backup og meta

8 Faktor Risiko Yang Boleh Jadi Punca Kanser, Kita Semua Tidak Terkecuali!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 20/06/2022

    8 Faktor Risiko Yang Boleh Jadi Punca Kanser, Kita Semua Tidak Terkecuali!

    Di seantero dunia, bahaya kanser itu sudah kian memuncak sehingga menjadi punca kematian yang kedua tertinggi dan telah meragut kira-kira 9.6 juta nyawa pada tahun 2018.

    Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) menyatakan bahawa 141,021 kes kanser telah direkodkan di seluruh dunia pada tahun 2018.

    Manakala di benua Asia, sekitar 9.5 juta kes individu didiagnosis penyakit kanser telah direkodkan di rantau ini pada tahun 2020.

    Bahaya kanser ini bukan satu isu yang kecil kerana semua orang berisiko terkena kanser. Oleh itu, adalah sangat penting untuk kita semua faham faktor risiko penyebab penyakit ini.

    Apa itu kanser yang sebenarnya?

    Sementara sel di dalam tubuh badan kita akan berkembang dan terbahagi dengan normal, kanser itu adalah istilah apabila proses-proses sel ini berlaku dengan tidak terkawal.

    Apabila sel dihasilkan dengan lebih banyak, maka ia boleh jadi punca ketumbuhan pada kawasan tertentu yang terlibat sama ada bersifat kanser (malignant )atau tidak (benign).

    bahaya kanser

    Terdapat lebih daripada 100 jenis kanser yang boleh menjejaskan seluruh tubuh badan manusia selain akan menyebarkan ke organ-organ lain.

    Dalam pada itu, wujud juga jenis kanser lain yang tidak akan menyebabkan ketumbuhan di dalam tubuh badan seperti leukemia.

    Apa faktor risiko penyakit kanser?

    Untuk pengetahuan anda semua, ada banyak faktor risiko yang mungkin akan mempengaruhi risiko anda terkena penyakit ini meskipun ia bukan punca langsung.

    Pun begitu, mempunyai satu atau lebih faktor risiko ini adalah satu pemangkin untuk anda lebih awal menjalani pemeriksaan kanser sebelum ia jadi lebih teruk.

    Faktor risiko kanser #1. Usia

    Ya, memang benar kanser boleh menyerang individu tanpa kira usia. Namun hipotesisnya; semakin tua usia individu, semakin tinggi risiko kanser.

    #2. Pilihan gaya hidup

    Tabiat merokok, diet tinggi lemak serta pekerjaan yang melibatkan bahan kimia adalah contoh gaya hidup yang mungkin boleh meningkatkan risiko kanser.

    Kebanyakan kanak-kanak yang menghidap kanser pula mungkin sudah terdedah dengan gaya hidup di atas ini sejak dari usia muda lantas mengancam nyawa mereka.

    bahaya kanser

    Faktor risiko kanser #3. Obesiti

    Individu obes adalah tinggi risiko kanser ekoran kewujudan lemak visceral, atau lemak yang wujud di sekeliling organ penting mengalami keradangan yang teruk.

    Keradangan ini seterusnya akan menyebabkan penghasilan insulin berlebihan di dalam pankreas di samping sel lemak ekstra menghasilkan lebih banyak estrogen.

    Kesannya, insulin dan estrogen yang berlebihan mungkin akan jadi punca sel kanser bertambah.

    #4. Sejarah keluarga

    Ia adalah faktor risiko kanser dari semua jenis. Jadi, adalah tidak mustahil untuk pelbagai jenis kanser berlaku dalam satu susur galur keluarga akibat mutasi genetik.

    Dalam pada itu, pendedahan terhadap bahan kimia berdekatan dengan tempat tinggi juga mungkin akan mendatangkan bahaya kanser kepada ahli keluarga.

    #5. Sistem imun lemah

    Sistem imuninasi tubuh badan adalah penting untuk melawan penyakit. Apabila ia lemah, maka fungsi untuk melawan jangkitan juga turut akan jadi lemah.

    Pesakit yang sedang mengambil ubatan imunisasi atau mereka yang ada penyakit berkaitan seperti HIV/AIDS akan hilang daya tahan untuk lawan sel kanser.

    Selain itu, ada juga gangguan geentik yang boleh mengubah sistem imun tubuh badan manusai seperti Sindrom Wiskott-Aldrich atau Beckwith-Wiedemann.

    bahaya kanser

    #6. Pendedahan kepada virus

    Terdedah kepada virus tertentu akan meningkatkan risiko bahaya kanser seperti limfoma sama ada jenis Hodgkin atau bukan Hodgkin.

    Antara jenis virus yang diperkatakan itu adalah virus Epstein-Barr, HIV dan AIDS.

    #7. Pendedahan kepada persekitaran

    Memandangkan bahaya kanser itu diakibatkan oleh perubahan pada pertumbuhan dan penyebaran sel, perubahan pada DNA akibat persekitaran juga adalah salah satu punca.

    Dikenali sebagai perubahan persekitaran karsinogen, faktor risiko tersebut adalah asbestos, serbuk kayu, asap rokok dan lain-lain.

    #8. Pendedahan kepada radiasi

    Mungkin benar bahawa cahaya dan tenaga daripada telefon pintar tidak mampu untuk mencetuskan kanser namun ada sumber lain yang boleh jadi punca.

    Contohnya seperti radiasi daripada sinar X, sinar Gamma, partikel Alfa, partikel Beta, neutron, radon yang mungkin akan mengubah DNA tubuh badan manusia.

    Kesimpulannya, selain faktor keturunan, ada banyak lagi faktor risiko lain yang membuatkan seseorang itu berisiko mendapat kanser. Jadi, sila amalkan gaya hidup sihat dan dapatkan pemeriksaan kesihatan berkala.

    #OpenYourMind #CelikKanser

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Joseph Tan

    Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


    Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 20/06/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan