5 Punca Biasa Ulser Mulut

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 27/11/2019 . 2 minit bacaan
Share now

Ulser mulut adalah antara perkara yang paling tidak menyenangkan. Bukan sekadar susah makan, kadangkala sampai susah nak berus gigi dan berkumur. Lebih parah lagi, nak bercakap pun susah!

Ulser berlaku apabila lapisan sel di permukaan mana-mana bahagian badan hilang. Bahagian dalam yang banyak urat saraf dan sensitif akan terdedah. Sebab itu ia sangat menyakitkan. Ulser boleh berlaku di mana-mana bahagain badan. Walaupun selalunya, ulser mulut bukanlah sesuatu yang serius atau berbahaya, rasa sakit dan tidak selesa yang berpanjangan akibatnya membuatkan semua orang ingin mencari jalan untuk mencegahnya atau merawatnya seawal yang mungkin.

Dalam artikel ini kita fokuskan pada ulser mulut. Apakah 5 punca biasa ulser mulut? 

1. Gigi tajam

Gigi yang tajam sering menjadi punca kepada ulser mulut. Apabila anda secara tidak sengaja tergigi mana-mana bahagian di dalam mulut, luka tersebut mungkin mengambil masa untuk sembuh dan membentuk ulser.

Biasanya, gigi yang tajam ialah gigi taring (canine teeth) yang bernombor empat dari tengah. Gigi yang pecah atau patah separuh juga boleh menyebabkan ulser mulut.

Atas sebab ini, dracula mungkin kerap mendapat ulser mulut.

2. Makanan kasar

Jenis makanan juga menyumbang kepada ulser mulut. Makanan yang kasar dan tajam boleh mencederakan mulut seterusnya menyebabkan ulser.

3. Gigi palsu yang tidak kemas

Gigi palsu yang longgar mungkin boleh menyebabkan geseran pada mulut dan melukakannya. Pastikan gigi palsu anda sentiasa kukuh di tempatnya. Jika gagal membetulkannya sendiri, dapatkan bantuan doktor gigi.

4. Perubahan hormon

Hormon juga ada sahamnya terhadap pembentukan ulser mulut. Sesetengah wanita mengalami ulser mulut semasa atau ketika hampir-hampir waktu haid.

5. Penyakit lain

Punca terakhir dalam senarai 5 punca biasa ulser mulut ini adalah penyakit atau keadaan lain. Ulser mulut mungkin menjadi simptom kepada penyakit lain. Contohnya penyakit-penyakit autoimun seperti sistemik lupus eritomatosus (SLE), Behcet atau mungkin juga penyakit kelamin seperti sifilis dan HIV.

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Jangan Ambil Ringan Jika Kencing Warna Pink & Berbau Busuk. Ini Adalah Tanda Batu Karang!

    Tahukah anda, ada banyak tanda atau gejala penyakit batu karang dan salah satunya ialah air kencing berdarah? Jom baca artikel ini untuk tahu gejala lain!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Batu Karang, Urologi 22/01/2021 . 5 minit bacaan

    Penyakit Batu Karang: Apa Yang Anda Perlu Tahu Mengenai Penyakit Ini!

    Masalah batu karang merupakan penyakit yang lazim di Malaysia. Penyakit yang berlaku kepada 1 dalam 10 individu ini boleh menyebabkan rasa sakit.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Batu Karang, Urologi 22/01/2021 . 6 minit bacaan

    Apa Itu Masalah Pundi Kencing: Kenali Simptom, Punca Dan Rawatan Ini

    Kini, sakit pundi kencing bukan sahaja masalah bagi warga berumur malah yang muda juga. Mari baca info lengkap mengenai masalah tersebut dalam artikel ini!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nana Muhammad
    Masalah Pundi Kencing, Urologi 22/01/2021 . 6 minit bacaan

    Sukar Untuk Membuang Air Kecil? Jaga-Jaga, Anda Mungkin Sedang Mengalami Masalah Retensi Urin!

    Retensi urin atau retensi air kencing merupakan satu keadaan yang menyukarkan pesakit untuk membuang air atau mengosongkan pundi kencing.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Masalah Pundi Kencing, Urologi 22/01/2021 . 5 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    kerap kencing

    Penyakit Inkontinens Urin Bukan Hanya Kencing Tidak Lawas, Ada Banyak Lagi Yang Anda Perlu Tahu!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Diterbitkan pada 22/01/2021 . 6 minit bacaan
    penawar batu karang

    Rawatan Dan Diagnosis Untuk Penyakit Batu Karang, Ketahui Semua Prosedur Yang Terlibat

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Diterbitkan pada 22/01/2021 . 5 minit bacaan
    Sakit saluran kencing

    7 Cara Mencegah Batu Karang Yang Berkesan! Ada Banyak Lagi Cara Lain Selain Kekal Hidrat!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Diterbitkan pada 22/01/2021 . 5 minit bacaan
    kencing batu

    Dehidrasi, Hipertensi Antara 14 Punca dan Faktor Risiko Penyakit Batu Karang Yang Anda Perlu Tahu!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Diterbitkan pada 22/01/2021 . 5 minit bacaan