Ambil Tahu Tentang Sejarah Penyakit Polio, Anti Vaksin Anda Mungkin Belum Tahu Ini

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 21/10/2020 . 2 minit bacaan
Share now

Bukan kemerdekaan sahaja mempunyai sejarah, perubatan juga punya sejarah yang panjang. Sebahagian golongan di dalam masyarakat pada hari ini gagal memahami dan belajar daripada sejarah dahulu sehingga mereka mengambil tindakan di luar konteks yang betul.

Anti vaksin adalah antara isu yang masih lagi segar dibincangkan di dalam masyarakat. Mereka ini sebenarnya tidak sedar dengan apa yang dilakukan. Niatnya adalah baik dan suci untuk memastikan keturunan mereka bebas daripada ‘bendasing’. Mereka inginkan kehidupan yang organik dan semula jadi.

Katanya, “Kenapa ingin disuntik sedangkan anak saya sihat?”

Sejarah penyakit polio – Masyarakat terlalu selesa

Antara punca sebahagian orang tidak mahu mengambil vaksin adalah kerana terlalu selesa dengan keadaan mereka. Semasa vaksin mula diperkenalkan, orang ramai berpusu-pusu dan berusaha memastikan diri serta ahli keluarganya menerima vaksin.

Ketika itu, kes yang dicatatkan adalah tinggi dan mungkin berlaku dalam kalangan ahli keluarga atau kenalan terdekat.

Semakin lama, bilangan kes semakin berkurang. Orang pun semakin selesa dan merasakan bahawa keluarga mereka sudah selamat. Tapi apabila terkena, doktor juga yang dicari.

Kalau mereka tahu bagaimana penyakit polio melanda masyarakat suatu ketika dahulu, pastinya mereka akan ubah fikiran. Pada awal abad ke 20, wabak polio menyerang masyarakat di Eropah dan Amerika Syarikat.

Ratusan ribu orang dijangkiti dengan angka kematian mececah ribuan orang. Belum lagi dikira mereka yang mengalami kecacatan seumur hidup.

Semua yang mengalami selesema akan sentiasa berharap agar ia bukan polio. Selepas penemuan vaksin pertama pada tahun 1955, dan seterusnya vaksin kedua pada tahun 1960, mimpi ngeri tersebut berakhir.

Lihat sahaja dua tahun lepas (2016), semasa virus Zika yang berasal daripada Afrika mula masuk ke Malaysia, semua orang, khususnya ibu mengandung, risau dan takut jika terkena jangkitan yang boleh membuatkan bayi cacat.

Begitulah mungkin perasaan yang dialami dahulu semasa wabak polio, atau mungkin lebih.

Masyarakat dan profesional harus berinteraksi

Walaupun vaksin telah terbukti secara saintifik di atas kertas dan realiti bahawa ia sangat berkesan dalam mencegah penyakit yang berkaitan serta selamat digunakan, mungkin ada sebahagian dalam kalangan masyarakat tidak mampu memahaminya.

Golongan profesional kesihatan, khususnya, perlu mencari titik temu dengan golongan ini. Ia bukan masalah saintifik, sebaliknya isu sosial. Di sinilah interaksi antara dua pihak mula berperanan. Segala kebimbangan dan salah faham harus dijelaskan.

Dalam masa yang sama, penjelasan tersebut harus sampai kepada mereka yang berkaitan.

Persepsi dan keyakinan kepada sains pun mungkin sedikit sebanyak terjejas dengan kemunculan golongan pseudosains yang jelas tidak saintifik. Keraguan terhadap syarikat-syarikat farmaseutikal besar daripada Eropah dan Amerika Syarikat juga mungkin membuatkan orang takut dan berwaspada.

Melihat kepada pengurangan pada liputan vaksin serta kemunculan semula kes-kes seperti campak, batuk kokol dan difteria, tindakan perlu diambil. Jika tidak dibendung, tidak mustahil wabak akan berlaku semula.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Dah Sembuh Dari Jangkitan COVID-19? Ini Yang Anda Perlu Faham Agar Tak Lagi Bimbang

Pasti anda ingin mengetahui maksud yang dikatakan sebagai sembuh jangkitan COVID-19, bukan? Berikut 7 jawapan berkaitan proses pemulihan ini.

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Coronavirus, COVID-19 29/04/2020 . 4 minit bacaan

8 Soalan Lazim Kenapa Vaksin Influenza Perlu Diambil Ketika Wabak COVID-19 Ini

Tidak ramai yang sedar akan kepentingan vaksin bagi virus influenza semasa musim wabak. Artikel ini melampirkan 8 soalan lazim berkenaan dengannya.

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli

PERHATIAN! Ini 10 Jenis Vaksin Bayi, Remaja & Orang Dewasa Perlu Ambil, Siap Ada Harga Lagi

Suntikan vaksin melindungi anda daripada penyakit yang boleh membawa maut. Ketahui 10 jenis vaksin bayi dan orang dewasa yang boleh anda ambil.

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Tips Kesihatan, Gaya Hidup Sihat 23/04/2020 . 5 minit bacaan

Kaum Adam, Ini Senarai LENGKAP 21 Pemeriksaan Kesihatan & Vaksin Perlu Buat!

Bukan wanita sahaja yang perlu kerap berjumpa doktor, orang lelaki juga perlu melakukan pemeriksaan kesihatan dan mengambil imunisasi badan

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Lelaki 14/04/2020 . 5 minit bacaan

Artikel lain untuk anda

vaksin corona

COVID-19 Di US Makin Kritikal, Bilion USD Dilabur Untuk Tempah Vaksin, Pelaburan Yang Berbaloi?

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Diterbitkan pada 18/06/2020 . 3 minit bacaan
vaksin anak

Takut Nak Bawa Anak Pergi Vaksin Masa COVID-19? Dengar Apa Jawapan Pakar Tentang Imunisasi

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
Ditulis oleh Ahmad Farid
Diterbitkan pada 29/05/2020 . 3 minit bacaan
penyakit berjangkit

Ya, AEFI Pada Vaksin Memang Wujud, Tapi Ini Yang Anda Perlu Tahu Tentang Kesan Sampingan Vaksin

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Diterbitkan pada 21/05/2020 . 3 minit bacaan
vaksin coronavirus

Sediakan Berjuta Vaksin Walaupun Belum Ada Bukti Klinikal, Ini Cara UK Hadapi COVID-19

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Diterbitkan pada 08/05/2020 . 3 minit bacaan