backup og meta

7 Cara Bagaimana Seks Boleh Melegakan Tekanan Perasaan, No.5 Itu Banyak Membantu!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 03/03/2021

    7 Cara Bagaimana Seks Boleh Melegakan Tekanan Perasaan, No.5 Itu Banyak Membantu!

    Dalam hidup yang penuh pancaroba kini, sangat mudah untuk individu mengalami tekanan perasaan. Manakan tidak, kita sering dikejar dan dihimpit oleh pelbagai masalah kehidupan.

    Sebagai contoh, kita memang tidak boleh lari dari masalah kewangan, kerjaya dan perhubungan. Itu semua adalah asam garam kehidupan yang akhirnya akan mengakibatkan stres.

    Disebabkan itu, kita wajar mengamalkan gaya hidup yang lebih sihat dalam usaha memastikan kesihatan mental kita sentiasa berada dalam keadaan yang baik-baik sahaja.

    Ramai yang percaya bahawa seks adalah salah satu cara mengatasi tekanan perasaan yang efektif. Persoalannya, adakah ia fakta atau auta? Jom sama-sama kita ikuti artikel ini!

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Seksual, sila dapatkannya di sini.

    Seks – salah satu cara mengatasi tekanan perasaan?

    Ya, memang benar bahawa kehidupan kita banyak berkaitan dengan seks dalam pelbagai aspek.

    Untuk pengetahuan anda, seks sebenarnya adalah salah satu cara mengatasi tekanan perasaan yang paling efektif. Bagaimana?

    Berikut merupakan bagaimana seks membantu legakan tekanan perasaan:

    #1. Seks berkaitan dengan mood

    Menurut kajian yang dijalankan oleh Arizona State University, didapati bahawa terdapat kaitan yang sangat kuat di antara seks yang bagus dengan mood yang baik.

    Pengkaji menyatakan bahawa seks yang bagus boleh membuat mood menjadi lebih baik sementara mood yang baik boleh membuat seks menjadi lebih bagus.

    Kedua-duanya memang saling berkaitan. Jadi, sila pastikan aksi anda di ranjang berada pada prestasi yang hebat untuk mood yang lebih bahagia okay!

    manfaat seks waktu pagi

    #2. Seks bantu menstabilkan tekanan darah

    Stres akan mengakibatkan pelbagai kesan negatif terhadap tubuh badan termasuklah meningkatkan tekanan darah.

    Menurut kajian, didapati bahawa seks adalah jawapan kepada masalah ini. Dengan kerap melakukan seks bersama pasangan tercinta, tekanan darah anda akan menjadi lebih stabil dan kurang risiko stres.

    #3. Seks bantu meneutralkan degupan jantung

    Ketika berhadapan dengan situasi yang membuat kita panik, degupan jantung kita sudah tentu akan lebih laju.

    Ini juga akan berlaku ketika kita sedang stres.

    Pun begitu, seks boleh membantu degupan jantung untuk menjadi lebih neutral serta menstabilkan kandungan kortisol agar tekanan perasaan tidak mudah datang.

    #4. Seks bantu individu kawal pernafasan

    Selain tekanan darah dan degupan jantung, pengawalan pernafasan adalah antara aspek yang paling penting sebagai salah satu cara mengatasi tekanan perasaan.

    Dan ini dapat dicapai melalui seks. Bagaimana? Ini kerana hubungan intim bersama pasangan memerlukan anda mengawal pernafasan dengan hebat agar tidak mudah penat.

    Dalam tidak sedar, ia akan menjadi satu senaman atau latihan untuk anda lebih mudah mengawal pernafasan anda kelak terutamanya ketika sedang dilanda stres.

    kesilapan seks lelaki

    #5. Seks melibatkan banyak sentuhan

    Pernahkah kalian melihat bagaimana seorang kaunselor menenangkan seorang penderita tekanan perasaan?

    Jika pernah, kalian sudah pasti tahu ia melibatkan banyak sentuhan seperti urutan atau pelukan.

    Sentuhan adalah senjata utama untuk merawat stres. Begitulah juga dengan seks, ia sudah pasti melibatkan pelbagai jenis dan cara sentuhan yang akhirnya akan membuat segala penderitaan di jiwa beransur hilang.

    #6. Seks bantu individu lepaskan endorfin

    Buat anda yang belum tahu, endorfin adalah hormon yang membuat individu berasa suka, gembira dan bahagia. Ia adalah satu ubatan semula jadi yang sangat diperlukan dalam merawat stres.

    Sementara itu, seks adalah aktiviti yang paling banyak mengeluarkan hormon ini. Jadi, tidak salah untuk ajak pasangan anda beraksi di ranjang dengan lebih kerap untuk mengurangkan risiko tekanan perasaan.

    #7. 1001 manfaat orgasma

    Akhir sekali, anda perlu tahu bahawa seks sudah tentu dilakukan untuk satu tujuan terpenting iaitu orgasma.

    Orgasma ini pula mempunyai magisnya yang tersendiri. Pelbagai manfaat kesihatan yang boleh diperolehi melalui pencapaian puncak nafsu syahwat ini termasuklah merawat tekanan perasaan.

    Jadi, terbuktilah bahawa seks dan stres memang mempunyai kaitan yang sangat rapat.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Gabriel Tang Pei Yung

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 03/03/2021

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan