Jika anda tidak membiasakan diri tidur lebih awal sewaktu bulan puasa, maka jam tidur anda boleh berkurang sekitar 40 minit kerana dipotong oleh waktu sahur. Menurut kajian dalam Journal of Sleep Research, ini akan mengurangkan tempoh fasa tidur nyenyak atau REM (rapid eye movement) yang membuatkan anda mudah mengantuk di siang hari.
2. Tidur selepas sahur
Langsung tidur selepas sahur memberikan kesan negatif bagi tubuh. Tapi tak boleh dinafikan bahawa tidur yang cukup merupakan keperluan asas manusia yang perlu dipenuhi, seperti keperluan terhadap udara dan makanan.
Untuk mengatasinya, usahakan untuk bangun sahur tepat pada waktunya. Ini akan memberikan tubuh anda waktu yang cukup untuk mencerna makanan semaksimum mungkin demi menghasilkan tenaga yang anda perlukan nanti. Selepas itu, anda masih punya masa kira-kira 1-2 jam sebelum siap-siap meneruskan rutin anda. Gunakan masa kosong ini untuk tidur sebentar.
3. Curi masa tidur
Gunakan waktu lapang yang ada dalam sehari untuk curi-curi masa tidur seketika. Misalnya, tidur di dalam kenderaan awam selama perjalanan pulang dan pergi kerja. Jika anda memandu kenderaan peribadi, jangan paksakan diri berangkat jika masih mengantuk. Sebaiknya tidurlah sejenak terlebih dulu untuk menyegarkan fikiran. Begitu juga ketika anda bersiap untuk pulang. Tambahan masa tidur selama 5 minit sahaja sebenarnya sudah boleh memberikan kesan yang sangat luar biasa untuk tubuh anda.
Selain itu, manfaatkan waktu rehat makan tengah hari untuk tidur siang. Tidur siang selama 20-30 minit saja sudah lebih dari cukup untuk memulihkan tenaga agar anda kembali produktif. Penyelidik mendapati bahawa tidur siang selama 30 minit dapat menutupi keperluan tidur jika anda hanya tidur selama 2 jam di malam hari. Selain itu, tidur siang juga boleh mengawal hormon stres pada tubuh yang disebabkan oleh kekurangan waktu tidur malam.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen