backup og meta

Alamak! Betul Ke Tengok Wayang Salah Satu Punca Muka Berkedut Dan Kusam?

Disemak secara perubatan oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 13/02/2020

    Alamak! Betul Ke Tengok Wayang Salah Satu Punca Muka Berkedut Dan Kusam?

    Muka berkedut dan kulit kusam kerana menonton filem, apakah kaitan antara keduanya?

    Anda suka menonton wayang? Jeng jeng jeng…adakah anda tahu, aktiviti kegemaran di masa lapang anda itu boleh buat anda tua sebelum waktunya. Tak percaya? Jom baca perkongsian artikel ini. 

    Ekspresi muka berkedut dan kulit kusam kerana tengok wayang?

    Ada kajian yang mengatakan saat kita menarik wajah ketika menonton filem berunsur thriller atau seram atau komedi, perbuatan itu boleh menyebabkan kedutan muncul pada wajah.

    Malahan apabila anda ketawa menonton filem komedi juga dikatakan menyumbang kepada penuaan kulit pada wajah anda. Menakutkan, bukan?

    Dalam satu kajian melibatkan 2,000 individu mendapati, mereka yang menonton filem seram akan memalingkan wajah sebanyak 20 kali sepanjang tempoh tayangan. Manakala ekspresi wajah terkejut atau tegang dilakukan sebanyak 50 kali oleh penonton yang menyaksikan filem thriller. 

    Sementara itu, individu terlibat dalam kajian yang menyaksikan filem komedi, mempamerkan reaksi ketawa atau tersenyum sebanyak 115 kali. Orang kata ketawa itu bagus, namun dalam masa yang sama garis kedutan pada bahagian mulut akan meningkat lebih 40 peratus. Jadi sekarang ‘nak’ ketawa ke ‘tak’?

    Penuaan kulit terjadi kerana ekspresi muka terkejut?

    muka berkedut

    Pakar kecantikan jenama Foreo, Dr Harry Singh yang mengetahui kajian ini berkata,

    “Ekspresi terkejut dan mengerutkan muka yang dilakukan juga boleh menyumbang kepada garis kedutan di wajah. Apatah lagi jika ia secara berulang kali untuk tempoh lima tahun akan meningkatkan garis kedut sebanyak 50%.”

    Jadi adakah anda masih mahu menonton wayang? Mungkin artikel ini akan membuatkan anda berfikir berulang kali sebelum menyaksikan sebarang filem. Tetapi adakah terdapat sebab lain yang turut boleh menyebabkan muka berkedut?

    Punca muka berkedut dan kulit kusam

    Sebenarnya selain menonton wayang, banyak lagi faktor lain yang boleh turut menyumbang kepada garis kedutan di wajah sebelum masanya. Antaranya adalah:

    1. Kosmetik

    Produk kecantikan sememangnya dapat menjadikan wajah kelihatan menarik. Namun dalam masa yang sama ia juga boleh menjadi punca utama kedutan. Ini disebabkan kandungan bahan kimia dalam produk yang anda pakai. 

    1. Sinaran matahari

    Kita perlukan sinaran matahari untuk mendapatkan vitamin D. Tetapi pendedahan secara berlebihan boleh merosakkan kulit dan menyebabkan kedutan. Atasinya dengan memakai krim pelindung matahari setiap kali anda melangkah keluar dari rumah.

    1. Dehidrasi

    Tidak cukup air dalam badan juga boleh jadi punca muka berkedut.  Ini kerana badan yang tidak mendapat air yang secukupnya cenderung menyebabkan kulit kering. Keadaan ini sekali gus membuatkan kulit tidak dapat menjana sel-sel baru, akhirnya timbullah kedutan dan garis-garis penuaan di wajah. 

    1. Tabiat tidak sihat

    Merokok dan pengambilan alkohol sememangnya tidak baik untuk kesihatan. Merokok akan menyebabkan bekalan darah berkurangan di dalam badan dan akhirnya mewujudkan garis-garis halus serta kedutan sekeliling mata dan bibir.

    Manakala alkohol punca kulit kering dan seperti dikatakan tadi, kulit yang mengalami dehidrasi akan membuatkan wajah berkedut. Taraaaa…jadilah anda kelihatan tua sebelum masanya.

    1. Pemakanan

    Aspek pemakanan juga penting untuk mengelakkan muka dari cepat berkedut. Amalkan diet pemakanan seimbang, kaya mineral dan vitamin. Jangan lupa untuk memakan sayuran dan buah-buahan setiap hari!

    1. Kafein

    Pengambilan kafein secara berlebihan juga boleh menyumbang kepada kewujudan kedutan di wajah. Kafein ini bukan hanya dalam kopi, malahan minuman lain seperti teh dan coklat juga mengandungi kafein, cuma jumlah kafein sahaja berbeza. Jadi berpada-padalah yer.

    Kesimpulan

    Sebenarnya, kedutan dan garis halus pada wajah boleh wujud dalam pelbagai cara bukan hanya dengan menonton wayang.

    Faktor sekeliling seperti pencemaran udara juga boleh menyumbang kepada masalah ini. Jadi cara yang terbaik adalah untuk memberikan perhatian yang secukupnya dalam aspek penjagaan diri secara menyeluruh. Sayangilah diri anda!

    Anda mungkin berminat untuk membaca artikel:

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Gabriel Tang Pei Yung

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 13/02/2020

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan