Atasi Sakit Sendi Anda Dengan Herba dan Rempah Berikut

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 14/07/2020 . 3 minit bacaan
Share now

Sakit sendi sering dikaitkan dengan arthritis, iaitu keadaan keradangan pada sendi dan ianya akan menyerang secara berterusan memandangkan pergerakan bahagian tubuh badan akan sentiasa berlaku walaupun ketika anda sedang tidur. Sakit sendi atau athritis berlaku di bahagian badan termasuklah sendi, ligamen, tendon, otot dan tulang rawan. Hampir 40 juta individu di Amerika Syarikat direkodkan menghidapi arthritis dengan 1.8 juta daripadanya mengalami Rheumatoid Arthritis. Terdapat lebih daripada 100 jenis arthritis dengan beberapa jenis daripadanya adalah yang sering berlaku iaitu Rheumatoid Arthritis, Osteoarthritis, Psoriatic Arthritis, Gout dan Fibromyalgia. Sakit sendi kerap berlaku apabila anda menghidap arthritis, bersama-sama dengan kekejangan, lebam, dan kemerah-merahan sebagai sebahagian daripada simptom. Arthritis berlaku apabila tisu penghubung fleksibel didalam sendi anda yang dinamakan ‘cartilage’ atau rawan berkurangan daripada jumlah yang sepatutnya.

Halia

sakit sendi

Terdapat beberapa jenis herba dan rempah yang boleh digunakan sebagai alternatif untuk mengatasi sakit sendi anda memandangkan ianya telah terbukti secara saintifik. Zingiber officinale Roscoe (Zingiberaceae) atau lebih dikenali dengan nama halia adalah bahagian rizom pohon Zingiber officinale. Ianya telah digunakan secara tradisional sebagai tumbuhan dengan nilai perubatan sejak sekian lama. Ianya telah terbukti secara saintifik pada tahun 1982, dengan penggunaan halia mampu melegakan sakit sendi yang berkaitan dengan rheumatoid arthritis. Dalam kajian tersebut, empat komposisi baharu diasingkan daripada halia dan kesemua komposisi tersebut menunjukkan kesan penghambatan yang berpotensi untuk mengurangkan sintesis prostaglandin, iaitu punca keradangan. Halia juga menunjukkan kesan dalam menghalang prostaglandin dan biosintesis leukotriena yang menyokong tindakan anti-radang. Halia juga memainkan peranan penting terhadap beberapa penyakit seperti asma, diabetes, strok dan sembelit kerana ia mengandungi bahan-bahan fitokimia.

Aloe vera

sakit sendi

Aloe barbadensis atau aloe vera dikenali tentang fungsi kelegaannya untuk masalah kulit seperti luka kecil, sengatan serangga, lebam, racun tumbuhan seperti pohon Ivy dan eczema. Komposisi seperti anthraquinone, anthracene, cinnamic acid dan anthranilic acid yang diperoleh daripada aloe vera berfungsi sebagai anti-arthritis dan ajen anti radang yang sangat berkesan. Aloe vera turut digunakan sebagai pembersih darah, diuretik, tonik rahim, julap, meredakan demam serta antibakteria dan antikulat. Acemannan dan glucomannan adalah dua polysaccharides yang terdapat didalam aloe vera yang memberi manfaat kepada keradangan. Ini juga termasuklah mempercepat pertumbuhan semula tisu, meningkatkan dan merangsang tindak balas imun dan meningkatkan sel darah putih.

Lada hitam

sakit sendi

Lada hitam berasal dari rantau India Selatan dan telah ditanam di negara-negara beriklim tropika seperti Indonesia, Brazil, Malaysia, Vietnam dan Sri Lanka. Lada hitam mempunyai aroma berkayu, aromatik dan pedas dengan rasa berapi. Piperine adalah sebatian bioaktif yang diperolehi daripada lada hitam yang boleh mengurangkan gejala-gejala arthritis dalam acute paw arthritis yang disebabkan oleh carrageenan. Ia juga meningkatkan rembesan jus gastrik, melegakan loya, sakit kepala dan membantu dengan pencernaan yang bermasalah.

