backup og meta

Suami Isteri Kena Tahu Fakta Penjagaan Kesihatan Seksual, Semak 7 Perkara PENTING Ini

Suami Isteri Kena Tahu Fakta Penjagaan Kesihatan Seksual, Semak 7 Perkara PENTING Ini

Menurut Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO), kesihatan reproduktif atau pengetahuan seksual, bukan sahaja merujuk kepada sesuatu penyakit atau kelemahan. Tapi ia juga membabitkan kesempurnaan fizikal, mental dan kesejahteraan sosial yang berkaitan dengan proses dan sistem reproduktif manusia yang merentasi pelbagai lapisan umur.

Konsep kesihatan reproduktif ini maksudnya seseorang itu berhak mempunyai kehidupan seks yang selamat dan memuaskan, tanpa perlu mempersoalkan bila dan bagaimana mereka menggunakaan keupayaan sistem reproduktif ini.  

Ini penting bagi menjamin keselamatan masyarakat daripada stigma, jangkitan kelamin dan memastikan seseorang ibu hamil itu mendapat penjagaan yang berkualiti sekali gus, meningkatkan peluang untuk kelahiran bayi sihat.

Baca lebih lanjut tentang Kesihatan Seksual di sini.

Pengetahuan seksual – Kesihatan reproduktif wanita

Kesihatan reproduktif wanita membabitkan penjagaan sistem reproduktif, tabiat seksual dan penyakit yang berkaitan dengan alat kelamin mereka. 

Hal seperti masalah kitaran haid dan penyakit sistem reproduktif seperti barah pangkal rahim, semuanya termasuk dalam kumpulan ini.

Antara masalah kitaran haid yang boleh dialami oleh kebanyakan wanita di Malaysia seperti Endometriosis, Polycystic Ovarian Syndrome, Cysts dalam rahim dan ovari.

Semua penyakit ini bukan sahaja menyebabkan simptom seperti rasa sakit di bahagian abdomen, senak dan gangguan mood, tapi ia juga mempengaruhi keupayaan reproduktif wanita dan juga kehidupan seks mereka.

Dari sudut penyakit sistem reproduktif, lebih 1600 wanita di Malaysia didiagnos menghidap barah pangkal rahim setiap tahun dan lebih 900 kematian akibatnya direkodkan setiap tahun.

Di sebalik angka yang membimbangkan ini, hanya 1 dalam 4 wanita berjaya disaring dan didiagnosis awal dengan peluang sembuh yang tinggi.

Pengetahuan seksual – Kesihatan reproduktif lelaki

Kesihatan reproduktif lelaki majoritinya melibatkan keadaan berkaitan kesuburan dan prestasi seksual mereka.

Ini termasuklah kegagalan untuk mendapatkan ereksi (disfungsi ereksi), ejakulasi pramatang dan juga masalah anatomi zakar.

Semua penyakit ini berkait rapat dengan keupayaan lelaki untuk memberi zuriat, namun ia juga mempunyai kesan yang berat ke atas keyakinan dan kesihatan mental mereka.

Lebih malang lagi, penyakit-penyakit ini diselubungi tabu yang sangat kuat, kesan daripada idealogi sifat maskulin lelaki.

Justeru, kaum lelaki jarang bercerita tentang masalah reproduktif mereka atau mengelak mendapatkan rawatan, bimbang ditertawakan dan dilabel dengan gelaran yang tidak maskulin.

Kesihatan ibu hamil 

Kesihatan ibu hamil melibatkan penjagaan kesihatan sebelum mengandung, semasa kehamilan dan pasca bersalin.

Antara dimensi kesihatan ibu mengandung adalah perancangan keluarga, penjagaan sebelum bersalin dan juga selepas bersalin, di mana kesemuanya bermatlamat ke arah memastikan pengalaman mengandung dan melahirkan itu selamat, positif serta mengurangkan kadar kematian. 

Kesuburan

Kesuburan adalah isu kesihatan seksual yang berkait rapat dengan lelaki mahupun wanita. Dianggarkan sekitar 60 hingga 80 juta manusia seluruh dunia terjejas dengan masalah kesuburan.

