Cara Merawat Jerawat Menggunakan Aloe Vera

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 13/09/2019 . 2 minit bacaan
Share now

Aloe vera atau lidah buaya telah lama dikenali dengan ciri anti-radang dan anti-bakterinya. Ia sering digunakan untuk meredakan kerengsaan kulit seperti selaran matahari dan kemerahan. Aloe vera berkesan untuk mengurangkan jerawat melalui langkah mudah:

Langkah 1: Potong daun aloe vera pada bahagian terdekat dengan akar. Jangan menarik daun semasa anda memotong kerana ini boleh membahayakan isi batang di dalam daun.

Langkah 2: Basuh daun dengan teliti.

Langkah 3: Keluarkan gel daripada daun.

Langkah 4: (Pilihan) Tambahkan beberapa titisan jus lemon ke dalam gel.

Langkah 5: Bersihkan muka anda dengan pencuci muka lembut.

Langkah 6: Sapukan gel kepada muka.

Langkah 7: Biarkan gel semalaman dan basuh pada waktu pagi.

Anda perlu mengulangi proses ini setiap hari dengan daun aloe yang baru diekstrak untuk hasil yang terbaik. Sekiranya anda tidak mempunyai pokok aloe vera di rumah anda, pilih gel aloe vera yang tersedia di pasaran. Ia menjimatkan masa dan lebih mudah. Anda harus meneruskan sapuan gel ke kulit anda, walaupun selepas jerawat telah sembuh untuk mengelakkannya daripada muncul semula. Aloe vera juga bertindak sebagai pelembap yang baik dengan keupayaan untuk melambatkan proses penuaan dan membersihkan liang roma.

Walaupun aloe vera selalunya berkesan, tetapi ia masih boleh berkemungkinan menyebabkan reaksi alahan pada sesetengah orang. Oleh itu, anda disarankan untuk melakukan ujian terlebih dahulu sebelum meletakkannya pada kulit anda. Anda mungkin alah kepada aloe vera jika anda alah kepada bawang, bawang putih, dan keluarga tulip. Hentikan penggunaan dengan serta-merta sekiranya anda melihat tanda-tanda kerengsaan. Tindak balas alahan terhadap sapuan luaran aloe vera  tidak membawa maut dan tidak menyebabkan keadaan perubatan yang serius. Walau bagaimanapun, ia boleh menjadi lebih teruk. Jadi, jika kerengsaan tidak berhenti, anda perlu menghubungi doktor anda secepat mungkin.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Rimas Tengok Ketuat Pada Badan? Ini Cara Merawatnya, Mudah Saja, Hanya Perlu Buat Di Rumah!

    Kelihatan buruk dan menjengkelkan, ini antara masalah yang dihadapi oleh mereka yang mempunyai ketuat. Apakah cara untuk hilangkan ketuat?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Gaya Hidup Sihat, Sihat Bergaya 25/08/2020 . 3 minit bacaan

    Pakai Makeup Bagi Kulit Berjerawat, Boleh Ke? Bagaimana Pula Kalau Berkongsi Alat Solek?

    Rakan baik anda mungkin mengatakan bahawa anda harus berhenti memakai makeup kerana ia menjadi faktor kulit berjerawat anda. Ini ke sebab jerawat tumbuh?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Gaya Hidup Sihat, Sihat Bergaya 19/08/2020 . 3 minit bacaan

    Daun Lidah Buaya Bukan Setakat Bagus Untuk Rambut & Kulit, Tapi Boleh Juga Rawat Luka!

    Ramai sudah tahu bahawa aloe vera adalah bagus untuk kulit dan rambut. Namun tahukah kalian ia juga boleh membantu merawat luka? Jom klik untuk baca!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Gaya Hidup Sihat, Pertolongan Cemas 24/07/2020 . 3 minit bacaan

    Kalau Nak Kulit Sihat JANGAN Mandi Lama, Mandi Ala P.Ramlee Pun Tak Boleh! Ini Sebabnya

    Mandi terlalu lama boleh menjejaskan kesihatan kulit walaupun anda hanya mandi sekali sehari. Ikuti tip kami bagi memastikan kesihatan kulit terjaga.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Tips Kesihatan, Gaya Hidup Sihat 23/07/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    masalah kulit

    Usus Kotor? Petandanya Ada Pada Kulit Wajah Anda! Ini Cara Atasi Kulit Berjerawat Akibat Usus Kotor

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 05/10/2020 . 3 minit bacaan
    masalah jerawat

    Hati-Hati Kalau Nak Ambil Pil Jerawat Ini, Kena Faham Kesan Sampingannya Dahulu!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 02/10/2020 . 3 minit bacaan
    ekzema zakar

    Ekzema BUKAN Saja Boleh Jadi Pada Muka & Badan, Alat Sulit Juga Berisiko Terkena?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 15/09/2020 . 3 minit bacaan

    Jaga-jaga Jika Gemar Berkebun & Ada Kucing Di Rumah? Anda Berisiko Kena JANGKITAN Ini

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 11/09/2020 . 3 minit bacaan