backup og meta

Penghidap Penyakit Gout Perlu Jauhi Daripada Ambil 4 Jenis Makanan Ini!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim · Disemak pada 27/11/2023

    Penghidap Penyakit Gout Perlu Jauhi Daripada Ambil 4 Jenis Makanan Ini!

    Gout adalah sejenis artiritis atau radang sendi. Ia dikatakan sebagai salah satu penyakit yang paling menyakitkan di dunia. Meskipun kadangkala hanya melibatkan sendi ibu jari kaki yang kecil, kesannya boleh berlaku pada seluruh anggota kaki sehingga tidak dapat berjalan. Sebab itu, anda harus tahu makanan pesakit gout yang tak boleh diamalkan. 

    Sekali anda terkena serangan gout, anda berisiko untuk mengalaminya sekali lagi. Bagi siapa yang pernah mengalaminya, sudah tentu tidak mahu mengulanginya lagi.

    Selain ubat-ubatan untuk mengurangkan kadar asid urik, iaitu asid yang merangsang serangan gout, anda juga perlu menjaga pemakanan sihat untuk mengelakkan serangan gout.

    Jadi, apakah jenis makanan yang perlu dielakkan buat penderita penyakit gout?

    Makanan pesakit gout yang perlu dielakkan 

    Banyak pantang larang yang sering diperkatakan untuk mereka yang mempunya sakit gout. Namun, sejauh manakah kebenarannya? Ini jenis-jenis makanan yang perlu dielak oleh penghidap penyakit ini.

    1. Makanan laut

    makanan pesakit gout

    Beberapa jenis makanan laut yang perlu dielakkan, antaranya ialah:

  • Ikan bilis
  • Tuna di dalam tin
  • Sardin di dalam tin
  • Mackerel di dalam tin
  • Kerang
  • Sotong
  • Udang
  • 2. Makanan pesakit gout perlu elak –  Kekacang

    Kekacang yang perlu dielakkan pula ialah:

  • Kacang putih
  • Kacang soya (termasuk tau fu fa)
  • Kacang dal
  • Petai
  • 3. Organ dalaman

    Ini termasuk:

    • Hati
    • Jantung
    • Buah pinggang
    • Limpa

    4. Daging merah

    makanan pesakit gout

    Daging merah terutamanya daging kambing perlu dielakkan bagi pesakit gout.

    Di atas adalah makanan yang mengandungi purin yang tinggi. Purin ditukarkan kepada asid urik yang boleh merangsang serangan gout.

    Selain mengurangkan makanan-makanan ini, pesakit gout juga perlu menurunkan berat badan untuk mendapatkan perlindungan yang menyeluruh.

    Kini anda sudah tahu jenis makanan yang perlu dielakkan oleh penghidap penyakit gout. Justeru itu, kurangkan atau jika boleh elak daripada mengambil makanan-makanan di atas supaya masalah gout anda boleh cepat pulih.

    Jika pantang larang ini dipatuhi, mana tahu anda boleh bebas daripada rasa sakit yang membelenggu anda selama ini, sekali gus mengurangkan komplikasi penyakit anda ini.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Muhamad Firdaus Rahim

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim · Disemak pada 27/11/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan