Benarkah jus ceri memainkan peranan penting dalam mencegah dan merawat gout? Ia adalah sejenis artritis yang kebiasaannya akan menjejaskan sendi periferal yang menyebabkan bengkak kaki serta menjejaskan lutut, siku, ibu jari atau jari.
Lelaki lebih cenderung untuk mendapat gout berbanding wanita, walaupun wanita selepas menopaus juga mengalami peningkatan risikonya.
Ceri dan Gout
Terdapat kajian yang mendapati bahawa pesakit gout yang menggunakan ceri dalam tempoh dua hari menunjukkan risiko serangan gout lebih rendah sebanyak 35% berbanding dengan mereka yang tidak memakannya.
Jus ini juga boleh memberi manfaat kepada penyakit gout kerana ia mempunyai sifat anti keradangan dan antioksidan yang kuat.
Percubaan klinikal membuktikan sifat-sifat antiradang yang membantu mengurangkan kesakitan dan pembengkakan gaut.