home

Bagaimana kami boleh memperbaikinya?

close
chevron
Artikel ini mengandungi maklumat yang salah dan tidak tepat.
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Artikel ini tidak menyediakan info selengkapnya
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Hmm... Saya ada soalan!
chevron

Kami tidak boleh menawarkan khidmat nasihat kesihatan peribadi, tapi kami mengalu-alukan pendapat anda! Sila isi kotak di bawah.

wanring-icon
Jika anda mengalami kecemasan, sila hubungi pihak kecemasan atau lawati bilik kecemasan terdekat dengan kadar segera.

Melawan Polio Menggunakan Paru-Paru Besi

Melawan Polio Menggunakan Paru-Paru Besi

Polio mungkin sesuatu yang sangat asing bagi masyarakat hari ini. Selepas vaksin pertama diperkenalkan oleh Jonas Salk pada tahun 1955, kemudian oleh Albert Sabin pada tahun 1960, bilangan kes berkurang dengan mendadak.

Sejarah ringkas polio

Penyakit ini dipercayai telah wujud secara beribu tahun dahulu. Malah, rekod di Mesir menunjukkan gambaran seorang manusia dengan penyakit polio diukir pada batu yang dikatakan berumur antara 1403-1365 sebelum Masihi.

Sebelah kaki digambarkan kecil dan cacat seperti apa yang ditemui pada pesakit polio. Gambar daripada ourworldindata.org

Di zaman moden pula, penyakit ini mula mendapat perhatian bermula awal abad ke-20 apabila berlaku wabak polio di Norway dan Sweden, kemudian di Amerika Syarikat. Kepadatan penduduk dan kebersihan menjadi faktor utama dalam penyebaran virus ini.

Pada tahun 2017, hanya lebih kurang 22 kes dilaporkan di seluruh dunia. Pemberian vaksin menjadi sebab utama kepada penurunan kes secara mendadak. Malaysia sudah tidak melaporkan sebarang kes sejak Oktober 2000.

Paru-paru besi atau iron lung

Antara punca kematian polio adalah kegagalan untuk bernafas disebabkan lumpuh pada otot pernafasan. Oleh sebab itu, dua orang Profesor Universiti Harvard, Philip Drinker dan Louis Agassiz Shaw mencipta alat bantuan pernafasan untuk pesakit yang disebut sebagai paru-paru besi atau iron lung (lihat gambar di bawah) pada tahun 1928.

Imej diambil daripada laman brewminate.com

Pesakit dimasukkan ke dalam sebuah tiub kedap udara dengan kepala di luar. Mesin tersebut akan mengurangkan tekanan udara di dalam tiub untuk menghasilkan tekanan negatif, seterusnya menyebabkan udara masuk ke dalam paru-paru. Kemudian tekanan udara dikembalikan kepada asal bagi membolehkan udara keluar.

Biasanya, pesakit perlu berada di dalam paru-paru besi ini selama satu atau dua minggu sebelum boleh bernafas dengan sendiri. Namun, bagi yang mengalami lumpuh kekal, mereka mungkin perlu menggunakannya seumur hidup.

Itulah sejarah bagaimana penyakit polio dirawat satu ketika dahulu. Ia mungkin agak seram jika difikirkan, apatah lagi ingin mengalaminya. Oleh itu, kita hendaklah belajar daripada apa yang telah berlaku sewaktu dahulu agar boleh terus maju dalam kehidupan.

Perkembangan teknologi di dalam bidang kesihatan, khususnya, telah memberikan manfaat kepada ramai manusia. Ambillah peluang untuk menikmati manfaat ini dan jangan takut dengan momokan sesetengah pihak bahawa perubatan moden (contohnya vaksin) adalah bahaya dan tidak selamat.

Baca juga:

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Sumber Rujukan
Gambar penulis
Maklumat perubatan disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim
Disemak pada 03/08/2018
x