Kunyit

sakit sendi

Selain itu, kunyit juga dianggap sebagai herba yang paling berkesan untuk menghalang keradangan sakit sendi selain daripada mengurangkan kesakitan. Ia berasal dari India dan China dan ditanam di beberapa negara termasuk Sri Lanka, Indonesia, Jamaica dan Peru. Ia mengandungi vilotile oil, bijirin kanji, resin, dan curcuminoid. Curcumin, komponen utama curcuminoids bertindak sebagai agen anti-radang dan untuk itu, ia telah digunakan dalam penyembuhan luka, hepatoprotection (keupayaan untuk melindungi hati dari kerosakan), dan neuroprotection. Allepey India dianggap sebagai rizom yang berkualiti tinggi kerana ia mempunyai kandungan curcumin tertinggi berbanding daripada rizom lain. Dalam penilaian in vivo, curcuminoid menunjukkan bahawa ia boleh mengurangkan keradangan akut dan kronik masing-masing sebanyak 75% dan 68%. Pengambilan harian sebanyak 4 mg total curcuminoids boleh menghalang keradangan sendi arthritis.

Teh hijau

sakit sendi

Teh hijau atau yang dikenali secara saintifik sebagai Camellia sinensis Linn berasal dari tanah besar China, Asia Tenggara dan Asia Selatan. Sebatian aktif di dalam teh hijau adalah polyphenols (catechins dan flavonols), kafein dan minyak pati dan catechin yang paling besar dalam epigallocatechin merupakan antioksidan yang kuat. Teh hijau mengandungi banyak epigallocatechin 3-gallate (EGCG) yang mana para saintis dari University of Michigan mendapati ia dapat mengurangkan keradangan dan sakit sendi dengan membatasi pengeluaran molekul tertentu dalam sistem imun.

Semua tumbuh-tumbuhan dan herba ini adalah ubat yang telah menjadi amalan sebagai agen penyembuh pelbagai guna. Penggunaan herba dan rempah-rempah untuk menyembuhkan kesakitan sendi telah dibuktikan dengan bukti-bukti yang boleh dipercayai dan diikuti dengan sokongan daripada penemuan penyelidikan lain. Dengan pelbagai sebatian aktif dalam tumbuh-tumbuhan yang berfungsi sebagai agen anti-radang, kita dapat menyembuhkan kesakitan sendi secara semulajadi dan mengurangkan keradangan daripada berlaku.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.  

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

enEnglish

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"
    Rujukan

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Mungkinkah Nyamuk Gajah Bakal Bawa Wabak Baru?

    Nyamuk gajah sering dikaitkan dengan virus Ross River yang masih tiada penawar. Adakah nyamuk sebesar duit syiling 20 sen ini ancaman terbaru dunia?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Berita, Berita Antarabangsa 04/02/2020 . 4 minit bacaan

    Sakit Bahu? Ini Penyebab Dan Cara Atasinya

    Selain sakit belakang dan lutut, sakit badan lain yang turut menjadi masalah kepada ramai orang adalah sakit bahu. Ketahui punca dan cara mengatasinya.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Ahmad Wazir Aiman Mohd Abdul Wahab
    Pusat Kesihatan, Penyakit Muskuloskeletal 13/12/2019 . 4 minit bacaan

    Virus Faringitis

    Virus faringitis adalah merupakan keradangan yang berlaku pada bahagian pharynx (bahagian tekak antara tonsil dan larynx).

    Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Kesihatan A-Z, Kesihatan A-Z 10/12/2019 . 2 minit bacaan

    Pernah Dengar Teh Bunga Raya? Jika Belum, Ini Manfaat Yang Perlu Anda Tahu

    Ramai yang tidak percaya bahawa pokok bunga raya juga mempunyai khasiat sepertimana pokok-pokok herba terkenal yang lain. Terutamanya teh bunga raya

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Gaya Hidup Sihat, Pemakanan 13/11/2019 . 2 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    manfaat susu

    Susu Kambing VS Susu Lembu, Yang Mana Lebih Baik Untuk Si Kecil?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 08/09/2020 . 3 minit bacaan
    daun kapal terbang

    Minum Air Rendaman Kapal Terbang Boleh Rawat Kencing Manis? Jangan Buat BAHAYA!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 18/08/2020 . 3 minit bacaan
    kacip fatimah

    Khasiat Kacip Fatimah Diperakui, Tapi Wanita Hamil Dan Ibu Menyusu Boleh Makan Ke?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 04/08/2020 . 3 minit bacaan
    ibd

    Penyakit Radang Usus (IBD) Sebabkan Wanita Tidak Subur, Fakta Atau Auta?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 16/07/2020 . 3 minit bacaan