Asid Borik dalam Makanan Boleh Menyebabkan Kematian

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 29/11/2019 . 2 minit bacaan
Share now

Asid borik (H3BO3) merupakan bahan antiseptik, pestisid dan fungisid yang lemah. Ia selalunya digunakan untuk kawalan serangga sebagi bahan pengawet kayu dalam industri perabot, industri kaca dan juga digunakan dalan bidang perubatan. Namun begitu, asid borik dalam makanan adalah yang paling bahaya.

Kini, asid borik juga telah digunakan sebagai bahan pengawet dalam industri makanan. Bahan pengawet adalah apa-apa bahan yang mana apabila ditambah pada makanan, ia boleh menyekat, merencat atau menahan proses penguraian, penapaian atau pengasidan makanan. Ia tidak termasuk herba, rempah ratus, cuka atau asap kayu.

Bahaya Asid Borik Dalam Makanan

Kepentingan kesihatan awam

Joint FAO/WHO Expert Committee on Food Additives telah menilai keselamatan asid borik dan boraks pada 1961 dan menyimpulkan bahawa sebatian ini dianggap tidak sesuai digunakan sebagai bahan tambahan makanan.

Jabatan Keselamatan dan Kualiti Makanan, Jabatan Kesihatan Negeri Selangor menyetakan bahawa individu yang memakan makanan yang mengandungi kandungan asid borik yang tinggu akan mengalami loya, muntah, cirit-birit, dermatitis, kegagalan buah pinggang, kegagalan akut sistem peredaran darah dan seterusnya ia boleh menyebabkan kematian, bergantung kepada paras asid borik yang masuk ke dalam badan individu tersebut.

Makanan yang sering dikesan mengandungi asid borik?

Asid borik tidak boleh hadir langsung di dalam makanan. Kehadirannya adalah disebabkan sikap segelintir pengusaha makanan yang tidak beretika dan hanya mementingkan aspek keuntungan tanpa memikirkan aspek keselamatan makanan kepada pengguna. Ia digunakan oleh pengusaha makanana bagi memastikan makanan yang dijual kepada pengguna tahan lebih lama dan kelihatan segar.

Makanan yang sering dikesan mengandungi asid borik adalah jenis pasta seperti mi kuning, laksa, kuetiau (kuey teow), loh se fun, mi wantan, mi Hokkien, mihun, kulit popia dan bak chang.

Memandangkan penggunaan asid borik tidak disyorkan dalam makanan, adalah penting untuk memantau tahap asid borik dalam bahan makanan memandangkan kepentingannya terhadap kesihatan manusia dan keselamatan makanan.

Pengguna juga dinasihatkan supaya melaporkan kepada jabatan kesihatan yang berhampiran sekiranya berasa sangsi terhadap pencemaran asid borik dalam makanan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"
    Rujukan

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Jika Begini Rupa Kuali Anda, Buang Ia Sekarang!

    Tiada siapa yang mahu didiagnosis dengan masalah kanser hanya kerana menggunakan kuali yang bercalar, kan? Teruskan membaca untuk tahu dengan lebih lanjut.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Tips Kesihatan, Gaya Hidup Sihat 06/12/2019 . 2 minit bacaan

    Kenapa Anda Perlu Ada 2 Papan Pemotong Di Rumah?

    Berapa banyakkah papan pemotong yang anda miliki di rumah? Adakah anda menggunakan satu papan pemotong dengan pelbagai tujuan? Berhenti sekarang!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Gaya Hidup Sihat, Pemakanan 23/10/2019 . 3 minit bacaan

    Bukan Nak Menakutkan, Tapi Ini 6 Makanan Yang Selalu Menjadi Punca Keracunan, Hati-Hati Ya!

    Cirit-birit dan muntah merupakan antara gejala keracunan makanan. Namun, apakah penyebab sebenar keracunan makanan? Adakah boleh makanan penyebab keracunan?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Tips Kesihatan, Gaya Hidup Sihat, Pemakanan 21/10/2019 . 2 minit bacaan

    Rintangan Terhadap Antibiotik Semakin Meningkat

    Antibiotik tidak boleh diambil sesuka hati. Ambil antibiotik tanpa keperluan boleh sebabkan rintangan antibiotik bagi antibiotik semulajadi

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Shelby
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Kesihatan A-Z, Kesihatan A-Z 31/01/2019 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    pinggan viral

    Pinggan Viral Bercorak Mungkin Nampak Cantik Tapi Bahaya! – Baca Ini Sebelum Beli

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 03/06/2020 . 3 minit bacaan
    elakkan-5-perkara-cara-merawat-keracunan-makanan

    Alami Keracunan Makanan Bulan Puasa Ini? Ada 12 Benda Anda Perlu Ambil & Elak, Biar Cepat Sembuh

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 07/05/2020 . 3 minit bacaan
    mi kuning

    Anda Tahu Tak Kewujudan Asid Borik Dalam Mi Kuning? Ini BAHAYANYA Jika Anda Termakan!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 22/01/2020 . 3 minit bacaan
    keracunan makanan

    Berhenti Panaskan Semula Nasi Di Rumah, Ia Boleh Sebabkan Keracunan Makanan – KKM

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 31/12/2019 . 4 minit bacaan