Jangan Seronok Sangat Nak Telan Sperma Suami, Ambil Tahu Risiko Jangkitan Kelamin Ini Dulu!

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 10/09/2020 . 2 minit bacaan
Share now

Pernahkah anda terfikir, adakah selamat untuk anda telan air mani pasangan? Mungkin ada antara kita yang terfikir untuk cuba telan air mani disebabkan oleh keghairahan melayan hubungan seksual bersama pasangan masing-masing.

Walau bagaimanapun, pasti ramai yang teragak-agak untuk melakukan hal sedemikian.

Sebelum kami memberitahu sama ada selamat atau tidak untuk telan air mani pasangan anda, anda perlu memastikan bahawa pasangan anda bebas daripada sebarang penyakit jangkitan seksual atau STD.

Jika pasangan anda telah disahkan bebas daripada jangkitan STD, anda boleh teruskan membaca apa yang kami sediakan di bawah ini.

Adakah selamat untuk anda telan air mani pasangan anda?

telan air mani

Ya. Untuk pengetahuan anda, komponen yang membentuk air mani adalah selamat untuk ditelan. Air mani yang ditelan dicerna dengan cara yang sama makanan dicerna.

Walau bagaimanapun, dalam sesetengah keadaan yang jarang berlaku, sesetengah individu mungkin akan mengetahui bahawa mereka mempunyai alahan terhadap air mani. Ia juga dikenali sebagai human seminal plasma hypersensitivity (HSP).

Apakah rasa sebenar air mani?

Rasa air mani sebenarnya bergantung kepada individu itu sendiri. Ia boleh memiliki rasa pahit, masin dan manis.

Walaupun tidak terdapat hubungan yang jelas yang membuktikan bahawa makanan yang dimakan mempengaruhi rasa air mani, terdapat bukti anekdot atau cerita peribadi daripada pengalaman individu lain mengenai hal ini. 

Adakah ia kaya dengan protein seperti yang dikatakan?

telan air mani

Walaupun air mani dikatakan kaya dengan sumber protein, anda mungkin perlu menelan bergelen-gelen air mani untuk mendapatkan manfaat kesihatan daripadanya.

Untuk pengetahuan anda, protein yang terdapat dalam air mani hanyalah sangat sedikit. Ia sekitar 1/12 daripada keseluruhan air mani tersebut.

Selain kandungan protein,sperma dan air yang terdapat dalam air mani, ia juga mengandungi komponen-komponen lain seperti gula, garam, sitrat, zink, klorida, kalsium, asid laktik, magnesium, urea dan kalium.

Adakah air mani juga mengandungi kalori?

Ya, air mani juga mengandungi kalori tetapi tidaklah banyak seperti yang disangkakan. Bagi setiap ejakulasi air mani (dengan anggaran sebanyak satu sudu), hanya terdapat sekitar 5 hingga 7 kalori sahaja.

Bolehkah saya terdedah kepada STD jika telan air mani?

telan air mani

Sepertimana jenis seks tanpa perlindungan yang lain, telan air mani juga boleh merisikokan anda terhadap STD atau jangkitan penyakit seksual.

Jangkitan bakteria seperti gonorrhea dan chlamydia boleh menjejaskan tekak anda. Jangkitan virus antara kulit seperti herpes juga boleh berlaku. Oleh kerana itu, adalah penting untuk anda sentiasa mengetahui status semasa pasangan anda sama ada mereka mempunyai jangkitan STD atau tidak.

Untuk pengetahuan anda, STD juga boleh menjangkiti anda melalui seks oral atau telan air mani. Walaupun ia berisiko kecil berbanding seks biasa, ia masih tetap berisiko kepada kesihatan anda.

Cuba untuk elakkan diri anda daripada telan air mani melainkan pasangan anda benar-benar ‘bersih’ daripada jangkitan seksual dan tidak bertukar-tukar pasangan. 

Kesimpulan

Walaupun menelan air mani adalah satu perkara yang boleh dianggap selamat, namun kami yakin tidak ramai yang ingin melakukan hal tersebut. Ini mungkin disebabkan oleh faktor rasanya yang mungkin tidak enak, atau bau air mani yang kurang menyenangkan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy"
Rujukan

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

9 Faktor Ini Punca Ibu Terdedah Kepada Kehamilan Berisiko Tinggi, No. 3 Kena Jaga-jaga

Kehamilan berisiko tinggi dialami ibu mengandung mungkin berpunca daripada masalah kesihatan yang dihidapi sebelum, semasa atau selepas melahirkan anak.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Kehamilan, Rancang Kehamilan 28/08/2020 . 3 minit bacaan

Anda Seorang Yang Aktif Berhubungan Seksual? Jangan Sorokkan Ia Daripada Doktor Ya!

Ramai individu yang menyorokkan hubungan kelamin suami isteri daripada doktor mereka. Ini adalah sesuatu yang tidak bagus. Jom klik artikel ini untuk tahu!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Gaya Hidup Sihat, Seks Hubungan 28/08/2020 . 3 minit bacaan

Siapa Lebih Ghairah Tentang Seks, Lelaki Atau Wanita? Dapatan Kajian Ini Ada Jawapannya…

Nafsu syahwat siapa yang lebih besar di antara lelaki dan wanita? Jom klik artikel ini untuk baca kajian dan huraian mengenai jawapan soalan ini!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Gaya Hidup Sihat, Seks Hubungan 26/08/2020 . 3 minit bacaan

MENGEJUTKAN! Kajian Kata Lelaki Yang Gemar Buat Seks Oral Berisiko Dapat Kanser

Tahukah kalian bahawa mungkin terdapat beberapa kesan buruk seks oral antaranya menyebarkan kanser? Ia juga dikatakan lebih berisiko kepada lelaki!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Gaya Hidup Sihat, Seks Hubungan 25/08/2020 . 3 minit bacaan

Artikel lain untuk anda

apa itu herpes

Tahan Nafsu Jika Terjangkiti Herpes, Boleh Ke Bersama Dengan Pasangan? Ini Jawapan Pakar!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Diterbitkan pada 11/09/2020 . 3 minit bacaan
sakit kepala berdenyut

Sedang Hangat Beraksi, Tiba-tiba Sakit Kepala Berdenyut? Ini Sebab Mengapa Ia Berlaku!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Diterbitkan pada 03/09/2020 . 3 minit bacaan
tekanan seksual

Ada Kajian Kata Wanita Lebih Aktif & Puas Secara Seksual Menjelang Usia 40-an, Benarkah?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Diterbitkan pada 28/08/2020 . 3 minit bacaan
tingkah laku anak

Ibu Ayah, Ini Tingkah Laku Seksual Yang TIDAK PATUT Ada Pada Anak Anda, Sila Perhatikan!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 28/08/2020 . 3 minit bacaan