5. Kekal aktif di bulan Ramadan

    Siapa kata Ramadan adalah bulan untuk anda bermalas-malasan dan tidur sahaja sepanjang hari? Anda silap.

    Kalian sebenarnya masih boleh kekal aktif di bulan puasa ini dengan pelbagai aktiviti fizikal.

    Tiada siapa yang menghalang anda untuk berjoging, berbasikal atau berenang di bulan puasa ini.

    Dengan aktiviti sihat sebegini, anda sudah pasti dapat mengisi masa lapang pada waktu siang atau malam hari.

    Lama-kelamaan, kehidupan sihat yang anda jalani ini akan buat anda sedar bahawa tabiat merokok itu adalah sia-sia dan boleh menjejaskan kesihatan tubuh badan anda.

    Jadi, perbetulkanlah nawaitu anda untuk berhenti merokok mulai hari ini. Akhir kata, jadikan Ramadan kali ini lebih bermakna!

    Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Ahmad Wazir Aiman

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 10/06/2020

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan