Ini 5 Kanser Yang Boleh Sembuh, Termasuklah Kanser Tiroid

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 27/08/2020 . 3 minit bacaan
Share now

Apabila bercakap tentang kanser, tidak ada jaminan untuk sembuh. Tetapi doktor telah berjaya mengesan dan merawat beberapa jenis kanser dengan lebih baik. Kunci yang paling penting untuk sembuh adalah pengesanan awal. Ini bermakna anda perlu untuk menjalani ujian saringan secara berkala.

Sesetengah pakar mengelak daripada menggunakan perkataan sembuh, kerana anda tidak boleh benar-benar pasti bahawa kanser akan hilang selepas rawatan. Mereka lebih suka menggunakan perkataan “bebas,” yang bermakna bebas kanser tetapi ada kemungkinan bahawa ia boleh kembali semula. Tetapi secara umumnya, seseorang yang bebas kanser 5 tahun selepas diagnosis mempunyai peluang yang lebih baik untuk hidup.

Ia tidak bermakna bahawa anda tidak akan mati disebabkan kanser atau anda tidak mengandunginya di dalam badan anda, tetapi ia merupakan satu petanda yang baik.

Berikut adalah 5 jenis kanser yang mempunyai harapan yang tinggi untuk sembuh.

Kanser Prostat

kanser tiroid

Mereka yang bebas kanser 5 tahun selepas diagnosis: 98.9%

Apa yang membuatkan ia boleh dirawat?

Banyak tumor prostat membesar dengan perlahan atau langsung tidak membesar. Jika ini berlaku, ia adalah tidak berbahaya dan tidak memerlukan rawatan. Ramai lelaki yang mengalami tumor ini boleh hidup selama bertahun-tahun tanpa masalah. Mereka mati disebabkan penyakit lain.

Apa yang membuatkan ia kurang boleh dirawat?

Apabila kanser merebak (dipanggil kanser metastatik), ia adalah jauh lebih sukar untuk dirawat. Sebilangan kecil kanser prostat boleh merebak dengan cepat ke bahagian badan yang jauh. Jika ini berlaku, hanya 28% lelaki yang hidup 5 tahun selepas mereka didiagnosis. Berita baiknya adalah bahawa doktor kebiasaannya mengesan kanser prostat lebih awal sebelum ia merebak.

Adakah ujian saringan membantu?

Terdapat dua cara utama untuk mengesan kanser prostat. Pertama adalah pemeriksaan rektum digital, iaitu doktor memeriksa lubang najis anda mengunakan jari sambil memakai sarung tangan getah. Kedua pula adalah ujian darah yang dikenali sebagai ujian PSA (prostate specific antigen), yang mengukur tahap protein yang selalunya lebih tinggi dalam lelaki dengan kanser prostat. PSA boleh meningkat atas sebab-sebab selain daripada kanser prostat. Oleh sebab itu terdapat beberapa kumpulan doktor mengatakan bahawa lelaki yang mempunyai risiko biasa penyakit ini tidak perlu menjalani ujian ini. Jika anda memerlukan ujian, anda perlu berbincang dengan doktor anda atau maklumkan kepadanya sekiranya anda mempunyai sebarang masalah seperti masalah kencing dan kencing berdarah. Ini boleh menjadi tanda-tanda kanser atau masalah prostat lain.

Kanser Tiroid

Mereka yang bebas kanser 5 tahun selepas diagnosis: 97.9%

Apa yang membuatkan ia boleh dirawat?

Tiroid adalah kelenjar berbentuk rama-rama di leher anda yang menghasilkan hormon yang diperlukan untuk membakar kalori, mengawal degupan jantung, dan banyak lagi. Jenis kanser tiroid yang paling biasa ialah kanser tiroid papillary, yang tumbuh dengan perlahan. Walaupun tumor telah membesar atau mula merebak ke dalam tisu berdekatan, doktor masih boleh merawat dan menyembuhkan penyakit ini dengan pembedahan membuang kelenjar tersebut. Selepas pembedahan, pesakit perlu mengambil ubat untuk menggantikan hormon tiroid.

Doktor juga sudah dapat mengesan kanser tiroid lebih awal dari sebelum ini, yang menjadikan ia lebih mudah dirawat.

Apa yang membuatkan ia kurang boleh dirawat?

Sejenis penyakit yang dipanggil kanser tiroid anaplastik mempunyai kadar kelangsungan hidup 5 tahun hanya 7%, tetapi ia adalah sangat jarang berlaku.

Adakah ujian saringan membantu?

Tiada ujian saringan disyorkan untuk kanser tiroid. Kebanyakan orang mengetahui jika mereka mempunyai tumor apabila mereka (atau doktor) merasakan bejolan atau bengkak di leher. Kadangkala, doktor menemui masalah ini apabila anda menjalani ujian ultrasound untuk tujuan lain. Sila beritahu doktor jika anda merasakan benjolan di leher anda atau jika anda mempunyai sebarang tanda-tanda seperti susah bernafas atau menelan.

Kanser Testis

kanser tiroid

Mereka yang bebas kanser 5 tahun selepas diagnosis: 95.3%

Apa yang membuatkan ia boleh dirawat?

Pada peringkat awal (apabila tumor masih tidak merebak ke bahagian badan yang lain), doktor boleh menyembuhkan kanser ini melalui pembedahan membuang satu atau kedua-dua testis yang mengandungi tumor. Jika hanya satu testis yang dibuang (kebiasaannya begini), testis satu lagi akan menghasilkan hormon yang cukup untuk beliau melakukan hubungan seks dan menjadi seorang bapa. Bagi kanser di tahap lanjut, pembedahan dan radiasi atau kemoterapi kebiasaannya berhasil. Cisplatin yang diperkenal pada tahun 70-an telah menjadi rawatan utama yang telah meningkatkan kelangsungan hidup bagi pesakit kanser testis di tahap lanjut.

Apa yang membuatkan ia kurang boleh dirawat?

Ada rawatan yang berkesan walaupun kanser testis sudah berapa di tahap lanjut. Kadar kelangsungan hidup 5 tahun untuk tumor jenis ini adalah 73%. Ia masih cukup tinggi bagi kanser di tahap lanjut.

Adakah ujian saringan membantu?

Tiada ujian saringan untuk kanser testis. Anda perlu berjumpa doktor jika merasakan ketulan di testis, atau jika satu testis menjadi lebih besar dari yang lain. Ini boleh menjadi tanda-tanda awal tumor.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Apa Itu Kanser : Tanda, Punca Dan Rawatan Yang Anda Perlu Tahu

Penyakit kanser atau barah sudah tidak asing lagi bagi rakyat Malaysia. Ketahui apa itu kanser, simptom, punca dan bila anda perlu berjumpa doktor.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Fatin Zahra
Kanser 17/09/2020 . 6 minit bacaan

Bagaimana Nak Tahu Jika Alami Kanser Kulit Melanoma? Ini Cara Periksa Sendiri Di Rumah

Anda nampak tahi lalat pelik pada badan anda? Jaga-jaga, itu mungkin tanda kanser kulit. Kesan kanser melanoma melalui 2 kaedah mudah.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Fatin Zahra
Pusat Kesihatan, Kanser Kulit 15/09/2020 . 3 minit bacaan

‘Wakanda Selamanya!’, 4 Tahun Mendiang Chadwick Boseman Berjuang Melawan Kanser Kolon

Baru-baru ini, kita telah dikejutkan dengan pemergian Chadwick Boseman akibat kanser kolon. Jom ikuti artikel ini untuk tahu bahaya kanser jenis ini.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Kanser Kolorektal, Kanser 02/09/2020 . 3 minit bacaan

Muncul Banyak Bintik Putih Pada Buah Zakar, Adakah Benar Ia Tanda Kanser Testis?

Ada yang percaya bahawa muncul bintik putih pada buah zakar adalah petanda kanser testis. Adakah ia benar? Jom klik artikel ini untuk tahu!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Lelaki 01/09/2020 . 3 minit bacaan

Artikel lain untuk anda

sakit pada payudara selepas menopaus

Risau Payudara Selalu Rasa Sakit Selepas Menopaus? 5 Perkara Ini Mungkin Puncanya

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Diterbitkan pada 25/09/2020 . 3 minit bacaan
hpv adalah

Bukan Alat Sulit Sahaja, Mulut Pun Boleh Dijangkiti HPV? Tolong Waspada 9 Tanda Ini!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Diterbitkan pada 24/09/2020 . 3 minit bacaan
pembengkakan prostat

Kerap Buat Seks Mungkin Boleh Cegah Kanser Prostat! – Berita Baik Atau Palsu?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Diterbitkan pada 21/09/2020 . 3 minit bacaan
penghidap penyakit barah

9 Perkara Ini PERLU Anda ELAK Ucapkan Pada Pesakit Kanser! Bertimbang Rasa, Please

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 21/09/2020 . 3 minit bacaan