Takutnya Keputihan Berlebihan Dan Makin Teruk, Adakah Ia Tanda Kanser Serviks?

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 26/11/2020 . 2 minit bacaan
Share now

Keputihan adalah cacair yang keluar daripada faraj. Umumnya, keputihan merupakan salah satu perkara normal yang berlaku pada setiap wanita. Cecair ini membantu membersihkan faraj supaya ia tetap bersih dan sihat, serta menyediakan pelincir dan melindungi faraj daripada jangkitan dan kerengsaan.

Namun, keputihan ini boleh menjadi bahaya jika ia keluar secara tidak normal. Malah keputihan berlebihan atau tidak normal boleh menjadi ciri kanser serviks.

Keputihan tidak normal menjadi ciri kanser serviks

Keputihan banyak berlaku semasa stres, kehamilan atau aktiviti seksual. Namun, anda perlu berhati-hati jika keputihan yang berlaku adalah keputihan yang tidak normal.

Tanda-tandanya sangat mudah, keputihan tidak normal boleh dilihat daripada warna, tekstur, jumlah dan bau yang luar biasa. Selain itu, berlaku juga simptom lain, sebelum atau bersama atau selepas keputihan. Keputihan tidak normal biasanya disebabkan oleh jangkitan dan bukan jangkitan. Penyebab tidak berjangkit biasanya berkaitan dengan adanya bendasing atau penyakit lain seperti kanser serviks.

Keputihan tidak normal boleh menjadi tanda bahawa seseorang mempunyai kanser serviks. Ini boleh menjadi simptom awal daripada kanser serviks. Keputihan ini boleh bermula dengan warna putih bersih sehingga berwarna coklat, berbau busuk, berair dan juga bercampur darah.

Jika anda mula berasa keputihan anda tidak normal, sebaiknya segera berjumpa doktor untuk diagnosis yang tepat, hingga anda boleh merawat dengan segera sebelum ia menjadi semakin teruk dan tidak terkawal.

Faktor meningkatkan risiko mendapat kanser serviks

keputihan semasa mengandung

Terdapat beberapa faktor yang boleh meningkatkan risiko seseorang mendapat kanser serviks. Antaranya:

  • Mempunyai hubungan seks dengan pelbagai pasangan atau tidak selamat dapat meningkatkan risiko jangkitan HPV
  • Merokok
  • Jangkitan klamidia
  • Kurangnya pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran atau mempunyai diet yang tidak sihat.
  • Berat tambahan (obesiti)
  • Faktor keturunan.
  • Umur. Wanita di bawah umur 15 tahun mempunyai risiko terendah kanser ini. Tetapi risiko semakin meningkat pada wanita berumur lebih dari 40 tahun.

Cara mengurangkan risiko kanser serviks

masalah keputihan

Terdapat beberapa cara yang boleh dilakukan untuk mencegah jangkitan virus HPV, iaitu:

  • Melakukan vaksinasi HPV. Jika anda berusia antara 9-45 tahun, ini mungkin cara terbaik untuk melindungi diri daripada jangkitan HPV. Pada usia kanak-kanak dan remaja, tindak balas tubuh dalam membentuk antibodi adalah paling baik. Vaksin HPV dapat meningkatkan imun tubuh dalam melawan virus HPV.
  • Melakukan ujian Pap smear.  Anda dapat melihat perubahan yang berlaku pada sel di serviks dengan melakukan ujian ini. Oleh itu, sel yang tidak normal boleh menyebabkan kanser serviks dikesan dengan lebih awal dan boleh dicegah.
  • Mendapatkan hubungan set yang selamat. Virus HPV merebak melalui hubungan seksual. Oleh itu, sangat disyorkan untuk sentiasa mempunyai seks yang selamat, seperti selalu menggunakan kondom dan tidak bertukar pasangan.
  • Tidak merokok. Wanita yang merokok mempunyai risiko yang lebih besar untuk mengembangkan kanser serviks.
  • Manjaga kebersihan faraj supaya bebas daripada pelbagai jangkitan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Selain Jangkitan HPV, Ini Punca Lain Yang Boleh Menyebabkan Kanser Serviks, Anda Wajib Tahu

Ada banyak punca ataupun penyebab kanser serviks. Sebagai contoh, tabiat merokok, genetik dan gaya hidup merupakan antara punca kanser.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Fatin Zahra
Kanser, Kanser Serviks 21/10/2020 . 5 minit bacaan

Hai Wanita! Buang Rahim BUKAN Punca Berat Badan Turun, Tapi Ada KESAN Lain Pada Tubuh

Ada yang mengatakan kesan buang rahim atau histerektomi akan mengakibatkan penurunan berat badan. Namun adakah ia benar? Ikuti penjelasan ini...

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Wanita 09/10/2020 . 3 minit bacaan

Wanita Usah Biar Jika Sering Sakit Semasa Bersetubuh, Boleh Akibatkan Keradangan Serviks!

Kenyataan ini mungkin sukar diterima, tapi para wanita senang terdedah dengan masalah kesihatan faraj atas beberapa faktor, ini termasuklah radang serviks.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Wanita 17/08/2020 . 3 minit bacaan

Belum Berkahwin & Masih Dara, Bolehkah Lakukan Ujian Pap Smear?

Ujian pap smear adalah ujian yang dijalankan bagi memastikan kesihatan rahim dan serviks, namun adakah anak dara juga boleh melakukannya?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Wanita 14/08/2020 . 3 minit bacaan

Artikel lain untuk anda

vulva bengkak wanita

Ladies, Pernah Tak Alami Bibir Faraj Membengkak? 5 Kondisi Ini Boleh Jadi Penyebabnya

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Diterbitkan pada 20/11/2020 . 3 minit bacaan

Selalu Mengalami Keputihan Berwarna Coklat Sebelum Haid, Ini Petanda Kanser Serviks?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Diterbitkan pada 13/11/2020 . 3 minit bacaan
mitos kanser serviks

Merungkai Mitos Kanser Serviks, Betul Ke Ini Penyakit Keturunan & Pesakit Tak Boleh Hamil?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Diterbitkan pada 26/10/2020 . 3 minit bacaan
warna darah haid

Darah Haid Boleh Berwarna Oren & Kelabu? Hati-hati, Ini Petanda Masalah Kesihatan!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 22/10/2020 . 3 minit bacaan