Bagaimana Mengendalikan Keletihan?

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Diterbitkan pada 04/05/2018 . 2 minit bacaan
Share now

Ada kalanya apabila seseorang mengalami keletihan yang tidak dapat dijelaskan kerana stres, tidur yang tidak mencukupi, pemakanan yang tidak sihat atau faktor-faktor lain. Ikuti tip penjagaan diri berikut untuk meningkatkan tahap tenaga anda dan mengelakkan keletihan.

Mengenal pasti masalah kesihatan

Keletihan merupakan simptom yang biasa bagi pelbagai penyakit seperti diabetes, penyakit jantung, artritis, dan apnea tidur. Sila jumpa doktor anda jika anda mengalami keletihan yang tidak dapat dijelaskan.

Banyak ubat-ubatan boleh menyebabkan keletihan, termasuk ubat tekanan darah, antihistamin, dan ubat-ubatan lain. Jika anda mengalami keletihan selepas mengambil ubat baru, sila berjumpa dengan doktor.

Makan hidangan yang lebih kecil dengan kerap

Untuk mengekalkan tenaga anda sepanjang hari, anda perlu makan makanan biasa dan snek yang sihat setiap tiga hingga empat jam, dan bukannya hidangan yang banyak tetapi kurang kerap.

Banyakkan bergerak

Anda mungkin berasa terlalu letih untuk melakukan senaman tetapi apa yang menghairankan adalah senaman yang kerap akan memulihkan tahap tenaga anda. Walaupun sekadar  berjalan kaki 15 minit, ia boleh memberikan anda lebih banyak tenaga, dan manfaatnya meningkat dengan aktiviti fizikal yang lebih kerap.

Mula dengan senaman ringan. Tingkatkan aktiviti fizikal anda dari hari ke hari sehingga anda mencapai tahap standard senaman aerobik intensiti sederhana seperti berbasikal atau berjalan cepat.

Menurunkan berat badan

Jika anda sedikit terlebih berat badan, anda biasanya berasa letih. Ia juga meletakkan tekanan tambahan ke atas jantung anda, yang boleh membuatkan anda letih. Cuba turunkan berat badan, pasti anda akan berasa lebih aktif. Selain makan makanan yang sihat untuk menurunkan berat badan, anda perlu menjadi lebih aktif dan melakukan lebih banyak senaman.

Dapatkan tidur yang baik

Dua pertiga daripada kita mempunyai masalah tidur, dan ramai orang mendapati sukar untuk kekal segar sepanjang hari kerana tidur yang tidak mencukupi. Apa yang disyorkan adalah tidur dan bangun pada waktu pagi pada masa yang sama setiap hari, dan mandi air panas sekurang-kurangnya 20 minit sebelum tidur.

Membuang tekanan

Tekanan memakan banyak tenaga. Cuba terlibat dalam aktiviti santai setiap hari. Contohnya senaman gimnasium, atau mendengar muzik, membaca atau melepak bersama rakan-rakan. Apa sahaja yang membuat anda rasa selesa akan meningkatkan tenaga anda.

Mengambil lebih banyak air

Anda mungkin berasa letih hanya kerana kering. Segelas air akan melakukan silap mata, terutamanya selepas senaman.

Minum kurang kafein dan alkohol

Sesiapa rasa letih, cuba kurangkan pengambilan kafein. Anda perlu secara beransur-ansur meninggalkan semua minuman kafein (termasuk kopi, teh dan minuman cola) dalam tempoh tiga minggu. Cuba untuk tidak menyentuh setitik kafein selama sebulan untuk melihat jika ia membantu mengurangkan rasa letih. Pada mulanya, anda mungkin mengalami sakit kepala. Jadi kurangkan jumlah kafein yang anda minum secara beransur-ansur.

Beberapa gelas wain pada waktu malam boleh membantu anda tidur. Walau bagaimanapun, anda mungkin tidak mendapatkan tidur yang baik selepas minum alkohol. Anda akan menjadi letih pada hari selepasnya, walaupun anda tidur selama lapan jam. Elakkan minuman alkohol sebelum waktu tidur akan memberikan anda rehat yang lebih efektif dan membantu membina tenaga.

Mengikuti jam badan anda

Tak kira anda jenis yang mana satu, buruk pipit di pagi hari atau burung hantu di waktu malam, perbezaan pola tenaga harian bagi individu berbeza ditetapkan oleh struktur otak dan genetik. Maka, ia agak susah untuk diubah. Oleh itu, ada perlu memahami irama sirkadian anda. Kemudian, rancang aktiviti anda berdasarkan pola tenaga harian anda.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Kalau Nak Anak Bijak, Ibu Kena Rajin Baca Buku Masa Hamil, Benarkah?

    Benarkah ibu mengandung yang mempunyai tabiat membaca buku menjadikan anak lebih bijak? Ikuti kupasan ini untuk mengetahui dengan lebih lanjut.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Kehamilan, Penjagaan Ibu hamil 28/10/2020 . 3 minit bacaan

    Ada Ahli Keluarga Yang Hidap Diabetes? Jika Anda Nak Hindarinya, Ikut 5 Langkah Ini

    Jika ada ahli keluarga anda yang pernah menghidap jenis penyakit diabetes, besar kemungkinan untuk anda turut mendapat kencing manis keturunan

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Pusat Kesihatan, Diabetes 28/10/2020 . 3 minit bacaan

    BAHAYA! Ada Orang Boleh Alami Strok Senyap Tanpa Disedari, Boleh Sebabkan Masalah Kekal

    Tahukah anda, anda boleh mengalami satu keadaan yang disebut penyakit strok senyap. Namun, anda biasanya tidak akan sedar bahawa anda alami strok senyap

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Pusat Kesihatan, Angin Ahmar/Strok 28/10/2020 . 3 minit bacaan

    Asyik Rasa Lapar Saja? Anda Mungkin Makan Banyak Sebab NAFSU! Ini Cara Nak Elak

    Sering rasa lapar walaupun baru sahaja makan nasi sepinggan? Mungkin anda sebenarnya mengalami lapar palsu atau false hunger.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Gaya Hidup Sihat, Pemakanan 28/10/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    penyakit radang usus

    Penghidap Radang Usus IBD, Ini 13 Masalah Kulit Yang Mungkin Akan Anda Alami

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 28/10/2020 . 3 minit bacaan
    cermin mata atau kanta lekap

    Antara Cermin Mata & Contact Lens, Yang Mana Satu Lebih Baik? Ini Pro & Kontranya

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 28/10/2020 . 3 minit bacaan
    paru paru berair

    Orang Kita Masih Percaya Mandi Malam Boleh Buat Paru-paru Berair! Sebenarnya, Fakta @ Auta?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 28/10/2020 . 3 minit bacaan
    ekzema kulit kepala

    Ekzema Kepala Punca Kulit Kepala Selalu Gatal, Sampai Boleh Buat Rambut Gugur?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 28/10/2020 . 3 minit bacaan