Alamak, Kondom Tersekat dalam Faraj! Apa yang Patut Saya Lakukan?

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 06/04/2020 . 2 minit bacaan
Share now

Hubungan seks sepatutnya menyeronokkan, tetapi anda pasti akan tertekan jika kondom tersekat dalam faraj. Walaupun keadaan ini jarang berlaku, anda masih perlu belajar bagaimana untuk mengatasinya dan bukan hanya memikirkan keterujaan di atas katil.

Bertenang

Sekiranya kondom tersekat di dalam, ia pasti hanya berada antara saluran vagina dan serviks (bahagian bawah rahim). Jadi, tidak ada keperluan untuk panik. Tarik nafas panjang dan beralih ke langkah seterusnya.

Keluarkan dengan jari anda

Pertama, basuh tangan anda dan pastikan kuku anda benar-benar bersih. Jika anda mempunyai kuku panjang, potong kuku sebelum cuba memasukkan jari anda. Jika anda boleh merasakan kondom dalam diri anda, anda mungkin boleh mencapainya. Cuba ambil dan tarik sendiri terlebih dahulu.

Minta bantuan

Sekiranya anda tidak bernasib baik untuk mencapainya sendiri, anda harus meminta bantuan pasangan anda. Mungkin lebih mudah baginya untuk melakukannya daripada anda. Memandangkan dia juga menyumbang kepada kemalangan ini, jangan malu untuk bertanya.

Mencangkung

Berbaring tidak akan membantu anda. Anda mungkin perlu mencuba posisi mencangkung yang memudahkan kondom keluar. Siapa tahu mungkin graviti dapat membantu anda dalam kes ini.

Satu kaki di atas lantai dan satu lagi di atas kerusi

Mencangkung pun tidak berfungsi? Cuba kedudukan ini: Berdiri dan letakkan satu kaki di atas kerusi. Kemudian duduk ke bawah sambil cuba menolak kondom keluar.

Jumpa pakar sakit puan

Jika anda tidak boleh mengeluarkan kondom keluar dengan kaedah yang disebutkan di atas, sudah tiba masanya anda menemui doktor anda. Anda pasti terkejut untuk mengetahui bahawa pakar sakit puan kerap mengendalikan kes kondom tersekat. Anda bukan orang pertama yang memerlukan perhatian perubatan seperti ini. Dan, jangan salahkan diri anda. Tidak ada yang salah dengan diri anda atau faraj anda yang menyebabkan perkara ini berlaku. Ia adalah satu kemalangan dan boleh berlaku kepada sesiapa sahaja. Bukan salah anda atau pasangan anda.

Ketahui risiko yang anda hadapi

Anda juga patut mengetahui bahawa sebaik sahaja kondom tersekat di dalam diri anda, kaedah kontraseptif ini sudah tidak lagi berkesan. Anda berisiko terhadap penyakit kelamin dan kehamilan tidak terancang. Oleh itu, jika mempunyai bayi bukanlah kehendak anda pada masa ini, sebaiknya anda dapatkan kontraseptif kecemasan. Selain itu, jangan lupa untuk mendapatkan ujian penyakit kelamin. Diagnosis dan rawatan awal adalah kunci untuk menguruskan penyakit kelamin dan menjalani kehidupan yang sihat.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat, diagnosis atau rawatan perubatan.

Baca Juga:

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

enEnglish

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"
    Rujukan

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Tahan Nafsu Jika Terjangkiti Herpes, Boleh Ke Bersama Dengan Pasangan? Ini Jawapan Pakar!

    Anda mungkin belum tahu apa itu herpes dan boleh atau tidak buat seks dengan pasangan jika terkena penyakit ini? Jom klik artikel ini untuk tahu!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Gaya Hidup Sihat, Seks Hubungan 11/09/2020 . 3 minit bacaan

    Benarkah Jangkitan Klamidia Boleh Jadi Punca Kepada MATI PUCUK? Ini Jawapannya

    Mati pucuk atau disfungsi erektil boleh terjadi jika seseorang individu itu menghidapi penyakit klamidia? Ini jawapan untuk persoalan tersebut.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Gaya Hidup Sihat, Seks Hubungan 10/09/2020 . 3 minit bacaan

    Sedang Hangat Beraksi, Tiba-tiba Sakit Kepala Berdenyut? Ini Sebab Mengapa Ia Berlaku!

    Ada sesetengah individu yang mengalami sakit kepala berdenyut akibat aktiviti seks. Apakah sebab ia berlaku agaknya? Jom ikuti artikel ini untuk tahu!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Pusat Kesihatan, Masalah Neurologikal 03/09/2020 . 3 minit bacaan

    Nafsu Seksual Wanita Terjejas Angkara Prosedur Ikat Rahim? Usah Risau, Ini 9 Perkara Kena Tahu

    Sesetengah wanita memilih ikat peranakan kerana tidak mahu hamil lagi. Tapi ada yang mengatakan ia boleh menjejaskan keinginan seksual, adakah ia benar?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Gaya Hidup Sihat, Seks Hubungan 02/09/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    4 Kitaran Tindak Balas Seksual Yang Kita Semua Mungkin Tidak Tahu Jika Belum Baca Ini!

    4 Kitaran Tindak Balas Seksual Yang Kita Semua Mungkin Tidak Tahu Jika Belum Baca Ini!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 24/09/2020 . 3 minit bacaan
    pil perancang

    Pil Perancang Keluarga Untuk Lelaki – Adakah Ia Sudah Wujud Atau Masih Dalam Kajian?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 22/09/2020 . 3 minit bacaan
    hubungan seks mengecewakan

    Benarkah Tahap Kesihatan Mental Ganggu Prestasi Kalian Di Ranjang? Ya, Ini 5 Kaitannya!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 15/09/2020 . 3 minit bacaan
    kerap buang air kecil

    Sudah Berapa Kali Anda Buang Air Kecil Hari Ini? Kalau Terlebih Ini Mungkin Tanda Penyakit!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 11/09/2020 . 3 minit bacaan