Tip Pemakanan Buat Kanser Payudara

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 17/06/2020 . 3 minit bacaan
Share now

Aspek pemakanan adalah perkara penting terutama buat individu yang berdepan dengan masalah kesihatan tertentu. Apakah diet pemakanan yang sesuai untuk individu menghidapi kanser payudara? Hello Doktor ada jawapannya.

Tip pemakanan

Sebenarnya tiada satu makanan atau diet yang boleh mencegah atau menyebabkan wujudnya kanser. Tetapi cara pengambilan diet pemakanan itu yang membezakan antara individu. Ia sama ada akan meningkatkan lagi risiko atau tidak.

Makanan untuk dimakan

Penyakit barah payudara boleh bermula dengan pelbagai cara, di tempat yang berbeza dan memerlukan kaedah rawatan yang berbeza. Sama seperti pemakanan. Berikut adalah antara senarai diet pemakanan sihat yang dipercayai dapat membantu mencegah perkembangan barah.

Sayuran dan buah-buahan

Dikatakan pengambilan diet berasaskan tumbuhan dapat mengurangkan risiko mengembangkan kanser sebanyak 15 peratus. Selain itu, sayuran dan buah-buahan kaya dengan flavonoid dan karotenoid, yang dipercayai memberikan pelbagai manfaat dalam kesihatan.

Beberapa makanan berikut dipercayai dapat membantu mencegah kanser payudara:

  • Sayuran hijau gelap seperti brokoli
  • Buah-buahan khususnya buah beri dan pic
  • Kekacang, ikan, telur dan daging putih

United States Department of Agriculture (USDA) mengesyorkan untuk makan antara lima hingga sembilan hidangan sayuran dan buah-buahan setiap hari.

Serat dan antioksidan

Terdapat beberapa kajian menyarankan makanan yang tinggi serat dapat membantu melindungi daripada penyakit ini. 

Dikatakan kandungan estrogen yang berlebihan menjadi faktor perkembangan dan penyebaran beberapa jenis kanser payudara. Sesetengah rawatan yang dilakukan adalah bertujuan untuk mengekang estrogen daripada berinteraksi dengan sel-sel kanser. Pemakanan tinggi serat boleh menyokong proses ini dan mempercepatkan penyingkiran estrogen.

Buah-buahan, sayuran, bijian dan kekacang boleh membekalkan serat dan dalam masa yang sama turut menawarkan antioksidan seperti beta karoten dan vitamin C dan E. Fungsi antioksidan adalah membantu menghalang penyakit dengan mengurangkan jumlah radikal bebas.

Lemak sihat

Makanan berlemak berisiko mengembangkan obesiti. Individu dengan masalah obesiti terdedah kepada risiko untuk menghidapi kanser, termasuk kanser payudara. Badan memerlukan lemak, tetapi bukan semua jenis lemak.

Lemak tak tepu dan monounsaturated boleh memberikan manfaat yang baik dalam jumlah yang sederhana. Antaranya adalah:

  • Minyak zaitun
  • Avokado
  • Kekacang

Ikan berlemak tinggi seperti salmon mengandungi lemak polyunsaturated yang dikenali sebagai omega-3. Ia dikatakan dapat membantu mengurangkan risiko kanser payudara.

Soya

Merupakan sumber makanan sihat yang boleh mengurangkan risiko kanser payudara. Ia adalah produk berasaskan tumbuhan yang kaya protein, lemak sihat, vitamin dan mineral tetapi rendah karbohidrat. Makanan ini turut mengandungi antioksidan yang dikenali sebagai isoflavon. 

Soya juga dikatakan dapat mengurangkan kadar lipoprotein berkepekatan rendah (LDL), kolesterol dan merendahkan risiko penyakit jantung. Selain obesiti, keadaan ini juga merupakan faktor penyumbang kepada sindrom metabolik yang melibatkan keradangan.

Antara makanan yang mengandungi soya adalah:

  • Tauhu
  • Tempe
  • Edamame
  • Susu soya
  • Kacang soya

Dikatakan soya mungkin meningkatkan risiko kanser kerana mengandungi isoflavon yang menyerupai estrogen. Namun, North American Menopause Society telah menyimpulkan bahawa isoflavon tidak meningkatkan risiko kanser payudara.

Makanan harus dielakkan

Berikut merupakan antara senarai makanan yang perlu dielakkan bagi mengurangkan risiko mengembangkan barah.

Alkohol

Terdapat kajian yang mengaitkan antara pengambilan alkohol dengan peningkatan risiko kanser payudara. 

