Gunakan helah Jika anda tidak mempunyai selera, melihat jumlah makanan yang besar boleh membuatkan anda hilang keterujaan dan amat tidak digalakkan. Helah terbaik untuk mengatasi masalah ini adalah dengan memecahkan bahagian makanan anda kepada bahagian kecil dan makan menggunakan pinggan yang besar berbanding pinggan bersaiz kecil. Ada kajian yang menunjukkan, peningkatan saiz pinggan boleh menggalakkan anda untuk mengambil hidangan lebih banyak. Ia adalah benar walaupun anda mungkin tidak menyukai makan tersebut. Dalam erti kata lain, anda cenderung untuk makan lebih banyak apabila dihidangkan dalam pinggan bersaiz besar. Ia sekali gus membantu pengambilan kalori harian anda, jika anda mengambil makanan berkalori tinggi.
- Jadual makan
Rasa lapar biasanya menjadi tanda peringatan untuk makan. Namun, jika anda tidak lapar, anda mungkin tidak dapat bergantung kepada selera anda untuk mengingatkan anda untuk makan. Jadi untuk membantu anda, cuba untuk membuat jadual makan anda dan tetapkan peringatan untuk setiap kali waktu makan bagi memastikan dan membantu anda untuk makan dengan tetap. Tambahan lagi, mempunyai jadual waktu makan yang tetap adalah penting untuk merangsang dan meningkatkan selera makan.
- Sentiasa bersarapan
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen