5 Risiko sewaktu Mengembara

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 25/04/2018 . 3 minit bacaan
Share now

Anda suka melancong, bagaimanapun, berada di luar rumah mungkin lebih berisiko berbanding tidur di atas katil. Mujurlah, anda boleh menghadapi risiko dengan mengetahui dan bersiap sedia untuk menghadapinya.

Pengangkutan

Penerbangan atau mengembara dengan kereta api atau kereta mungkin bukan sentiasa menyeronokkan. Masalah dengan pengangkutan boleh menjejaskan emosi anda atau keseluruhan perjalanan anda. Untuk membuatkannya lebih mudah, anda boleh mencuba tip ini:

  • Sentiasa ikut arahan pembungkusan barangan anda, terutamanya jika anda memilih untuk mengembara dengan kapal terbang.
  • Pilih pakaian yang longgar. Agar anda berasa selesa sepanjang perjalanan.
  • Jika anda terbang untuk jarak jauh, cuba untuk berjalan-jalan sekitar untuk mengelakkan pembekuan darah. Dan, ingat bahawa anda mungkin mengalami jet lag. Cuba untuk minum air dengan banyak.

Penyakit yang dibawa oleh serangga

Anda mungkin menghadapi beberapa penyakit yang dibawa serangga seperti nyamuk, kutu atau lalat. Penyakit ini termasuklah: malaria, penyakit Lyme, demam kuning, demam denggi, demam chikungunya.

Malaria adalah penyakit paling biasa dibawa serangga di kawasan tropika dan subtropika. Ubat anti malaria dan langkah-langkah pencegahan boleh membantu anda menghadapi keadaan tersebut. Sengkenit (ticks) boleh didapati di kebanyakan rantau. Walau bagaimanapun, anda boleh mengambil beberapa langkah untuk melindungi diri sendiri:

  • Gunakan krim atau losyen atau semburan yang membantu melindungi anda daripada serangga. Krim dan losyen ini disapukan pada kulit anda.
  • Tidur di bawah kelambu. Ini boleh melindungi anda daripada serangga apabila anda tidur. Katil yang bersih boleh disembur dengan beberapa ubat-ubatan khas.
  • Pakai pakaian longgar dan berwarna cerah. Pilih pakaian berlengan panjang dan seluar panjang.

Rawatan sampingan seperti makan bawang putih atau menggosok bawang putih pada kulit anda tidak akan membantu. Ia tidak akan melindungi anda daripada serangga.

Makanan dan penyakit bawaan air

Anda mungkin menghadapi beberapa penyakit daripada makanan seperti cirit-birit atau hepatitis A. Oleh itu, adalah penting untuk makan dengan selamat semasa dalam perjalanan.

  • Jangan minum semua jenis air yang anda temui dalam perjalanan. Pilih air botol yang datang dari sumber yang boleh dipercayai.
  • Jangan tambah ais kepada minuman anda. Ais mungkin dibuat daripada air kotor.
  • Elakkan buah-buahan dan sayur-sayuran mentah, seperti salad.
  • Elakkan ikan dan daging mentah. Makan buah-buahan yang anda cuci dan kupas sendiri.
  • Makan apabila makanan panas dan siap dimasak. Makanan panas yang dimasak lebih selamat.
  • Elakkan makanan dari penjaja tepi jalan. Walaupun makanannya mungkin lazat, ia mungkin mengandungi beberapa bakteria atau kuman buruk yang lain.
  • Pastikan susu dipasteur.

Selaran matahari dan penyakit-penyakit berkaitan haba

Dalam perjalanan, anda mungkin terdedah kepada cahaya matahari untuk tempoh masa yang lama. Ini boleh menyebabkan selaran matahari, dan juga kanser kulit. Oleh itu, lindungi kulit anda dengan pelindung matahari, pakaian, topi dan cermin mata hitam. Anda perlu menggunakan pelindung matahari dengan SPF 30 atau lebih. Sapukan semula krim pelindung matahari setiap 2 jam. Jika anda pergi berenang atau banyak berpeluh, anda mungkin perlu menyapu krim pelindung matahari dengan lebih kerap.

Tinggal dalam kawasan beriklim panas boleh menyebabkan strok jantung dan penyakit berkaitan haba lain seperti ruam panas, kejang panas, pengsan, atau keletihan haba. Oleh itu, ambil langkah-langkah berikut untuk mengelakkan situasi ini:

  • Tingkatkan tahap kesihatan anda. Badan yang kuat boleh membantu anda menangani haba dengan lebih baik. Bersenaman adalah pilihan yang bijak.
  • Hadkan jumlah masa anda berada di luar bilik anda pada waktu siang yang paling panas (10:00am-04:00pm)
  • Minum air yang banyak sepanjang hari. Ini boleh membantu badan anda kekal terhidrat dan sejuk.
  • Elakkan alkohol. Alkohol boleh menyebabkan penyahhidratan.

Kecederaan

Jangan lupa untuk berhati-hati terhadap kecederaan. Ia boleh berlaku semasa lawatan anda. Kecederaan termasuklah: kemalangan kenderaan, luka, kemalangan menyelam skuba atau gigitan haiwan.

  • Kemalangan kenderaan: anda perlu belajar tanda memandu setempat. Pastikan anda boleh memandu kereta atau menunggang motosikal dengan baik jika anda berniat untuk memandu. Apabila anda memandu, gunakan tali pinggang keledar dan cuba untuk memandu pada waktu siang agar anda boleh melihat objek dengan lebih baik. Jika anda menaiki teksi, minta pemandu teksi untuk memandu perlahan-lahan. Jika anda menunggang basikal atau motosikal, sentiasa gunakan topi keledar.
  • Awasi anjing dan haiwan lain. Jika anda digigit, basuh gigitan dengan air dan pergi ke hospital secepat mungkin.
  • Luka mungkin dijangkiti. Oleh itu, jika anda terluka, basuh dengan teliti dengan air bersih kemudian balut dan dapatkan bantuan perubatan.
  • Untuk penyelam skuba, hanya menyelam apabila anda berasa selesa, menggunakan peralatan, mulakan perlahan-lahan, dan minta jurulatih anda maklumkan tanda-tanda yang tidak normal.

Walaupun perjalanan boleh menyebabkan beberapa risiko, ia menyeronokkan, membolehkan anda bersantai, menambah pengetahuan, dan hubungan yang menarik. Dan mujurlah, anda boleh melindungi diri anda secara berkesan dengan langkah yang mudah.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"
    Rujukan