Kerap Alami Mimpi Basah Tapi Tidak Tahu Kenapa? Ini Punca & Maksud Kejadian Ini!

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Diterbitkan pada 16/10/2020 . 3 minit bacaan
Share now

Bangun sahaja daripada tidur, anda dapati seluar yang dipakai basah dan melekit dengan cecair air mani. Adakah anda mengalami mimpi basah?

Sekiranya anda sedang atau sudah melalui fasa akil baligh, maka anda mungkin mengalami fenomena ini!

Persoalannya, apa punca dan maksud ia berlaku kepada anda ketika sedang lena beradu pada waktu malam?

Jom sama-sama kita ikuti artikel untuk tahu tentang fenomena mimpi basah ini dengan lebih mendalam lagi.

Apa itu mimpi basah?

Sebelum itu, adalah wajar untuk kita berkenalan dengan definisi sebenar berkenaan istilah ini terlebih dahulu.

Untuk pengetahuan anda, mimpi basah adalah satu mimpi berkenaan perlakuan seks yang mungkin akan menyebabkan kalian memancutkan air mani ketika tidur.

Juga dikenali sebagai nocturnal emission, anda mungkin sedar sudah mengalami mimpi berkenaan seks ketika sedang tidur, namun sukar untuk mengingatnya.

Persoalannya, adakah semua orang mengalami mimpi basah?

mimpi basah

Adakah semua orang mengalami mimpi basah?

Jawapannya adalah ya kerana ia merupakan salah satu daripada petanda bahawa anda sedang atau sudah melalui fasa akil baligh.

Mungkin ramai yang akan mengaitkannya dengan kaum lelaki sahaja kerana mereka adalah golongan yang sering mengadu mengalaminya.

Namun ketahuilah bahawa kaum wanita juga tidak terkecuali daripadanya kerana mereka juga boleh mengalami mimpi basah ketika sedang tidur.

Baik lelaki atau wanita, kedua-duanya mungkin akan mengalami mimpi basah. Namun, adakah situasi ini normal?

Normalkah jika kerap mengalaminya?

Sebenarnya, mimpi basah adalah salah satu daripada fasa normal tumbesaran individu dan tiada apa yang boleh anda lakukan untuk mengelakkannya.

Sekiranya kalian terlalu kerap mengalaminya, ia tidak bermakna bahawa anda mempunyai sebarang masalah berkenaan fizikal atau mental.

Ada individu yang akan mengalaminya beberapa kali dalam seminggu sementara ada juga yang mengalaminya beberapa kali seumur hidup.

Jadi ia adalah normal dan tiada apa yang anda perlu risaukan tentangnya.

Normalkah jika tidak mengalaminya?

Ya, ia juga adalah normal kerana bukan setiap individu akan mengalami mimpi basah ini!

Sekiranya ia tidak pernah atau jarang sekali berlaku kepada anda, itu tidak bermakna fizikal dan mental anda mempunyai sebarang masalah.

mimpi basah

Apa punca & maksud mimpi ini?

Mungkin akan ada individu di sekeliling mengusik anda yang mengadu mengalaminya sebagai seorang yang miang kerana sehingga membawa ke mimpi akan perkara sebegitu.

Sebenarnya ia tidaklah bermaksud sedemikian rupa kerana mimpi basah adalah berkaitan dengan apa yang sedang atau sudah berlaku dalam tubuh badan anda.

Bagi seorang lelaki

Apabila seorang lelaki sedang atau sudah melalui fasa akil baligh, tubuh badan anda akan mula menghasilkan hormon testosteron.

Hormon ini kemudiannya akan membantu dalam proses penghasilan dan pengeluaran sperma bagi tujuan pembiakan pada masa akan datang.

Sekiranya anda belum berkahwin atau tidak aktif melakukan aktiviti seksual seperti melancap misalnya, maka sperma dalam air mani itu akan tersimpan.

Antara cara semula jadi untuk tubuh badan mengeluarkan ia adalah melalui mimpi basah!

Bagi seorang wanita

Bagi mereka yang bernama wanita pula, penjelasannya pula adalah lebih kurang sama sahaja bagi lelaki iaitu kerana kurang kerap melakukan aktiviti seksual.

Namun ia tidak mempunyai sebarang kaitan dengan hormon testosteron (hanya terdapat pada lelaki) sebaliknya hormon estrogen yang memainkan peranan.

Sekiranya anda sudah berkahwin atau sangat aktif melakukan aktiviti seksual seperti melancap misalnya, maka anda mungkin akan kurang mengalami mimpi basah.

Bagaimana untuk mengelak mimpi ini daripada berlaku?

Meskipun ada yang beranggapan bahawa ia adalah satu nikmat yang diberi secara percuma dan tidak mendatangkan sebarang kesan negatif, namun kadangkala ia juga wajar untuk dielakkan.

Sebagai contoh, kita sedang berpuasa dan sudah pasti tidak mahu jika air mani terkeluar ketika sedang tidur kerana itu akan membatalkannya.

Disebabkan itu, wujud pelbagai kaedah yang diilhamkan oleh individu untuk mengelakkan mimpi sebegini berlaku ketika sedang tidur.

Antara kaedah tersebut adalah:

  • Membezakan antara realiti dan imaginasi
  • Jangan berfikir tentang perihal seks sebelum masuk tidur
  • Muhasabah diri sebelum masuk tidur dengan meditasi

Mungkin bagi sesetengah orang ia akan berkesan namun menurut pelbagai kajian, ia adalah tidak efektif!

Walaupun sesetengah orang mempunyai idea tentang bagaimana untuk mengelakkan mimpi sebegini daripada berlaku, tapi tidak ada strategi yang terbukti untuk perkara tersebut.

Menukar cadar dan membersihkan diri selepas itu mungkin memalukan atau menjengkelkan, tetapi perlu diingati bahawa mimpi basah adalah satu perkara yang agak normal.

Jika anda berasa tidak selesa tentang mimpi basah, sila bincang dengan orang dewasa yang anda percayai – ibu bapa, kawan karib, kaunselor atau pakar kesihatan anda.

Bercakap mengenai mimpi yang dialami adalah cara terbaik untuk membolehkan anda berasa lebih selesa dengan fenomena ini!

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Benarkah Ada Istilah Mimpi Basah? Biasanya Ia Ada Kaitan Dengan Seks

Anda tahu tak apakah penyebab mimpi basah dan adakah ia boleh berlaku kepada semua lelaki yang telah melalui fasa Aqil baligh?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Helma Hassan
Gaya Hidup Sihat, Seks Hubungan 05/11/2018 . 3 minit bacaan

Mengapa Kita Mengalami Mimpi?

Mimpi adalah sejenis halusinasi yang berlaku semasa tidur. Setiap orang pasti pernah mengalaminya. Saintis mengatakan bahawa ia mungkin berlaku 4 hingga 6 kali setiap malam. Ia boleh berlaku pada bila-bila waktu ...

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim
Tips Kesihatan, Gaya Hidup Sihat 03/09/2018 . 2 minit bacaan

3 Tip Mengelakkan Mimpi Basah Sewaktu Puasa

Mimpi Basah berlaku disebabkan oleh kenaikan paras testosteron yang berlaku di dalam badan lelaki, anda boleh mengeluarkan air mani melalui ejakulasi zakar.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Helma Hassan
Gaya Hidup Sihat, Tidur 21/05/2018 . 3 minit bacaan

Menafsirkan Mimpi Anda

Adakah anda pernah tertanya-tanya apakah maksud mimpi anda atau jika secara halus memberitahu sesuatu? Jika anda mengalaminya, ikuti artikel di bawah untuk menafsirkan mimpi anda. Belajar bagaimana untuk menghafal ...

Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
Ditulis oleh Farah Aziz
Gaya Hidup Sihat, Fakta Menarik 26/04/2018 . 2 minit bacaan

Artikel lain untuk anda

mimpi basah

Anak Lelaki Alami Mimpi Basah? Ayah, Jalankan Tanggungjawab Anda, Ini Yang Perlu Dibuat

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 24/07/2020 . 3 minit bacaan
mimpi basah

Wah! Bukan Lelaki Saja Yang Alami Mimpi Basah, Tapi Wanita Pun Boleh

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Diterbitkan pada 09/07/2020 . 3 minit bacaan
mimpi basah adalah

Ingatkan Lelaki Saja Yang Mimpi Basah, Rupanya Wanita Pun Ada Mimpi Basah Juga!

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
Ditulis oleh Ahmad Farid
Diterbitkan pada 05/11/2019 . 2 minit bacaan
mimpi

Ada Apa Dengan Mimpi

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Amy
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 04/12/2018 . 4 minit bacaan