Satu pendekatan yang lebih menyeluruh dengan kombinasi penilaian risiko penyakit, diagnosis awal dan pencegahan penyakit dengan intervensi rawatan sokongan sangat diperlukan ketika ini. Pendekatan baru yang menggunapakai dataraya (big data) dan bukti kajian nyata (real-world evidence) dapat menambah baik rekabentuk percubaan klinikal, penciptaan ubat-ubatan baru dan dapat lebih memahami bagaimana otak mengawalselia perjalanan neuron. Sains dan teknologi menawarkan kita peluang yang sangat luas dalam bidang ini.
Mengubah naratif dan dialog mengenai kesihatan mental
Stigma berterusan terhadap gangguan kesihatan mental dapat menghalang rawatan yang harus diberikan kepada mereka yang memerlukannya dan kurangnya kesedaran masyarakat mengenai kesihatan mental sebagai salah satu isu penting bagi sektor kesihatan awam turut sama menjadi penghalang dalam meningkatkan kualiti kesihatan mental. Inisiatif anti-stigma yang menggalakkan keterbukaan masyarakat dan sokongan yang lebih baik terhadap mereka yang menderita akibat gangguan kesihatan mental, adalah sangat diperlukan ketika ini.
Dunia menawarkan peluang yang sangat luas untuk kita memanfaatkan kemajuan dalam sains dan teknologi masa kini yang menawarkan inovasi yang ‘game-changing’ dalam pencegahan, rawatan dan penjagaan kesihatan mental. Diharapkan masyarakat dunia tanpa mengira pemegang taruh sama ada dalam komuniti kesihatan atau sektor lain, dapat bekerjasama dalam memberi revolusi bagaimana kita harus memikirkan, mengkaji dan melihat pendekatan yang lebih efektif mengenai solusi terbaik agar kita boleh merubah keadaan semasa kesihatan mental di seluruh dunia.
Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.
*Artikel ini pertama kali disiarkan di Forum Ekonomi Dunia
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen