Bakal Raja Sehari, Menjelang Malam Pertama, Ini 5 Petua Anda Kena Tahu, Jangan Gopoh!
Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group
Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 15/02/2024
Bagi setiap pasangan yang baharu sahaja berkahwin, tiada perkara yang lebih mendebarkan daripada aktiviti malam pertama suami isteri. Persoalannya, adakah terdapat sebarang tip malam pertama yang boleh diamalkan?
Pasti macam-macam yang bermain di fikiran kalian bukan? Pun begitu, kalian tidak perlu terlalu fikirkan mengenainya.
Memang normal untuk berasa cemas dan takut, namun cuba kawal perasaan anda itu agar seks kali pertama kalian tidaklah menjadi begitu kekok.
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Seksual, sila dapatkannya di sini.
Tip malam pertama buat pasangan baru berkahwin
Nanti! Sebelum itu, kalian perlu tahu satu perkara yang penting ini terlebih dahulu.
Individu lelaki pasti tertanya-tanya kenapa perempuan takut malam pertama?
Buat golongan wanita pula, pasti anda akan berasa malu serta risau kerana seluruh tubuh badan anda akan diterokai oleh encik suami nanti.
Satu soalan semestinya akan bermain dan berlegar di fikiran iaitu adakah ia menyakitkan?
Jawapannya adalah tidak.
Proses penetrasi zakar ke dalam faraj tidak menyakitkan namun mungkin akan mendatangkan sedikit ketidakselesaan terutamanya ketika selaput dara terkoyak dek tusukan zakar.
Namun, ia adalah satu proses yang normal dan akan dilalui oleh semua wanita di dunia ini.
Oleh itu, adalah tidak wajar jika anda terlalu fikirkan mengenainya. Sebaliknya, cuba enjoy detik bersejarah anda ini.
Ikuti tip malam pertama yang kami sediakan ini:
#1. Berbincang dengan pasangan terlebih dahulu
Sebelum mula melakukan aktiviti malam pertama suami isteri, perkara pertama yang perlu dilakukan adalah berbincang dengan pasangan terlebih dahulu.
Bertanyalah kepada mereka tentang jenis seks bagaimana yang mereka dambakan.
Adakah seks penetrasi? Atau seks oral? Atau sekadar foreplay sahaja sudah memadai buat kali pertama ini?
Setelah bersetuju, barulah projek asmara malam pertama kalian boleh dijalankan dengan jayanya.
Jika kemahuan anda dan pasangan tidak serupa, janganlah pula anda memaksanya.
Mungkin benar si dia masih belum bersedia. Sebaliknya, cuba encik suami pujuk dan rayu secara elok ya?
#2. Tip malam pertama – Putuskan untuk menggunakan perlindungan atau tidak
Kebanyakan pasangan mungkin tidak mengambil endah perkara ini kerana tidak peduli akan kesan jangka masa panjangnya.
Mungkin pada pendapat kalian, untuk apa menggunakan perlindungan jika pasangan anda itu sah?
Tiada salahnya jika mempunyai anak sekalipun bukan? Namun, inilah kesilapannya.
Kalian tidak sewajarnya berfikiran begitu kerana perancangan keluarga adalah sangat penting.
Berbincanglah dengan pasangan sama ada sudah bersedia atau tidak untuk mempunyai anak.
Selain itu, fikirkan juga tentang faktor kewangan, kerjaya dan persediaan anda untuk menjadi seorang ibu atau bapa.
Jika tidak, sila gunakan teknik kontraseptif seperti pil perancang atau kondom.
Tips malam pertama agar cepat hamil #3. Jangan lupa foreplay sebelum seks
Tidak dinafikan, ramai pasangan mungkin sudah tidak sabar untuk melakukan aktiviti malam pertama setelah sekian lama berangan. Namun, tunggu dulu ya?
Jangan terus bertelanjang dan memulakan langkah untuk memasukkan zakar. Ia pasti tidak akan menjadi.
Selepas itu, barulah anda boleh masukkan zakar secara perlahan ke dalam faraj.
Ingat! Jangan memaksa ya? Ia adalah proses semula jadi yang sewajarnya berjaya jika kalian berdua kekal tenang.
#5. Tip malam pertama – Bersikap jujur dengan pasangan
Hakikatnya, ramai wanita yang sudah berkahwin pernah melakukan orgasma palsu semata-mata ingin menjaga hati pasangan.
Ia adalah satu teknik membuat diri seakan sudah puas dengan servis pasangan sedangkan ia belum, sebaliknya isteri hanya kerana ingin menjaga hati si dia.
Kes ini kebiasaannya berlaku sekiranya pihak lelaki mengalami kondisi ejakulasi pramatang.
Kesannya, ia akan membuat encik suami terpancut air mani dengan terlalu cepat.
Sebagai isteri, perasaan serba salah pasti akan menyelubungi anda ketika ini.
Namun, jangan menipu pasangan. Sebaliknya, bersikap jujur dengan pasangan.
Katakan kepadanya bahawa anda belum puas dan anda memerlukannya untuk kehidupan seks yang lebih sihat dan sejahtera.
Dengan ini, mungkin kalian boleh ikhtiarkan sesuatu bagi mengelakkannya dari berulang.
Tip malam pertama
Berbincang dengan pasangan terlebih dahulu
Putuskan untuk menggunakan perlindungan atau tidak
Jangan lupa foreplay sebelum seks
Cuba dengan perlahan sehingga berjaya
Bersikap jujur dengan pasangan
Akhir kata, jangan terlalu gopoh dan lakukan tip malam pertama ini dengan tenang.
Projek malam pengantin kalian pasti akan berjalan dengan jayanya sekiranya kalian betul-betul mengikuti tip malam pertama yang kami berikan ini.
Selamat mencuba ya!
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen