Putus Cinta? Tip Rawat Hati Terluka

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 15/07/2020 . 4 minit bacaan
Share now

Di dalam dunia ini, siapa yang tidak mahu dikasihi dan dicintai. Fitrah hidup manusia memerlukan kasih sayang, punyai rasa ingin dicintai dan dimiliki. Namun, dalam masa yang sama, tiada jaminan bahawa jalinan kasih sayang yang terjalin akan berkekalan hingga ke akhir hayat. Ada masanya, ia mungkin terputus di tengah jalan. Lumrah kehidupan, panas yang diharapkan sampai ke petang, mungkin hujan yang menimpa di tengah hari. Kecewa akibat putus cinta? Itu adalah satu perasaan yang normal. Tetapi sampai bila harus membiarkan diri terperangkap dalam kedukaan? Ikuti artikel ini untuk merawat hati yang terluka.

Tip rawat hati terluka akibat putus cinta

  1.  Pegang hati dan bertahan

Hati yang terluka dan kecewa akibat putus cinta apabila perhubungan cinta yang dijaga sepenuh hati putus di tengah jalan, adalah normal. Apa yang anda lalui mungkin membuatkan anda hilang selera makan, keinginan untuk melakukan sebarang tugasan dan hanya ingin berbaring dan melayan kesedihan. Menangis sehingga anda mungkin alami sesak nafas, mata bengkak, rusuk yang sakit. Bagaikan kehidupan sudah tidak bermakna bagi anda. Kekeliruan mungkin sedang merajai hati dan fikiran anda. Kekecewaan dan kedukaan yang anda lalui adalah amat mendalam dan tiada siapa yang boleh membantu anda.

Namun, semakin masa berlaku, percayalah, anda pasti dalam melaluinya. Simptom kekecewaan dan patah hati ini pasti berlalu sedikit demi sedikit. Apa yang penting adalah untuk membuka mata anda untuk melihat kebaikan lain yang berlaku dalam kehidupan anda. Ada individu lain turut pernah merasai putus cinta, dan akhirnya mereka boleh bangun kembali dan mencari kebahagian untuk hidup mereka, percayalah, yakinlah, anda juga boleh melakukan yang sama. Kuatkan hati anda.

  1. Percaya kepada takdir

Percaya tak setiap apa yang berlaku, ada kebaikannya? Mungkin kita tidak nampak pada mulanya, namun, percayalah, setiap kejadian dalam kehidupan kita telah di atur sebaiknya oleh Pencipta. Setiap makhluk dalam dunia ini dilahirkan dengan rasa untuk disayangi dan dicintai. Namun yang lebih berhak menerima rasa kasih kita adalah Tuhan, kerana kasih sayang Tuhan kepada setiap makhluk yang wujud di muka bumi ini tidak akan pernah surut.

Jadi seandainya anda meletakkan kepercayaan kepada setiap takdir yang berlaku mempunyai kebaikan yang tersembunyi cuma menunggu masa untuk anda ketahui, pastinya anda mampu untuk menguatkan diri dan hati anda untuk menempuhi segala yang berlaku. Jika rasa kecewa masih menyelubungi diri anda, berkongsi dan luahkan rasa kekecewaan itu kepada Tuhan yang sentiasa ada untuk mendengar dan menyembuhkan kelukaan anda. Tersenyum dan berbahagialah.

  1. Terima dan rasailah kekecewaan itu

Bahagia, kecewa, duka dan gembira adalah antara rasa yang normal sebagai manusia. Benarkan diri anda untuk merasai sebahagian daripada kehidupan ini. Terima dengan hati yang terbuka setiap kesakitan dan kelukaan, biarkan ia menyentuh emosi anda. Ia adalah bukti bahawa anda adalah manusia yang punyai hati dan perasaan.

Benarkan apa yang anda rasai untuk keluar dari diri anda. Menangislah jika itu dapat memberikan anda kelegaan. Luahkan apa yang anda rasai dan jangan pendamkan ia kerana semakin anda memendamkan perasaan anda, ia boleh menjadi bebanan dan tekanan yang amat memeritkan. Tiada siapa mahu dikecewakan, tiada siapa mahu dilukakan, namun tidak ada siapa dapat menjangkakan apa yang bakal dilalui. Bertabahlah.

  1. Berkongsi dan luahkan

Kaunseling yang baik adalah apabila anda mampu meluahkan segala apa yang anda rasai. Anda mungkin tidak perlu mendapatkan khidmat pakar kaunseling. Tetapi sekurang-kurangnya, anda berkongsi dan meluahkan perasaan anda; kekecewaan, kelukaan dan kedukaan yang anda lalui dengan individu yang anda percayai sama ada rakan baik anda atau mungkin ahli keluarga yang rapat dengan anda.

Bila anda mengalami kekecewaan dan ada individu yang bersama anda, pastinya secara tidak langsung ia memberikan anda kekuatan secara fizikal atau emosi. Adalah amat bahaya jika anda sedang melalui kekecewaan dan anda memendamkannya. Ia mungkin cenderung menyebabkan anda mengalami kemurungan dan tekanan.

  1. Terima sebagai pengalaman

Kekecewaan adalah satu lumrah hidup. Namun, persoalannya, adakah anda boleh menerimanya sebagai satu pengajaran dan pengalaman dalam hidup? Ini kerana, jika anda tidak dapat belajar dari apa yang telah berlaku, terdapat kemungkinan bahawa anda akan mengulangi kesilapan yang sama, berulang-kali dan akan menerima pengakhiran yang sama.

Mungkin sewaktu anda dalam kekecewaan ini, anda boleh tanyakan kepada diri anda, apakah yang kurang pada perhubungan anda sehingga menyebabkan anda putus cinta dan berlakunya perpisahan? Mungkin kurangnya komunikasi terbuka, tiada keprihatinan terhadap perasaan pasangan, hilang kepercayaan dan sebagainya. Ambillah masa untuk menilai kembali mengenai perhubungan yang putus di tengah jalan ini.

  1. Berikan masa

Berdepan dengan isu hati yang terluka, kecewa, putus cinta, memerlukan masa untuk anda kembali pulih sepenuhnya. Ketika mengalami perpisahan, tidak dinafikan anda mungkin berasakan segalanya tidak akan sama seperti dulu. Tetapi percayalah, setiap apa yang berlaku, adalah ditakdirkan Tuhan di dalam kemampuan kita untuk menempuhinya. Sebagai manusia, kita telah diciptakan untuk mempunyai kekuatan untuk sembuh dari kekecewaan. Ia adalah disebabkan semangat yang ada dalam diri.

Setiap individu akan mengalami masa untuk penyembuhan yang berbeza. Ada individu yang akan sembuh dalam masa yang singkat, ada yang memerlukan masa yang lebih lama berbanding individu lain. Namun, walau lama atau singkat tempoh yang anda akan perlukan untuk pulih, sampai masanya, anda tetap akan pulih dan sembuh kembali serta dapat menerima segala apa yang berlaku. Bersabarlah.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Anda mungkin berminat untuk membaca artikel:

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Baca juga:

    Artikel lain untuk anda

    patah hati

    Sakitnya Rasa Putus Cinta, Apa Kesan Patah Hati Pada Kesihatan Diri?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 06/07/2020 . 3 minit bacaan
    cara menghadapi putus cinta

    Jangan Buat Main Patah Hati – Silap Silap Boleh Bawa Maut

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 10/04/2020 . 3 minit bacaan
    melupakan-si-dia-perpisahan-move-on

    Sukar Move On? Ada 7 Cara Melupakan Si Dia – Nombor 5 Paling BEST

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 25/02/2020 . 4 minit bacaan