Teh Hijau Bagus Untuk Turunkan Berat Badan & Mengurangkan Risiko Penyakit Lain

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 14/09/2020 . 2 minit bacaan
Share now

Anda pasti pernah minum minuman teh hijau atau pernah makan ais krim berperisa teh hijau. Tetapi adakah anda mengetahui manfaat teh hijau kepada tahap kesihatan? Teh hijau merupakan antara minuman yang sihat. Ia mengandungi antioksidan dan nutrien baik kepada tahap kesihatan badan. Berikut adalah beberapa manfaat teh hijau untuk kesihatan.

  1. Mencegah kanser

Polifenol yang terkandung dalam teh hijau dikatakan dapat mengurangkan pertumbuhan tumor serta melindungi daripada kerosakan yang disebabkan oleh radiasi ultraviolet UVB. Beberapa kajian menunjukkan kesan positif teh hijau dalam mencegah dan melawan serta menghalang perkembangan beberapa jenis sel kanser, seperti kanser payudara, ovari, usus, paru-paru, esofagus (tekak), prostat, kulit dan perut.

  1. Memperbaiki fungsi otak

Teh hijau bukan sahaja membantu menghilangkan rasa mengantuk tetapi dalam masa yang sama ia dipercayai menjadikan anda lebih bijak. Ini kerana bahan aktif utama yang terkandung dalam teh hijau ialah kafein – sejenis bahan yang membantu merangsang kecerdasan otak. Walaupun kandungannya tidak sebanyak di dalam kopi, tetapi ia cukup untuk menghasilkan tindak balas tanpa mewujudkan rasa gelisah yang dikaitkan dengan pengambilan kafein yang berlebihan. Teh hijau juga mengandungi asid amino L-theanine yang dapat melepasi halangan dalam saluran darah di otak.

  1. Menjadi jantung lebih sihat

Dalam kajian yang diterbitkan dalam Journal of the American Medical Association pada tahun 2006, menyatakan mengamalkan pengambilan teh hijau membantu mengurangkan kadar kematian yang dikaitkan dengan pelbagai faktor, termasuk penyakit kardiovaskular. Kandungan catechin – kompaun polifenol – dikatakan berperanan sebagai agen perlindungan, terutama pada sistem kardiovaskular. Teh hijau kaya kandungan flavanoid, sejenis antioksidan yang melindungi penyakit jantung dengan memperlambatkan proses pecahan kolesterol LDL atau kolesterol tidak sihat, mencegah gumpalan darah, dan memperbaiki fungsi saluran darah.

  1. Membantu mengurangkan berat badan

Kandungan phytonutrient dalam teh hijau juga dapat membantu anda menurunkan berat badan dan mengawal kenaikannya. Kandungan kompaun polifenol iaitu catechin dipercayai membantu dalam pengurangan berat badan dan individu yang mengamalkan meminum teh hijau cenderung mengekalkan berat badan yang sihat. Jika anda mencari sesuatu yang dapat membantu membakar lemak dengan lebih cepat, teh hijau adalah jawapannya kerana ia dapat meningkat kadar metabolik badan (bergantung kepada individu).

  1. Membunuh bakteria

Kandungan catechin turut memberikan manfaat biologi yang lain. Ia dikatakan dapat membunuh bakteria dan menghalang penyebaran virus seperti influenza dengan mengurangkan risiko jangkitan. Catechin juga dipercayai dapat menghalang pertumbuhan Streptococcus mutan – bakteria utama yang berbahaya dalam mulut yang menyebabkan pembentukan plak dan penyumbang utama kepada masalah rongga dan kerosakkan gigi. Teh hijau juga dikatakan dapat membantu mengurangkan masalah nafas berbau.

  1. Mengurangkan risiko Alzheimer

Walaupun kajian lebih lanjut diperlukan untuk mengesahkan tentang ini, tetapi teh hijau dipercayai dalam memperbaiki fungsi otak dalam jangka pendek dan dapat melindungi otak pada usia tua. Penyakit Alzheimer adalah penyakit neurodegeneratif yang paling biasa dihadapi yang boleh menyebabkan demensia. Manakala penyakit Parkinson adalah penyakit neurodegeneratif kedua yang paling biasa dihidapi yang melibatkan kematian neuron yang menghasilkan dopamin dalam otak.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Lawan Lemak, Melawan Kanser Payudara

    Kanser payudara adalah masalah kesihatan awam yang mencabar di dunia. Kajian mendapati bahawa lemak dikaitkan dengan risiko kanser payudara.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Farah Aziz
    Pusat Kesihatan, Kanser Paru Paru 15/04/2019 . 2 minit bacaan

    Teh Hijau Dipercayai Boleh Bantu Kuruskan Badan, Ini 5 Waktu Sesuai Untuk Minum, Baru BERKESAN!

    Teh hijau dianggap sebagai teh diet, kerana dikatakan dapat membantu menguruskan badan. Jika anda gemar meminumnya, ketahui waktu sesuai minum teh hijau.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Amy
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Gaya Hidup Sihat, Pemakanan 19/03/2019 . 2 minit bacaan

    Herba yang Biasa Digunakan untuk Rawatan Kanser

    Herba boleh menjadi berkuasa. Sejak dahulu lagi, herba telah digunakan bagi merawat pelbagai jenis keadaan perubatan. Walaupun kajian penyelidikan mengenai keberkesanan herba masih lagi terbatas, terdapat bukti ...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Farah Aziz
    Gaya Hidup Sihat, Pemakanan 12/03/2019 . 2 minit bacaan

    Kebaikan Teh Hijau Kepada Kesuburan

    Kebaikan ekstrak teh hijau terkenal dengan kesannya terhadap kesihatan kita termasuk kehilangan lemak, risiko kanser rendah atau anti-penuaan.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Nurul Nazrah
    Kehamilan, Rancang Kehamilan 22/11/2018 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    kebaikan teh hijau

    Pssttt… Rahsia Nak Turunkan Kolesterol, Minum Teh Hijau, Tapi Berapa Lama Boleh Nampak Kesan?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nana Muhammad
    Diterbitkan pada 03/09/2020 . 3 minit bacaan
    minuman teh hijau

    Gemar Minum Teh Hijau? Kajian Kata Ia Bagus Untuk Kesihatan. Jom Ketahui Mengenainya

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 28/01/2020 . 3 minit bacaan
    teh

    Minuman Teh Beri Manfaat Kepada Struktur Otak

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 06/01/2020 . 4 minit bacaan
    paru-paru

    Bukan Susah Nak Bersihkan Paru-Paru, Cuba Anda Buat 5 Benda Ini – Bagus Untuk PEROKOK!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 10/10/2019 . 2 minit bacaan