Tips Memilih Pencuci Muka

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 06/08/2019 . 2 minit bacaan
Share now

Mencuci adalah asas kepada apa-apa rutin penjagaan kulit. Ia adalah kunci kepada kulit yang sihat dan cantik. Pencuci yang baik bukan sahaja akan membasuh kotoran dan bakteria tetapi ia juga membolehkan produk penjagaan kulit dan kecantikan yang dipakai akan menyerap lebih mudah ke kulit anda, dengan itu akan meningkatkan keberkesanannya. Walau bagaimanapun, memilih pencuci muka yang betul dan bersesuaian dengan kulit anda boleh menjadi sedikit mencabar.

Berikut adalah garis panduan untuk memberi anda beberapa idea tentang bagaimana memilih pencuci muka anda:

Kulit jenis normal ke berminyak

Jika kulit anda cenderung menghasilkan banyak minyak, pilih pencuci muka yang berbuih lembut. Pencuci dengan buih lembut sesuai untuk kulit berminyak kerana dapat mengeluarkan kotoran dan sebum pada kulit berminyak. Elakkan pencuci muka yang mengandungi bahan berasaskan sulfat seperti SLS/SLES kerana bahan seperti itu akan mengeraskankulit muka dan mengganggu asid mantel (acid mantle) anda. Sebab itu kita tidak digalakkan untuk menggunakan sabun buku untuk mencuci muka anda, melain ia adalah sabun buku yang direka khusus untuk kulit muka.

Pencuci muka yang mengandungi minyak juga merupakan kaedah yang berkesan untuk menghilangkan kekotoran dari kulit anda, terutamanya jika anda suka menggunakan produk kosmetik kalis air. Lebih baik menggunakan minyak yang mengandungi monounsaturated fats seperti minyak jojoba. Minyak yang berat seperti minyak zaiton akan berkemungkinan besar menyumbat liang-liang pori dan menyebabkan jerawat.

Kulit normal ke kulit kering dan kulit sensitif

Jika kulit anda kering, disarankan untuk menggunakan krim atau pencuci muka berasaskan susu yang direka untuk menghidrat kulit anda semasa mencucinya. Semak kandungan yang digunakan dalam pencuci muka anda. Ejen penghidratan seperti asid hyaluranic boleh memberikan banyak kelembapan pada kulit. Walaupun anda menyukai buih yang banyak ketika mencuci muka, ia sebenarnya hanya akan menyebabkan kulit anda lebih kering.

Jika anda mempunyai kulit yang sangat sensitif, walaupun terhadap air, anda mungkin boleh menggunakan air micellar sebagai pembersih. Ia dapat memecahkan sebum dan kotoran pada kulit anda dan masih mengekalkan penghidratan. Anda tidak perlu bilas selepas menyapu muka anda dengan jika anda menggunakan air micellar.

Kesimpulannya, pencuci muka haruslah berfungsi untuk membersihkan kulit anda dan dalam masa yang sama masih lembut pada kulit dan menghidratkan. Setiap orang adalah berbeza, sesuatu yang berfungsi dengan baik pada orang lain, belum tentu akan memberikan impak yang sama pada anda. Oleh itu, amat penting untuk mengetahui tentang keadaan kulit anda supaya anda mengetahui apa yang kulit ada perlu.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Pencuci Muka: Aspek Penting Penjagaan Kulit Muka

    Penjagaan kulit muka yang optimum bermula dengan pemilihan pencuci muka yang sesuai dengan kulit anda. Andai tersalah pilih, kerosakan kulit boleh berlaku.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Gaya Hidup Sihat, Sihat Bergaya, Penjagaan Kulit 14/11/2018 . 3 minit bacaan

    5 Fakta Yang Anda Perlu Tahu tentang Sheet Mask

    Sheet maskĀ atau masker kertas merupakan sebuah inovasi hebat dalam produk penjagaan dan kecantikan yang muncul beberapa tahun lalu. Dengan hanya melekatkan masker kertas nipis berisi formula cair, produk ini dikatakan ...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Helma Hassan
    Gaya Hidup Sihat, Sihat Bergaya 03/10/2018 . 2 minit bacaan

    Setiap Hari Tonyoh Muka Dengan Skrub, Tahu Tak Ia Sebenarnya Boleh Merosakkan Kulit?

    Selalu menggunakan skrub muka sebenarnya bukan boleh buat kulit tegang dan cantik tapi ada kesan buruk lain yang anda mesti tidak tahu.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Helma Hassan
    Gaya Hidup Sihat, Sihat Bergaya, Penjagaan Kulit 27/09/2018 . 2 minit bacaan

    Nak Kulit Wajah Sentiasa Cantik? Ini Pencuci Muka Yang Terbaik Mengikut Jenis Kulit Anda!

    Pemilihan pencuci muka yang bersesuaian amat penting mengikut jenis kulit anda, sama ada anda memiliki jenis kulit kering atau keadaan kulit yang berminyak.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Helma Hassan
    Gaya Hidup Sihat, Sihat Bergaya 20/09/2018 . 9 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    kulit wajah

    Kulit Wajah Pun Kena Detoks? Kenali Trend Terbaharu Dunia Kecantikan, Skin Fasting! Berkesan Ke?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 20/08/2020 . 3 minit bacaan
    mencuci muka ala korea

    Rahsia Kulit Wajah Cantik Orang Korea, Teknik Double Cleansing, 2x Cuci Muka, Perlu Ke?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 17/07/2020 . 3 minit bacaan
    produk kecantikan

    Produk Kecantikan dan Kesan Sampingan Bahan Kimia Berbahaya

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 23/08/2019 . 9 minit bacaan
    pencuci muka untuk kulit berminyak

    Miliki Kulit Berminyak Penjagaan Kena Lebih Baik, Ini Pencuci Muka Yang Sesuai & Cara Penjagaannya

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 20/08/2019 . 8 minit bacaan