Apakah Punca Disfungsi Erektil (Mati Pucuk)?

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 27/11/2019 . 1 minit bacaan
Share now

Disfungsi erektil (mati pucuk) adalah kegagalan seorang lelaki untuk memulakan ereksi atau mengekalkan ereksi sehingga cukup untuk melakukan hubungan seksual.

Gagal untuk ereksi sekali-sekala adalah normal bagi lelaki. Namun, jika berlaku secara berterusan, ia boleh menyebabkan tekanan dan menjejaskan keyakinan diri serta mungkin boleh merosakkan rumah tangga.

Jadi, apakah punca disfungsi erektil?

Ia terbahagi kepada dua, iaitu punca fizikal dan psikologikal.

Punca fizikal

Penyakit-penyakit berikut boleh menyebabkan disfungsi erektil:

  • Penyakit jantung
  • Merokok
  • Tekanan darah tinggi
  • Kolesterol tinggi
  • Obesiti
  • Diabetes
  • Penyalahgunaan dadah atau alkohol
  • Komplikasi pembedahan di kawasan pelvis
  • Masalah tidur
  • Sesetengah ubat-ubatan

Punca psikologikal

Otak memainkan peranan penting dalam membolehkan proses ereksi untuk berlaku. Punca psikologikal juga tidak kurang kerap berlaku hampir sama banyak dengan punca fizikal.

Ia termasuk:

  • Kemurungan, kebimbangan atau keadaan kesihatan mental yang lain
  • Stres
  • Masalah rumah tangga disebabkan stres, masalah komunikasi atau masalah-masalah yang lain

Masalah disfungsi erektil ini adalah masalah yang serius. Jangan malu untuk mendapatkan bantuan dan nasihat perubatan dari doktor di hospital. Jika tidak dibendung, stres dan tekanan yang anda hadapi akan semakin bertambah dari hari ke hari sehingga akhirnya menjejaskan kehidupan rumah tangga dan sosial anda secara umum.

Kini, banyak pusat perubatan yang menyediakan nasihat dan rawatan kepada masalah ini. Jangan risau, ia adalah masalah yang boleh diuruskan.

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Ada Tip Nak Bagi Hidung Mancung, Caranya Lakukan Senaman, Berkesan Atau Sekadar Harapan Palsu?

    Ada yang percaya dan amalkan tips hidung mancung dengan cara melakukan senaman? Nak tahu berkesan atau tidak, jom sama-sama klik artikel ini!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Keadaan Telinga, Hidung/Tekak, Pusat Kesihatan 24/11/2020 . 3 minit bacaan

    AWAS, Jangan Terlalu Selesa! Orang Kurus Yang Tidur Berdengkur BERPOTENSI Jadi GEMUK!

    Pernah tak anda tertanya-tanya, adakah masalah kegemukan yang menyebabkan seseorang itu berdengkur semasa tidur atau sebaliknya? Jawapannya adalah...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Gaya Hidup Sihat, Tidur 24/11/2020 . 3 minit bacaan

    Kulit Melecur Terkena Air Panas Di Rumah? Jangan Bimbang, Rawat Guna 10 Cara Ini

    Kulit terkena air panas kerana air kopi tertumpah di tangan? Jangan panik. Ikuti 10 cara merawat kulit melecur ini untuk kurangkan kecederaan luka terbakar

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Gaya Hidup Sihat, Pertolongan Cemas 24/11/2020 . 3 minit bacaan

    Jangan Mandi Semasa Datang Bulan Sebab Boleh Mandul, Usah Tertipu Dengan Mitos Haid Ini!

    Pelbagai mitos haid berlegaran dalam kalangan masyarakat yang membuat para wanita khuatir. Benar atau tidak? Ini fakta menstruasi yang perlu anda tahu.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Wanita 23/11/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    kesihatan kanser prostat

    Jangan Buat Tak Endah Hal Berkaitan Prostat, Ini 5 Cara Pastikan Ia Kekal Sihat & Kuat!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 24/11/2020 . 3 minit bacaan
    seks dan teknologi

    Kehidupan Seks Terjejas Dengan Adanya Teknologi? Apa Kesannya Pada Hubungan Intim?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 24/11/2020 . 3 minit bacaan
    ulser mulut

    Aduh! Sakitnya Terkena Ulser, Ini Cara Rawat ‘Mata Ikan’ Di Rumah, Pakai Garam Pun Boleh?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 24/11/2020 . 3 minit bacaan
    jangkitan kulat

    Ibu Hamil, Jangan Ambil Mudah Jika Ada Jangkitan Kulat Pada Faraj! BAHAYA Kepada Bayi

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 24/11/2020 . 3 minit bacaan