Dalam kaum lelaki, selain fisiologi dan anatomi zakar, masalah berkaitan sperma turut menyumbang kepada masalah kesuburan lelaki.

Ini melibatkan masalah morfologi (bentuk) sel-sel sperma dan juga masalah berkaitan bilangan sel-sel sperma (sama ada kurang atau tiada langsung).

Untuk wanita, penyakit Endometriosis menyumbang kepada masalah kesuburan daripada pelbagai sudut iaitu tidak menyokong perkembangan janin dan mengurangkan kekerapan untuk melakukan hubungan seks.  

Pengetahuan seksual – Bantuan kehamilan

Bantuan kehamilan adalah cabang kesihatan reproduktif yang kian pesat membangun akibat permintaan yang tinggi.

Bidang ini meneroka alternatif dan pilihan rawatan kepada pasangan yang ingin memiliki zuriat namun mempunyai masalah untuk  mendapatkan anak secara semula jadi.

Kaedah paling popular dalam bidang ini adalah persenyawaan in-vitro (In-Vitro Fertilisation) dan sejak pengenalannya pada tahun 1978, sekitar 8 juta bayi telah dilahirkan melalui kaedah ini.

Di Malaysia, servis IVF ini semakin banyak ditawarkan dan kosnya adalah sekitar RM 16,000 hingga RM 20,000, bergantung kepada prosedur tambahan yang dijalani dan juga keadaan pesakit. 

Kontraseptif

Kontraseptif atau pencegahan kehamilan merupakan topik yang semakin mendapat liputan. Ia merupakan salah satu komponen penting dalam perancangan keluarga.

Perancangan keluarga yang baik adalah penting bagi memastikan pembangunan keluarga itu harmoni tanpa stres dari faktor emosi dan juga kewangan, di samping menjamin perkembangan psikososial yang baik dan perhatian yang cukup diberikan kepada setiap anak yang dimiliki.

Kontraseptif kini disediakan dalam pelbagai bentuk yang boleh dilaraskan mengikut citarasa dan kesesuaian pesakit. Faktor kesesuaian ini penting bagi memastikan pesakit selesa menggunakan kaedah tersebut sekali gus meningkatkan peratusan kejayaan kaedah tersebut dalam membendung kehamilan. 

Penyakit jangkitan kelamin

Penyakit jangkitan kelamin adalah salah satu cabang kesihatan seksual yang penting kerana ia membabitkan penyakit yang boleh berjangkit, memberi beban kesihatan jangka masa panjang dan kematian.

Menurut Pusat Kawalan Dan Pencegahan Penyakit (CDC) Amerika Syarikat, lapan jangkitan kelamin yang paling lazim adalah:

  • Chlamydia
  • Gonorrhea
  • Virus Hepatitis B virus (HBV)
  • Virus Herpes Simplex jenis 2 (HSV-2)
  • HIV
  • Virus Human Papillomavirus (HPV)
  • Sifilis
  • Trichomoniasis

Di Malaysia, amalan seks yang tidak selamat menyumbang kepada 80% daripada kes keseluruhan.

Kes HIV pertama yang dilaporkan di Malaysia adalah pada tahun 1986 dan sejak itu, terdapat lebih 100,000 kes HIV di seluruh Malaysia dan lebih 16,000 kematian telah dicatatkan pada Disember 2013.

Dalam negara kita, epidemik HIV kebanyakannya tertumpu dalam komuniti lelaki homoseksual, transgender, pekerja seks dan juga mereka yang berkongsi jarum.

Majoriti kes baru HIV berlaku dalam golongan berusia 20 hingga 29 tahun dan hubungan kelamin merupakan kaedah penyebaran yang paling tinggi (74%) berbanding berkongsi jarum suntikan (22%).

Kesimpulan 

Kesihatan reproduktif adalah satu topik yang meliputi sebahagian besar populasi kita tanpa mengenal usia, jantina mahupun budaya dan agama.

