Pelindung Matahari Kimia vs Pelindung Matahari Fizikal

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 25/04/2019 . 2 minit bacaan
Share now

Kebanyakan pelindung matahari boleh dibahagikan kepada 2 kategori; kimia dan fizikal. Apabila anda ingin membelinya, soalan yang biasa terlintas di dalam minda ialah: Ingin membeli pelindung matahari kimia atau fizikal? Mana satu yang lebih baik?

Bagaimana pelindung matahari kimia atau fizikal berfungsi?

Pelindung matahari fizikal bertindak sebagai penghalang yang melindungi kulit anda dengan memantulkan sinaran UV, manakala pelindung matahari kimia bertindak dengan menyerap sinaran tersebut. Beberapa jenis penapis mungkin mampu untuk memusnahkan sinaran UV, tetapi kebanyakannya bergantung kepada penyerapan sinaran itu. Pelindung matahari fizikal juga dipanggil sebagai penghalang matahari (sunblock) atau pelindung matahari inorganik berlawanan kepada pelindung matahari organik (pelindung matahari kimia).

Penapis UV yang manakah yang digunakan dalam pelindung matahari fizikal dan kimia?

Penapis UV bertanggungjawab untuk melindungi kulit anda dari sinaran UV. Ia adalah bahan aktif di dalam pelindung matahari anda. Pelindung matahari fizikal kebanyakannya menggunakan titanium dioksida (TiO2) dan zink oksida (ZnO) yang memberikan keseimbangan kepada pelindung matahari. Pelindung matahari kimia menggunakan bahan aktif yang lebih banyak seperti Octylcrylene, Octinoxate, Octisalate, Oxybenzone, Homosalate, Helioplex, 4-MBC, Mexoryl SX and XL, Tinosorb S and M, Uvinul T 150, Uvinul A Plus dan lain-lain. Sesetengah bahan aktif ini stabil dan sesetengahnya tidak. Avobenzone adalah sangat tidak stabil, namun ia boleh dibaiki dengan menggunakan formulasi yang memasukkan bahan aktif lain.

Bagaimanakah kandungan bahan aktif tersebut boleh menjejaskan kulit?

Walaupun titanium dioksida menawarkan perlindungan daripada sinaran UV yang stabil dan seimbang, ia tetap boleh menyebabkan beberapa masalah kulit. Sekiranya anda mendapat jerawat kesan dari penggunaan produk mekap dan pelindung matahari fizikal, adalah berkemungkinan disebabkan oleh titanium dioksida. Manakala zink oksida pula selamat digunakan walaupun pada kulit sensitif, bahkan ia digunakan sebagai rawatan permukaan untuk ruam lampin.

Penapis kimia lebih merengsakan. Ia boleh menyakitkan mata anda sekiranya termasuk secara tidak sengaja. Sebahagian orang mengalami alahan terhadap bahan kimia ini. Sekiranya anda salah seorang daripada mereka, pastikan anda mengelakkan penggunaan pelindung matahari kimia kerana ia boleh mencetuskan tindak balas alahan yang teruk.

Yang mana satukah memberikan lebih perlindungan?

Apabila berbicara tentang perlindungan, kita perlu mengambil kira faktor bilangan kandungan bahan aktif, saiz partikel penapis, kestabilan dan keseimbangannya dan sebagus manakah produk itu diformulakan. Titanium dioksida berkesan melawan sinaran UVB tetapi tidak berkesan kepada UVA. Zink oksida pula melindungi kulit daripada kedua-duanya. Titanium oksida dan zink oksida menawarkan  perlindungan segera selepas dipakai. Penapis kimia pula secara umumnya lebih berkesan, namun julat perlindungannya bergantung kepada bahan kandungan tertentu. Anda perlu menunggu sekurang-kurangnya 20 minit selepas memakainya sebelum keluar di bawah sinaran matahari.

Kedua-dua jenis pelindung matahari ini mempunyai baik dan buruknya. Pemilihan jenis perlindungan yang terbaik adalah yang sesuai dengan keperluan anda. Sekiranya anda berkulit sensitif, eloklah menggunakan pelindung matahari fizikal. Walau bagaimanapun, kebanyakan pelindung matahari fizikal meninggalkan kesan putih pada kulit. Jadi, sekiranya anda memiliki tona kulit yang gelap, ia mungkin lebih sesuai untuk anda.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Anda mungkin berminat untuk membaca artikel:

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"
    Rujukan

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    5 Produk Penjagaan Kulit Terbaik yang Mungkin Anda Lupa

    Apabila melibatkan penjagaan kulit, tumpuan seolah-olah pada produk baru yang panas (yang selalunya mahal). Tetapi terdapat beberapa produk utama, manakala sering diabaikan, sebenarnya membuatkan perbezaan yang ...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
    Ditulis oleh Farah Aziz
    Gaya Hidup Sihat, Sihat Bergaya 27/04/2018 . 2 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    selaran matahari

    Anak Gemar Main Panas? Ini 5 Cara Nak Elakkan Sunburn Pada Si Kecil, PASTI BERKESAN!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 18/08/2020 . 3 minit bacaan
    berjemur di pantai

    Tak Sabar Nak Berjemur Di Pantai Lepas PKP? Buat Wanita Hamil, Ini BAHAYA Yang Bakal Ibu Perlu Tahu

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 05/06/2020 . 3 minit bacaan
    pelindung matahari

    Kalau Nak Cegah Kanser Kulit, Mungkin Anda Perlu Mula Rajin Pakai Sunscreen. Ini Sebabnya….

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 18/11/2019 . 2 minit bacaan
    Alahan Pelindung Matahari Bolehkah Berlaku

    Alahan Pelindung Matahari: Bolehkah Berlaku?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Amy
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 09/05/2019 . 2 minit bacaan