Sikap Ambil Mudah Punca Ramai Individu Tak Sedar Mengidap Diabetes

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 17/06/2020 . 2 minit bacaan
Share now

Kurang kesedaran diri dan gemar mengambil mudah isu berkaitan dengan kesihatan merupakan antara punca ramai individu tidak menyedari bahawa diri sebenarnya menghidap diabetes.

Antara yang tertinggi

Malaysia merupakan negara yang mempunyai jumlah penghidap penyakit diabetes yang tertinggi di Asia dan antara negara dengan jumlah pesakit diabetes yang tertinggi di dunia selepas Arab Saudi.

Mengejutkan? Sejujurnya, tidak. Ini kerana kebanyakan individu di negara ini mengamalkan gaya hidup yang kurang sihat seperti tidak bersenam serta mengambil makanan secara berlebihan. Keadaan ini sekali gus menjadi antara punca mengapa diabetes atau kencing manis yang merupakan antara penyakit tidak berjangkit yang semakin menunjukkan peningkatan kes.

Memetik satu laporan akhbar, menurut Pengerusi Eksekutif Institut Diabetes Kebangsaan (NADI), Dr Mustaffa Embong, kira-kira 2.5 juta individu dewasa di negara ini yang berusia 18 tahun dan ke atas menghidap diabetes.

Walau bagaimanapun, berdasarkan statistik dalam rekod NADI, menunjukkan hampir separuh daripada individu yang mengalami penyakit kencing manis ini tidak menyedari bahawa mereka menghidapinya.

Tiada simptom punca kurang kesedaran

Kebiasaannya, tiada simptom yang menunjukkan bahawa individu berkenaan mempunyai masalah kesihatan berkaitan kencing manis. Dan keadaan ini berlarutan sehingga individu terbabit mengalami masalah kesihatan lain seperti serangan jantung, strok (angin ahmar), buah pinggang bermasalah, menjadi buta serta terpaksa berdepan prosedur amputasi (pemotongan anggota badan). Ini biasanya melibatkan individu dengan diabetes jenis 2.

Diabetes merupakan satu penyakit kronik yang boleh dianggap sebagai pembunuh senyap. Masalah ini boleh dialami apabila pankreas tidak menghasilkan insulin, iaitu hormon yang mengawal paras gula dalam darah, dengan secukupnya atau apabila badan tidak lagi boleh menggunakan insulin yang dihasilkan.

Umumnya, diabetes adalah satu masalah kesihatan yang melibatkan ketidakupayaan badan untuk menukar glukosa (gula) kepada tenaga. Keadaan ini adalah penting kerana glukosa merupakan sumber utama tenaga untuk badan. 

Secara ringkasnya, antara simptom bagi penyakit diabetes jenis 2 adalah peningkatan paras gula dalam darah, kehilangan berat badan secara mendadak, sentiasa berasa lapar, kerap dahaga dan kencing, mengalami keletihan serta gangguan emosi, luka lambat sembuh dan penglihatan menjadi kabur. 

Penjagaan kesihatan

Oleh sebab tidak mengalami sebarang simptom atau gejala, ini menyebabkan kebanyakan individu berasakan diri mereka sihat. Ini menyebabkan mereka alpa untuk melakukan pemeriksaan kesihatan. 

Namun, sebenarnya, bagi pesakit yang menghidap diabetes, anda masih boleh mengawal penyakit ini. Ia boleh dilakukan jika pesakit mengamalkan gaya hidup sihat dalam kehidupan seharian.

Perubahan gaya hidup dengan menjaga pemakanan, mengekalkan berat badan seimbang, menurunkan berat badan sekurang-kurangnya lima hingga 10 peratus, serta meningkatkan aktiviti fizikal sekurang-kurangnya 150 minit seminggu, dipercayai dapat mencegah dan melambatkan kesan penyakit. 

Dalam masa yang sama, individu yang menghidap diabetes perlu dan disarankan untuk melakukan pemeriksaan berkala, saringan dan rawatan untuk risiko kardiovaskular seperti tekanan darah, tahap kolesterol dan obesiti. Di samping itu, mendapatkan rawatan daripada doktor juga adalah penting kerana setiap individu memiliki tahap penyakit yang berbeza. 

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Anda mungkin berminat untuk membaca artikel:

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Luka Lambat Sembuh? Hati-hati, Ia Mungkin Tanda Anda Menghidap Kencing Manis!

    Anda alami luka tetapi sudah berminggu-minggu masih belum baik? Luka lambat sembuh tersebut mungkin tanda bahawa anda alami luka kencing manis!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Pusat Kesihatan, Diabetes 10/09/2020 . 3 minit bacaan

    Pesakit Diabetes Tak Boleh Makan Lobak Merah Sebab Manis, Betul Ke?

    Pasti ramai yang tidak tahu khasiat lobak merah bukan? Selain baik untuk mata, sayur ini juga bagus untuk individu yang mempunyai diabetes.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Gaya Hidup Sihat, Pemakanan 03/09/2020 . 3 minit bacaan

    Pernah Dengar Kencing Manis 1.5? Baca Ini, Mana Tahu Dalam Diam Anda Mengalaminya!

    Kencing manis (diabetes) merupakan penyakit kronik yang lazim didiagnosis di Malaysia. Namun, tahukah anda, ada diabetes jenis 1.5?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Pusat Kesihatan, Diabetes 01/09/2020 . 3 minit bacaan

    Buat Pesakit Diabetes, Ini Yang Perlu Anda Lakukan Jika Terlupa Ambil Suntikan Insulin!

    Ada ketika, anda mungkin terlupa untuk menyuntik dos suntikan insulin anda. Ketahui cara suntik insulin yang betul jika terlupa lakukannya!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Pusat Kesihatan, Diabetes 25/08/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    penjagaan diri

    Ini 5 Perkara Yang Mesti Pesakit Diabetes Lakukan Setiap Masa, Setiap Hari! Jangan Lalai

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 14/10/2020 . 4 minit bacaan
    apa itu dialisis

    Dialisis, Rawatan Untuk Pesakit Buah Pinggang Yang Berkos Tinggi, Ada Alternatif Lain Ke?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 05/10/2020 . 3 minit bacaan
    kencing manis jenis 2

    Bukan Sahaja ‘Apa’, Penderita Kencing Manis Juga Kena Prihatin Dengan ‘Bila’ Anda Makan!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 21/09/2020 . 3 minit bacaan
    manfaat serat

    Pssttt… Rahsia Untuk Kurangkan Risiko Dapat Diabetes Jenis 2, Amalkan Pengambilan Serat!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 18/09/2020 . 3 minit bacaan