Laporan daripada Breastcancer.org mengatakan alkohol boleh meningkatkan paras estrogen dan menyebabkan kerosakan DNA. Dikatakan wanita yang mengambil tiga minuman beralkohol setiap minggu akan berdepan risiko mengalami kanser sebanyak 15 peratus. 

Gula

Dalam satu kajian yang dilakukan ke atas tikus pada tahun 2016, menunjukkan tikus yang mengambil makanan tinggi kandungan gula, adalah lebih terdedah untuk menggembangkan tumor kelenjar susu. Ia adalah satu keadaan yang sama kepada kanser payudara bagi manusia. 

Lemak

Bukan semua lemak adalah jahat. Tetapi lemak yang terdapat dalam makanan yang diproses berisiko meningkatkan risiko kanser. Manakala lemak yang berasaskan tumbuhan dikatakan dapat membantu mengurang risiko.

Lemak trans adalah antara jenis lemak yang digunakan dalam makanan diproses dan dikatakan mempunyai kaitan dengan risiko kanser payudara. Antara contoh jenis makanan yang diproses adalah seperti makanan bergoreng. Sebaiknya hadkan pengambilan makanan yang tinggi kandungan lemak trans.

Daging merah

Dikatakan wujud hubung kait antara daging merah dengan peningkatkan risiko kanser payudara. Keadaan ini kerap berlaku jika seseorang individu memasak daging pada suhu tinggi yang boleh mencetuskan pembebasan toksin. 

Di samping itu, daging yang diproses cenderung mempunyai kandungan lemak, garam dan bahan pengawet yang tinggi. Ia sekali gus meningkatkan risiko terdedah kepada kanser payudara. 

Penjagaan diri

Selain mementingkan aspek tip pemakanan dalam membantu mencegah kanser payudara, mengekalkan berat badan yang sihat juga turut mendatangkan manfaat kepada kesihatan secara keseluruhan. 

Dalam masa yang sama, pastikan anda turut melakukan aktiviti fizikal seperti bersenam. Menurut National Cancer Institute wanita yang melakukan senaman untuk tempoh empat jam seminggu atau lebih mempunyai risiko yang rendah untuk mengalami kanser payudara. Jadi apa tunggu lagi, jom bersenam!

 Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Anda mungkin berminat untuk membaca artikel:

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Ibu Hidap Barah Payudara, Bolehkah Menyusukan Bayi? Ada Sebarang Kesan Pada Si Manja?

    Barah payudara bukanlah titik pengakhiran untuk anda. Lagi-lagi jika ada anak kecil yang masih menyusu badan. Boleh ke terus menyusu? Jawapannya di sini.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nana Muhammad
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Wanita 15/09/2020 . 3 minit bacaan

    Kanser Payudara Sinonim Dengan Wanita, Tapi Remaja Perempuan Berisiko Juga Ke?

    Sekiranya anda seorang remaja perempuan, anda mungkin berasa bimbang akan risiko mendapat barah payudara. Persoalannya, bolehkah remaja mendapat kanser itu?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Kanser Payudara, Kanser 28/08/2020 . 3 minit bacaan

    Benjolan Di Ketiak Petanda Kanser Payudara? Bagaimana Nak Pastikan Ketulan Berbahaya?

    Kanser payudara merupakan antara penyakit yang paling digeruni oleh para wanita dan membuatkan ramai orang tertanya-tanya akan tanda-tanda kanser payudara.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Pusat Kesihatan, Kanser Payudara 12/08/2020 . 3 minit bacaan

    Ada Keraguan Mengenai Puting Payudara? Mengapa Saiz, Warna & Bentuk Berubah? Ini Alasannya!

    Wahai kaum Hawa, pernah anda mempunyai persoalan mengenai puting payudara anda? Pernah tak anda Google jika anda mempunyai payudara yang normal?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Wanita 06/08/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    bulan kesedaran kanser payudara

    Kenapa Berhenti Jalani Rawatan Kanser Payudara Ketika Pandemik? Jom Sokong Kempen #UnPause!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 22/10/2020 . 3 minit bacaan
    sakit pada payudara selepas menopaus

    Risau Payudara Selalu Rasa Sakit Selepas Menopaus? 5 Perkara Ini Mungkin Puncanya

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 25/09/2020 . 3 minit bacaan
    sakit payudara sebelah kiri

    Tahap & Dua Jenis Kanser Payudara Yang Ditakuti Kaum Hawa, Anda WAJIB Tahu Ini

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Diterbitkan pada 17/09/2020 . 5 minit bacaan
    penyakit payudara

    Apa Itu Kanser Payudara: Tanda, Punca Dan Rawatan Yang Anda Perlu Tahu

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Diterbitkan pada 17/09/2020 . 6 minit bacaan