backup og meta

Tak Ada Masa Atau Jarang Berasmara Dengan Pasangan, Ini 6 Kesan BURUK Boleh Jadi!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 18/01/2021

    Tak Ada Masa Atau Jarang Berasmara Dengan Pasangan, Ini 6 Kesan BURUK Boleh Jadi!

    Umum mengetahui bahawa hubungan seks adalah elemen yang sangat penting dalam kehidupan suami isteri.

    Tanpanya, sesuatu perhubungan itu tentu sahaja akan menjadi hambar, tidak bermaya serta tidak bermakna.

    Bukan itu sahaja, kalian juga perlu tahu bahawa tubuh badan akan terjejas dengan teruk sekiranya anda berhenti lakukan seks dengan pasangan dalam tempoh yang agak lama.

    Ingin tahu dengan lebih lanjut? Mari kita sama-sama ikuti artikel ini!

    Kesan jika kalian berhenti lakukan seks

    seks sebar virus korona

    Mungkin ada ketikanya di mana anda dan pasangan tidak mempunyai mood untuk berasmaradana akibat letih atau stres dengan kehidupan seharian. Namun, kalian tidak wajar terlalu mengambil mudah tentangnya.

    Ini kesan yang akan berlaku pada tubuh badan jika kalian berhenti lakukan seks dalam tempoh lama:

    #1. Jantung tidak dapat berfungsi dengan baik

    Kajian menunjukkan bahawa pasangan yang melakukan seks hanya sebulan sekali atau kurang daripada jumlah itu lebih berisiko mengalami penyakit jantung berbanding pasangan yang lebih kerap melakukannya.

    Ini kerana mereka yang kurang bersenggama dengan pasangan tentu sahaja lebih berisiko mengalami kemurungan atau kegelisahan selain kurang melakukan aktiviti fizikal.

    Akibatnya, jantung mungkin menjadi lebih lemah dan tidak dapat berfungsi dengan baik. Jadi, jangan malu untuk ajak pasangan anda beraksi di ranjang dengan lebih kerap.

    #2. Sistem imun tubuh badan menjadi lebih lemah

    Kajian juga menunjukkan pasangan yang melakukan seks 1 atau 2 kali seminggu mampu meningkatkan sistem imun tubuh badan mereka dengan lebih efektif berbanding yang kurang atau tidak melakukannya.

    Ini kerana kekerapan berjimak mampu membuat tubuh badan meningkatkan kadar penghasilan immunoglobulin A (IgA) yang berfungsi melawan segala jenis kuman di dalam tubuh badan.

    Namun, terlebih melakukannya juga adalah kurang bagus. Sebabnya adalah kadar penghasilan IgA juga dilihat agak rendah dalam kalangan individu yang beraksi di ranjang terlalu kerap bersama pasangan.

    #3. Timbul pelbagai masalah berkaitan seks kemudian hari

    Ini adalah sangat penting.

    Kalian perlu tahu bahawa berhenti lakukan seks untuk tempoh yang lama akan menyebabkan anda dan pasangan mengalami pelbagai masalah seksual kelak.

    Sebagai contoh, kekurangan bersenggama dengan pasangan akan menyebabkan faraj wanita menjadi lebih kering, nipis dan kecut apabila mencapai usia menopaus nanti.

    Kesannya, seks akan menyakitkan ketika itu.

    Bagi golongan lelaki pula, kekurangan berasmara dengan pasangan akan melemahkan libido.

    Menurut kajian, lelaki yang tidak melakukan hubungan seks sekurang-kurangnya seminggu sekali, lebih berisiko mengalami mati pucuk.

    Adakah anda mahu ini terjadi kepada diri anda dan pasangan?

    Jadi, sila rancang kehidupan seks kalian dengan lebih baik ya?

    #4. Kekuatan memori akan merudum dengan mendadak

    kesilapan seks lelaki

    Pernahkah anda kehilangan kunci kereta kerana terlupa telah menyimpannya di mana? Jika ya, sila perhatikan kehidupan anda. Ada kemungkinan bahawa anda telah berhenti lakukan seks dalam tempoh lama!

    Ini kerana sudah terdapat banyak kajian yang mengatakan bahawa individu yang lebih banyak melakukan hubungan intim dengan pasangan lebih kuat memorinya berbanding dengan yang kurang atau tidak melakukannya.

    Ini kerana kekerapan seks mempunyai kaitan yang sangat rapat dengan pertumbuhan neuron di dalam otak kita. Oleh itu, tiada sebarang masalah untuk bersetuju dengan ajakan pasangan anda untuk beraksi selepas ini.

    #5. Sukar mendapatkan tidur yang lena

    Tanpa kitaran seks yang sihat, anda sudah pasti akan kehilangan hormon seperti prolaktin dan oksitoksin yang mampu membantu kalian mendapatkan tidur yang berkualiti.

    Khusus buat wanita pula, kurang berasmaradana akan mengakibatkan penurunan kadar estrogen dalam tubuh badan. Kesannya, waktu tidur akan sedikit terganggu.

    Oleh itu, jangan sesekali abaikan seks ya? Tanpanya, tidur yang mencukupi dan berkualiti mungkin agak sukar untuk dicapai!

    #6. Kurang seks, kurang senaman

    Seks secara umumnya dapat membakar kira-kira 5 kalori dalam masa 1 minit. Ia bersamaan dengan aktiviti jalan kaki pantas. Bukan itu sahaja, seks juga adalah aktiviti yang sangat memerlukan oksigen dan penggunaannya adalah lebih kurang sama dengan aktiviti berkebun dan turun naik tangga.

    Jadi, tentu sekali kurang atau berhenti lakukan seks secara total akan menyebabkan kalian kurang melakukan senaman dalam masa yang sama.

    Kesannya pula sudah tentu akan mengakibatkan tubuh badan menjadi kurang sihat. Jadi, jangan abaikan hubungan seks ya!

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Joseph Tan

    Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


    Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 18/01/2021

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan