home

Bagaimana kami boleh memperbaikinya?

close
chevron
Artikel ini mengandungi maklumat yang salah dan tidak tepat.
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Artikel ini tidak menyediakan info selengkapnya
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Hmm... Saya ada soalan!
chevron

Kami tidak boleh menawarkan khidmat nasihat kesihatan peribadi, tapi kami mengalu-alukan pendapat anda! Sila isi kotak di bawah.

wanring-icon
Jika anda mengalami kecemasan, sila hubungi pihak kecemasan atau lawati bilik kecemasan terdekat dengan kadar segera.

Isteri, Ini 6 Tanda Suami Anda Mempunyai Air Mani Yang Sihat, Boleh Perhati Dari Sekarang!

Isteri, Ini 6 Tanda Suami Anda Mempunyai Air Mani Yang Sihat, Boleh Perhati Dari Sekarang!

Adakah pasangan saya mempunyai air mani yang sihat? Ini mungkin soalan yang berada dalam setiap minda wanita pada masa ini. Tiada cara mudah untuk memeriksa kualiti sperma pasangan dan cara terbaik adalah dengan berjumpa doktor tetapi tanda-tanda berikut boleh membantu anda mendapatkan idea tentang kesihatan air mani suami sebelum membuat temu janji doktor.

Suami suka makan ikan

Jika ikan adalah hidangan kegemarannya, maka peratusan dia mempunyai sperma berkualiti adalah tinggi dan terdapat penyelidikan juga menyokong kenyataan ini.

Menurut kajian yang dijalankan oleh penyelidik dari Universiti Harvard, lelaki yang banyak makan ikan mempunyai kepekatan sperma 65 peratus lebih baik daripada mereka yang tidak. Jadi, jika lelaki anda suka memancing, maka peluang dia mempunyai air mani yang berkualiti adalah tinggi.

Kurang makan daging yang diproses

Daging, Adakah Baik untuk Kesihatan - daging proses

Jika dia tidak banyak makan daging yang diproses, kebarangkalian dia mempunyai air mani yang berkualiti juga adalah tinggi dan terdapat juga kajian untuk menyokong kenyataan ini.

Menurut kajian yang dijalankan oleh penyelidik di Universiti Harvard, lelaki yang paling banyak makan daging yang diproses ternyata mempunyai bilangan sperma normal yang lebih rendah berbanding mereka yang makan dengan sedikit.

Perutnya tidak berlemak

Menurut penyelidik dari Belanda, lelaki dengan ukur lilit pinggang 40 inci atau lebih besar mempunyai kepekatan dan bilangan sperma yang bergerak normal lebih rendah berbanding lelaki dengan pinggang yang lebih kecil.

Para penyelidik mendakwa bahawa berat badan yang tinggi di sekitar perut boleh mengganggu pengeluaran dan perkembangan air mani.

Tidak menggunakan seluar dalam ketat

Suhu skrotum yang lebih rendah adalah penting jika suami anda mahu mempunyai sperma yang berkualiti dan seluar longgar membolehkan beliau mempunyai suhu skrotum yang lebih rendah jika dibandingkan dengan seluar ketat.

Satu kajian dari UK menunjukkan bahawa lelaki yang memakai seluar pendek boxer menggantikan seluar dalam ketat adalah 24 peratus kurang berisiko untuk mempunyai air mani dengan kiraan rendah. Jadi seluar dalam suami anda pakai adalah penting.

Gimnasium adalah tempat kegemarannya

gimnasium

Jika suami anda serius melakukan senaman, mungkin dia boleh mempunyai air mani yang berkualiti. Menurut penyelidik dari Harvard, lelaki yang bersenam secara sederhana atau berat sekurang-kurangnya 15 jam seminggu mempunyai kepekatan sperma 73 peratus lebih tinggi berbanding lelaki yang tidak bersenam pada intensiti yang sama.

Bukan seorang yang tampan

Berita baik bagi lelaki yang berwajah biasa!

Penyelidik Sepanyol dan Finland baru-baru ini menunjukkan bahawa lelaki dengan wajah yang tampan dianggap lebih cenderung untuk mempunyai kualiti air mani lebih rendah berbanding lelaki lebih berwajah feminin.

Salah satu yang mungkin menjadi penyebabnya ialah: teori dipanggil “tradeoff hipotesis.” Ringkasnya, lelaki mempunyai jumlah tenaga yang tetap untuk digunakan bagi tujuan reproduktif. Tenaga tersebut yang perlu diagihkan kepada beberapa komponen yang berbeza.

“Jadi, jika seorang lelaki menggunakan banyak sumber pada penghasilan air mani, dia mungkin mempunyai kurang sumber untuk membangunkan ciri-ciri seksual sekunder yang menarik, seperti muka yang maskulin,” kata Jukka Kekäläinen, Ph.D.

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Sumber Rujukan

5 SIGNS YOUR MAN HAS GOT HEALTHY SEMEN http://www.elcrema.com/2014/11/15/5-signs-your-man-has-got-healthy-semen/  Accessed: 8 January, 2017

Gambar penulis
Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim pada 19/04/2018
Maklumat perubatan disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
x