backup og meta

Ada 7 Golongan Paling Berisiko Terkena Hepatitis A! Ini Termasuk Pengamal Homoseks?

Disemak secara perubatan oleh Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 20/06/2023

    Ada 7 Golongan Paling Berisiko Terkena Hepatitis A! Ini Termasuk Pengamal Homoseks?

    Adakah anda tahu apa itu hepatitis A? Ya, ia merupakan antara penyakit yang jarang diutarakan namun masih boleh membahayakan!

    Ia adalah salah satu daripada jenis hepatitis selain B, C, D dan E yang masing-masing berbahaya serta menyebabkan kesan berlainan.

    Anda juga perlu tahu bahawa penyakit Hepatitis A ini lebih berisiko buat beberapa golongan yang akan kami huraikan di bawah nanti.

    Baca lebih lanjut tentang Kesihatan Seksual di sini.

    Apa itu Hepatitis A?

    Buat anda yang mungkin belum tahu, apa itu Hepatitis A adalah sejenis penyakit yang berlaku akibat daripada jangkitan virus Hepatitis A (HAV) pada organ hati.

    Ia boleh terdiri daripada gejala ringan yang berlangsung selama beberapa minggu serta gejala teruk yang berlangsung selama beberapa bulan.

    Walaupun sangat jarang berlaku, jangan terkejut sekiranya ada kes sesetengah penderita yang menemui maut akibat jangkitan yang tidak dirawat.

    Ia mempunyai 2 kategori iaitu akut (jangka masa pendek) serta kronik (jangka masa panjang).

    apa itu hepatitis a

    Tanda-tanda Hepatitis A ini akan menyebabkan gejala-gejala seperti berikut:

    Bergantung kepada tahap keterukannya, gejala ini mungkin akan sembuh dengan sendiri dalam sesuatu tempoh yang tertentu.

    Namun jika jangkitan tersebut sangat teruk, maka ada kemungkinan gejala ini tidak mampu sembuh dengan sendiri dan perlu dirawat segera.

    Apa itu Hepatitis A: Fahami puncanya

    apa itu hepatitis a

    Seperti yang telah kami nyatakan di atas, penyakit ini berpunca daripada virus Hepatitis A (HAV).

    Ia kebiasaannya merebak daripada objek, makanan, atau minuman yang telah dicemari oleh jumlah najis atau tinja kecil dan tidak dapat dikesan daripada orang yang dijangkiti.

    Selain itu, ia juga boleh merebak daripada hubungan peribadi yang rapat dengan orang yang dijangkiti seperti melalui seks atau menjaga individu yang sakit.

    Pencemaran makanan atau minuman (ini boleh termasuk makanan sejuk beku dan kurang masak) yang tercemar dengan HAV boleh berlaku pada bila-bila masa sama ada semasa menanam, menuai, pemprosesan, pengendalian atau selepas memasak.

    Pencemaran ini mungkin lebih cenderung berlaku di negara-negara mundur dan di kawasan yang keadaan kebersihan diri atau persekitaran yang sangat kotor.

    Persoalannya, siapa yang paling berisiko untuk terkena jangkitan ini? Sila teruskan membaca untuk tahu!

    Baca juga:

    Siapa paling berisiko terkena Hepatitis A?

    Jangkitan ini tiada had umur atau jantina kerana golongan bayi, kanak-kanak, dewasa, warga emas, lelaki dan wanita turut berisiko.

    Pun begitu, ada beberapa golongan yang mungkin akan lebih berisiko menghidapinya di atas beberapa faktor risiko seperti:

    1. Individu yang mempunyai hubungan secara langsung dengan mereka yang menghidapi Hepatitis A.
    2. Individu yang gemar dan sering mengembara ke negara tinggi penghidap Hepatitis A.
    3. Individu yang menyalahgunakan dadah sama ada dalam bentuk suntikan atau sedutan.
    4. Individu yang mengamalkan homoseksual (gay dan lesbian).
    5. Individu yang mengalami masalah faktor pembekuan darah seperti hemofilia.
    6. Individu yang bekerja dengan primat bukan manusia.
    7. Ahli isi rumah atau penjaga pembawa Hepatitis A.

    Untuk mengelakkan penyakit Hepatitis A ini berlaku kepada anda, langkah utama yang perlu dibuat adalah dengan mengelakkan faktor risiko di atas terlebih dahulu!

    apa itu hepatitis a

    Apakah yang perlu dibuat jika dijangkiti?

    Meskipun sudah berwaspada dengan faktor risiko, masih wujud kemungkinan kecil untuk anda dijangkiti penyakit ini.

    Disebabkan itu, adalah penting untuk kalian mendapatkan vaksin sebelum atau selepas terdedah dengan HAV dalam masa 2 minggu.

    Untuk merawat simptom-simptom jangkitan ini pula, anda akan disarankan untuk berehat, makan dan minum dengan cukup serta mengambil ubatan.

    Kebiasaannya, penderita penyakit Hepatitis A akan mengambil masa beberapa bulan sebelum ia beransur pulih dengan sepenuhnya.

    Konklusinya, adalah sangat penting untuk kalian mendapatkan imunisasi lebih awal untuk mengelak daripada jangkitan ini.

    Sekiranya terdapat pertanyaan lanjut mengenai apa itu Hepatitis A, berundinglah dengan doktor bagi mendapatkan lebih kepastian.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 20/06/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan