Kulit Anda Jenis Berminyak? Jauhi Tabiat Buruk Ini Jika Mahu Kulit Lebih Cantik

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 22/09/2020 . 2 minit bacaan
Share now

Minyak pada kulit membantu melindunginya, memastikannya sihat dan melawan tanda-tanda penuaan, namun ramai orang mengalami minyak berlebihan. Kulit berminyak boleh memberi kesan kepada semua peringkat umur dan menyebabkan jerawat dan masalah lain. Terdapat pelbagai rawatan yang boleh anda lakukan di rumah dan di bawah pengawasan doktor untuk membantu melawan lebihan minyak pada muka anda. Pastikan anda tidak menyumbang kepada masalah ini dengan mengelakkan kesilapan-kesilapan berikut:

Terlebih membasuh muka

Membasuh muka boleh menyingkirkan minyak dan membuat kulit berasa lebih ketat, licin, dan segar. Walau bagaimanapun, mereka yang kulit berminyak biasanya terlebih  mengeringkan kulit mereka. Kulit memerlukan minyak semula jadi, dan terlebih membasuh memberi kesan kepada kelenjar minyak dan membuatkannya bertindak balas dengan cuba mengimbangi minyak wajah yang disingkirkan dengan menghasilkan lebih banyak minyak lantas menyebabkan kulit anda tersumbat, liang roma membesar, menyebabkan jerawat.

Dermatologi mengesyorkan mencuci muka hanya dua kali sehari: sekali pada waktu pagi dan sekali pada waktu malam. Anda boleh menggunakan pembersih muka asas untuk mengurangkan kulit berminyak dan boleh menambah cucian ketiga jika anda bekerja sehingga banyak berpeluh. Anda boleh mencuba produk yang mengandungi asid salisilik, asid glycolic, atau benzoyl peroksida yang boleh mengawal minyak pada kulit anda dan mencegah jerawat.

Terlebih pelembap

Mereka yang kulit berminyak sering menggunakan pelembap yang terlalu berat, atau yang tidak sesuai sama sekali. Untuk 10 minit pertama selepas mencuci muka, semua orang akan merasa kering dan ketat. Mereka yang mempunyai kulit berminyak merasa perlu untuk memakai pelembap yang tidak pun diperlukan. Selepas 20 minit, kelenjar minyak merembeskan semula minyak pada kulit, jadi anda perlu menunggu 20 hingga 30 minit untuk melihat jika anda benar-benar memerlukannya.

Daripada menggunakan krim tebal, minyak atau salap berminyak, anda boleh cuba pelembap bebas minyak, serum atau cecair. Jenis ini kebiasaannya mengandungi gliserin dan humektan (bahan pelembap) yang menarik air keluar ke kulit dan bukannya menyesakkan dengan lebih minyak.

Menggunakan pencuci muka yang salah

Mereka yang mempunyai kulit berminyak perlu menjauhkan diri dari pencuci berkrim atau berasaskan minyak. Pencuci muka berasaskan buih-adalah yang terbaik kerana bahan-bahannya menyingkirkan minyak dari wajah anda, tetapi tidak mengeringkannya.

Cari pencuci yang berkesan. Gunakan, pencuci larut air yang lembut untuk membersihkan muka anda pagi dan malam. Sebaik-baiknya, pencuci perlu dibilas tanpa meninggalkan sebarang sisa, tidak mengandungi agen pembersihan yang mengeringkan (seperti sodium lauryl sulfate yang mengeringkan kulit), dan harus bebas wangian (wangian selalunya meradangkan kulit).

Menggunakan bahan yang salah

Terdapat beberapa sebab utama mengapa kulit bertindak balas secara negatif kepada produk. Produk tidak dirumus dengan bahan-bahan yang boleh merengsakan kulit anda, seperti alkohol atau wangian. Kedua, anda menggunakan produk yang salah untuk jenis kulit anda. Sebagai contoh, dengan menggunakan produk menyerap minyak sedangkan kulit masalah kering, menggelupas atau menggunakan produk terlalu emolien apabila kulit berminyak dan jerawat adalah masalahnya.

Banyak produk yang mengandungi asid dipasarkan sebagai produk penjagaan muka berjerawat. Produk tersebut sesuai untuk mereka yang yang mempunyai jerawat, mahupun mereka yang hanya mempunyai masalah kulit berminyak. Anda juga boleh menggunakan beberapa produk dan melihat bagaimana kulit anda bertindak balas. Anda boleh cuba menggunakan produk mengandungi asid seperti asid salisilik, benzoyl peroksida, asid glycolic, atau asid beta-hydroxy.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Pencuci Muka: Aspek Penting Penjagaan Kulit Muka

    Penjagaan kulit muka yang optimum bermula dengan pemilihan pencuci muka yang sesuai dengan kulit anda. Andai tersalah pilih, kerosakan kulit boleh berlaku.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Gaya Hidup Sihat, Sihat Bergaya, Penjagaan Kulit 14/11/2018 . 3 minit bacaan

    Penjagaan Kulit Berminyak

    Minyak dihasilkan oleh tubuh kita dengan tujuan untuk menjaga kulit yang sihat. Walau bagaimanapun, terlalu banyak minyak boleh menyebabkan beberapa masalah kulit seperti jeragat dan jerawat. Mujurlah, selalu ada ...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Helma Hassan
    Gaya Hidup Sihat, Sihat Bergaya 04/05/2018 . 2 minit bacaan

    Tip Memilih Pelembap untuk Kulit Berminyak

    Mereka yang mempunyai kulit berminyak biasanya takut memakai pelembap kerana sering mendapati pelembap tidak sesuai untuk mereka. Kulit berminyak memerlukan kelembapan juga. Jika dilembapkan dengan betul, kulit ...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Helma Hassan
    Gaya Hidup Sihat, Sihat Bergaya 30/04/2018 . 2 minit bacaan

    Berapa Kali Perlu Membersihkan Muka?

    Seperti semua yang berkaitan dengan kulit, tiada peraturan menutupi muka. Daripada jenis kulit ke persekitaran, berapa kali anda perlu membersihkannya sehari bergantung kepada anda. Walau bagaimanapun, anda mungkin ...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Farah Aziz
    Gaya Hidup Sihat, Sihat Bergaya 27/04/2018 . 2 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    pencuci muka untuk kulit berminyak

    Miliki Kulit Berminyak Penjagaan Kena Lebih Baik, Ini Pencuci Muka Yang Sesuai & Cara Penjagaannya

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 20/08/2019 . 8 minit bacaan
    serum

    Serum Muka: Kebaikan dan Kekurangan

    Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
    Ditulis oleh Farah Aziz
    Diterbitkan pada 09/05/2019 . 2 minit bacaan
    liang pori

    Bagaimana Liang Pori Mencipta Masalah Besar Pada Anda

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Farah Aziz
    Diterbitkan pada 08/04/2019 . 3 minit bacaan
    rawatan muka untuk lelaki

    Pentingkah Rawatan Muka Untuk Lelaki?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Amy
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 18/01/2019 . 2 minit bacaan