Apakah Itu Nokturia?

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 15/07/2020 . 2 minit bacaan
Share now

Adakah anda kerap bangun pada waktu malam, lebih dari sekali dalam tempoh 6-8 jam waktu tidur, hanya untuk kencing? Jika ya, anda mungkin menghidapi nokturia. Ia sama anda badan anda menghasilkan air kencing terlalu banyak, atau pundi kencing anda tidak dapat menahannya, atau mungkin kedua-duanya. Tapi apakah itu nokturia?

Nokturia

Nokturia, atau poliuria nokturnal, merupakan istilah perubatan yang merujuk kepada masalah kencing yang berlebihan pada waktu malam. Sewaktu tidur, secara normalnya, badan akan kurang menghasilkan air kencing, ini bermakna kebanyakan individu tidak perlu bangun pada waktu malam untuk membuang air kecil dan boleh tidur tanpa gangguan selama 6 hingga 8 jam.

Selain mengganggu tidur anda, nokturia boleh menjadi simptom yang disebabkan keadaan perubatan

Simptom

Jika anda perlu bangun dua kali atau lebih pada setiap malam untuk kencing, ia bermakna anda mempunyai nokturia. Ia merupakan simptom yang paling mudah untuk dikenal pasti. Perlu diingatkan bahawa nokturia bermakna sesuatu berlaku di dalam badan kita.

Apakah puncanya?

Pelbagai punca boleh menjadi faktor berlakunya nokturia; pilihan gaya hidup kepada keadaan perubatan. Walau ia kerap terjadi kepada individu dewasa yang lebih berusia, tetapi ia boleh berlaku kepada sesiapa tanpa mengira usia.

Minum cecair terlalu banyak pada waktu petang boleh menyebabkan anda kencing lebih kerap pada waktu malam. Kafein dan alkohol selepas makan malam juga boleh menjadi penyebab masalah ini.

Punca umum yang turut boleh menyumbang kepada masalah ini, termasuklah:

  • Jangkitan pundi kencing atau saluran kencing
  • Pembesaran kelenjar prostat (BPH)
  • Kehamilan
  • Pundi kencing terlalu aktif (OAB)

Pelbagai  keadaan perubatan turut boleh menyebabkan berlakunya masalah ini.

  • Kegagalan buah pinggang kronik
  • Diabetes
  • Kegagalan jantung
  • Tahap kalsium dalam darah tinggi
  • Ubatan tertentu, termasuk pil diuretik
  • Insipidus diabetes
  • Tumor pada pundi kencing, prostat atau kawasan pelvis
  • Kegelisahan
  • Jangkitan buah pinggang
  • Pembengkakan kaki atau edema
  • Gangguan neurologi; sklerosis multipel  (MS) atau penyakit Parkinson
  • Kegagalan organ; jantung atau hati

Kerap bangun malam untuk kencing juga boleh dikaitkan dengan apnea tidur obstruktif  dan gangguan tidur  lain.

Rawatan

Sekiranya anda merasakan anda mungkin mempunyai nokturia, berjumpalah doktor anda dan anda mungkin akan dirujuk kepada pakar urologi untuk menentukan keadaan anda.

Bergantung kepada jenis dan punca yang menyebabkan nokturia. Jika disebabkan gangguan tidur atau apnea tidur obstruktif, anda akan rujuk kepada pakar pulmonologi.

Pilihan rawatan mungkin termasuk:

  1. Mengubah gaya hidup:
  • Menghadkan pengambilan cecair di waktu petang, terutama kopi, minuman berkafein, dan alkohol
  • Penjadualan waktu makan pil diuretik; pertengahan hingga lewat petang, enam jam sebelum waktu tidur
  • Tidur siang 
  1. Ubat-ubatan:
  • Ubat antikolinergik: mengurangkan simptom pundi kencing terlalu aktif
  • Bumetanide (Bumex®), Furosemide (Lasix®): diuretik yang membantu mengawal pengeluaran air kencing
  • Desmopressin (DDAVP®): membantu buah pinggang untuk kurang menghasilkan air kencing

Nokturia boleh menjadi satu masalah yang kritikal untuk ramai individu kerana ia cenderung menyebabkan gangguan tidur kronik. Walau bagaimana pun, dengan kesungguhan dan motivasi diri yang teguh, keadaan ini boleh diperbaiki untuk mendapatkan kualiti kehidupan yang lebih baik.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy
    Rujukan

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Cendawan Ulat / Kulat Beluncas Cina (Caterpillar Fungus)

    KegunaanApakah kegunaan Cendawan Ulat / Kulat Beluncas Cina (Caterpillar Fungus)? Cendawan Ulat, Kulat Beluncas Cina atau Kulat Ulat Beluncas adalah sejenis kulat yang hidup di atas ulat-ulat tertentu di kawasan ...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Ikraam Abdul Latif
    Ubat/Herba A-Z, Herba A-Z 25/05/2018 . 3 minit bacaan

    Terkencing Malam dalam Kalangan Orang Tua

    Apakah itu masalah terkencing malam dalam kalangan orang tua? Terkencing malam (atau inkotinens urinari) adalah masalah biasa dalam kalangan orang tua. Keadaan ini digambarkan dengan kencing secara tidak sengaja ...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Helma Hassan
    Gaya Hidup Sihat, Penjagaan Warga Emas 05/04/2018 . 2 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    punca kencing malam

    Usah Percaya Dengan Tangkal Lagi, Jom Ketahui 7 Punca Sebenar Terkencing Waktu Malam!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 04/09/2020 . 3 minit bacaan
    cara kecutkan cyst

    Kerap Sangat Sakit Bawah Perut? Hati-Hati Dengan 11 Tanda Cyst Ovari Yang Mengancam Wanita

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 21/05/2020 . 3 minit bacaan
    kerap kencing

    Aduh! Asyik Kerap Nak Terkencing, Ini 8 Makanan Perlu Ambil & Harus Dielakkan

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 18/05/2020 . 3 minit bacaan

    Ibu Bapa Nafi, Anak Patut Peduli

    Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
    Ditulis oleh Farah Aziz
    Diterbitkan pada 09/08/2018 . 2 minit bacaan