Justeru, pentingnya untuk ambil cakna tentang keadaan berkaitan kesihatan seksual agar kita tahu melindungi diri  dan juga bagaimana untuk mendapatkan bantuan serta rawatan sekiranya perlu.

[embed-health-tool-ovulation]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

We Need To Deal With Teenage Pregnancy [Internet]. Star2.com. 2018 [cited 2019 May 15]. Available from: https://www.star2.com/health/2018/11/14/dealing-with-teenage-pregnancy/
sti-estimates-fact-sheet-Feb-2013.pdf [Internet]. [cited 2019 May 15]. Available from: https://www.cdc.gov/std/stats/sti-estimates-fact-sheet-Feb-2013.pdf
Sexually Transmitted Diseases: The trend in Malaysia [Internet]. MIMS News. [cited 2019 May 15]. Available from: https://today.mims.com/sexually-transmitted-diseases–the-trend-in-malaysia
Fathalla MF. Reproductive health: a global overview. Early Human Development. 1992 Jun 1;29(1):35–42.
More than 8 million babies born from IVF since the world’s first in 1978: European IVF pregnancy rates now steady at around 36 percent, according to ESHRE monitoring [Internet]. ScienceDaily. [cited 2019 May 15]. Available from: https://www.sciencedaily.com/releases/2018/07/180703084127.htm
Thiagarajan T. Ministry of Health: 4,000 Malaysian Girls Under 18 Get Pregnant Every Year – WORLD OF BUZZ [Internet]. https://www.worldofbuzz.com/. 2018 [cited 2019 May 15]. Available from: https://www.worldofbuzz.com/ministry-of-health-4000-malaysian-girls-under-18-get-pregnant-every-year/
Menstrual Disorders- Types of Symptoms & Treatment – Summa Health [Internet]. [cited 2019 May 15]. Available from: https://www.summahealth.org/medicalservices/womens/aboutourservices/gynecological-services/menstrual-disorders
Maternal mortality [Internet]. [cited 2019 May 15]. Available from: https://www.who.int/news-room/fact-sheets/detail/maternal-mortality
Malaysia: Human Papillomavirus and Related Cancers, Fact Sheet 2018. Fact Sheet. 2018;2.
FMT. Let’s talk about… abortion [Internet]. Free Malaysia Today. 2018 [cited 2019 May 15]. Available from: https://www.freemalaysiatoday.com/category/leisure/2018/06/01/lets-talk-about-abortion/
HIV/AIDS in Malaysia | PTF Malaysia [Internet]. [cited 2019 May 15]. Available from: http://ptfmalaysia.org/v2/hiv-sti-info/hivaids-in-malaysia/
FastStats [Internet]. 2019 [cited 2019 May 15]. Available from: https://www.cdc.gov/nchs/fastats/reproductive-health.htm
Endometriosis-guideline.pdf [Internet]. [cited 2019 May 15]. Available from: http://www.ogsm.org.my/docs/Endometriosis-guideline.pdf
Data &Statistics – Reproductive Health | CDC [Internet]. 2019 [cited 2019 May 15]. Available from: https://www.cdc.gov/reproductivehealth/data_stats/index.htm
Concept Fertility Centre, Malaysia – Kuala Lumpur – Fertility Services and Treatments [Internet]. [cited 2019 May 15]. Available from: http://www.conceptfertility.com.my/product.php?cat=80&subcat=136
Brides GN. Child marriage around the world [Internet]. Girls Not Brides. [cited 2019 May 15]. Available from: https://www.girlsnotbrides.org/where-does-it-happen/

Versi Terbaru

22/03/2021

Ditulis oleh Ahmad Wazir Aiman Mohd Abdul Wahab

Disemak secara perubatan oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung

Diperbaharui oleh: Ayu Idris


Artikel Berkaitan

7 Punca Zakar Rasa Sakit Semasa Seks, Orang Lelaki Kena Peduli

Ada 7 Golongan Paling Berisiko Terkena Hepatitis A! Ini Termasuk Pengamal Homoseks?


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Gabriel Tang Pei Yung

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Wazir Aiman Mohd Abdul Wahab · Disemak pada 22/03/2021

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan