Pendetoksikan Jerawat

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 29/11/2019 . 2 minit bacaan
Share now

Kulit yang cenderung mengalami jerawat adalah satu isu besar dalam hidup anda, membuatkan anda merasa tidak yakin diri. Bukankah sudah tiba masanya untuk membuat beberapa perubahan? Anda telah mencuba banyak kaedah, daripada gel jerawat kepada ubat-ubatan tetapi masih tidak berkesan? Jangan berputus asa, mungkin anda belum mencuba diet pendetoksikan daripada jerawat. Perubahan tabiat makan boleh membuat keajaiban pada kulit anda.

Pendetoksikan

Jerawat berlaku disebabkan oleh kelenjar minyak terlebih ransangan dan dijangkiti. Pengeluaran minyak yang berlebihan mungkin disebabkan oleh hormon, fungsi adrenal, hati dan fungsi pencernaan dan diet. Kulit anda hanya akan menggunakan minyak yang anda makan melalui diet anda. Oleh itu, anda perlu makan makanan lebih ringan minyak atau minyak berasaskan tumbuhan jadi minyak boleh mengalir dengan bebas melalui kelenjar minyak dan mengurangkan masalah kelenjar tersumbat.

Ucapkan selamat tinggal kepada gula dan karbohidrat proses

Menurut “American Journal of Clinical Nutrition” isu Julai 2007, gula dan karbohidrat menyebabkan badan mengeluarkan sejumlah besar insulin, yang mencetuskan tindak balas hormon yang kompleks yang membawa kepada masalah jerawat. Cuba singkirkan segala bentuk gula dan karbohidrat proses seperti minuman ringan, jus buah-buahan, kopi manis, nasi putih, roti putih, sebahagian besar bijirin sarapan, pencuci mulut, bar granola, biskut dan makanan yang dibakar dalam ketuhar.

Selamat tinggal produk tenusu

Disebabkan produk tenusu membawa kepada kepekatan IGF-1 yang lebih tinggi dalam darah anda (yang menggalakkan pertumbuhan jerawat), produk tenusu boleh menjadi musuh kepada kulit anda. Oleh itu, elakkan atau kurangkan segala bentuk produk tenusu untuk tujuh hari semasa proses pendetoksikan anda. Anda boleh menggantikan sumber kalsium dengan sayur-sayuran berdaun, salmon dengan tulang, dan badam. Ingat bahawa susu berperisa, serbuk whey protein, minuman buah kisar, ais krim, yogurt dan keju adalah faktor-faktor yang menggalakkan jerawat pada kulit anda.

Nisbah Omega

Omega-6 dan omega-3 adalah kedua-dua lemak penting untuk badan anda; bagaimanapun, nisbah omega-6 kepada omega-3 yang tinggi boleh membawa kepada patogenesis jerawat. Oleh itu, cuba elakkan minyak sayur-sayuran yang mengandungi omega-6 tinggi seperti, minyak jagung, minyak kacang soya, minyak kacang tanah, safflower atau minyak bunga matahari, dan juga produk yang diperbuat daripada minyak ini. Sebaliknya, ambil lemak omega-3 daripada ikan untuk mengimbangi semula nisbah omega-6 dan omega-3 di dalam badan anda.

Apakah makanan ganti yang sesuai?

Semasa rawatan pendetoksikan jerawat, anda perlu mengelakkan pelbagai jenis makanan. Walau bagaimanapun, jangan risau akan kekurangan zat makanan. Terdapat banyak sayur-sayuran yang padat dengan nutrien, seperti brokoli, bawang, cendawan, tomato dan kubis bunga, serta ayam, telur atau ikan untuk pengambilan protein anda. Anda boleh menggunakan minyak daripada kelapa, avokado atau zaitun. Anda juga perlu minum banyak air atau buah yang banyak cecair untuk membantu proses pendetoksikan jerawat anda.

Selepas prosedur pendetoksikan

Anda boleh memperkenalkan semula makanan yang terpaksa anda elakkan ke dalam diet anda selepas proses pendetoksikan. Walau bagaimanapun, jangan masukkan semuanya kembali sekaligus, tetapi satu demi satu di samping mengenal pasti makanan yang mencetuskan jerawat pada kulit anda.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"
    Rujukan

    Artikel lain untuk anda

    kunyit Baik Untuk Kulit

    Benarkah Kunyit Baik Untuk Kulit?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Amy
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 27/02/2019 . 3 minit bacaan

    Cara Menangani Kemerahan Jerawat dalam Masa Semalaman

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Helma Hassan
    Diterbitkan pada 30/04/2018 . 2 minit bacaan