backup og meta

Pakai Korset Gara-Gara Nak Cantik? Ini BAHAYA Yang Anda Tak Sedar!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Farah Aziz · Disemak pada 20/06/2023

    Pakai Korset Gara-Gara Nak Cantik? Ini BAHAYA Yang Anda Tak Sedar!

    Impian tampil cantik setiap hari terutama di majlis keraian menjadi idaman hampir semua wanita. Diet yang kurang berhasil mendorong seseorang untuk memakai korset atau bengkung. Ramai wanita beranggapan korset terbaik untuk mereka kelihatan langsing memakai baju yang ‘fit’ seperti baju kurung moden atau kebaya.

    Namun tanpa sedar, ia boleh mendatangkan kesan buruk terhadap kesihatan wanita itu sendiri.

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Wanita, sila dapatkannya di sini.

    Apa itu korset terbaik untuk buat tubuh kelihatan langsing?

    Korset merupakan pakaian yang direka khas untuk membuat perut, pinggul malahan dada wanita tampak lebih kecil dan tubuh kelihatan kurus bagi si pemakai. Ia telah digunakan berabad lama dahulu terutamanya di dunia fesyen.

    Sebenarnya korset bukanlah alat pembakar lemak di dalam badan, sebaliknya ia lebih tepat dikatakan sebagai menolak lemak daripada bahagian perut ke atas dan ke bawah untuk memberi ilusi bentuk badan yang lebih menawan.

    Dalam erti lain, korset adalah pakaian khas yang menyorok gumpalan lemak sahaja.

    Perbezaan bengkung dan korset terbaik untuk langsing

    korset terbaikkorset terbaik

    Ianya dua benda yang sama berkongsi konsep.

    Korset adalah hasil idea daripada Barat. Pemakaian korset lebih agresif kerana ia mempunyai besi di bahagian tepi abdomen dan meliputi sehingga dada, serta tidak mengikut bentuk badan secara semula jadi.

    Manakala bengkung lebih kepada tradisional Melayu yang menggunakan bahan-bahan semula jadi untuk bertungku dan sebagainya, diperbuat daripada kain semata-mata dan mengikut bentuk badan si pemakai.

    Kesan memakai korset

    korset terbaik
    Perubahan struktur organ dalaman pemakai korset.

    1. Berisiko tinggi menghidap Lemah Kawalan Kencing (LUL)

    Ada pakar mendapati, wanita yang ingin kelihatan langsing dengan memakai korset berisiko mengalami Lemah Kawalan Kencing (LUL) kerana ia menekan bahagian bawah perut dan lama-kelamaan tidak dapat menahan tekanan berkenaan.

    Ini disebabkan anda cenderung untuk menahan kencing sehingga mengganggu sistem saraf pundi kencing kerana tidak mahu menanggalkan dan memakai semula korset.

    2. Ketidakselesaan bernafas

    Penggunaan korset yang berpanjangan boleh menyebabkan tahap oksigen yang rendah dalam badan sehingga menyebabkan keletihan, pening dan mual.

    Kesannya, ruang organ paru-paru terbatas untuk mengembang sepenuhnya apabila bernafas dan terpaksa bekerja lebih.

    Ini menyebabkan anda cepat penat dan letih yang melampau serta menyukarkannya berfungsi sempurna dan jantung akan berdegup laju.

    3. Korset terbaik mengurangkan selera makan?

    Memakai korset meletakkan tekanan ke atas perut serta ukuran pinggang seseorang. Ia menyebabkan kesukaran untuk makan berlebihan dan sekali gus mengurangkan selera makan.

    4. Mempengaruhi organ dalaman

    Tekanan terhadap rongga dada akan mempengaruhi organ dalaman seperti hati, paru-paru dan jantung, dan kelainan pada bentuk fizikal tubuh, misalnya tekanan pada perut akan terjadinya benjolan di bahagian tubuh yang lain.

    5. Penyakit Chlorosis (greensickness)

    Penyakit ini adalah keadaan kulit seseorang menjadi putih kehijauan yang disebabkan berlakunya gangguan pada hempedu akibat pemakaian korset.

    Sekiranya anda ingin memakai korset pastikan anda memlih saiz yang betul mengikut bentuk badan anda.

    Pemakaiannya mempunyai aturan tersendiri, hanya pakai dalam masa 5 jam sehari. Jangan sesekali pakai lebih dari 8 jam atau 24 jam!

     

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Farah Aziz · Disemak pada 20/06/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan