JANGAN Lupa Ambil 6 Nutrisi Ini Ketika Sahur & Berbuka, Cegah Virus COVID-19 Ketika Puasa!

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 14/07/2020 . 2 minit bacaan
Share now

Dalam pengambilan diet pemakanan seharian, adakah anda merasakan apa yang anda makan itu sihat? Adakah pengambilan nutrien harian anda mencukupi?

Anda mungkin perlu memikirkannya sekali lagi. Ini kerana kebanyakan individu dewasa tidak mendapat nutrien dan khasiat makanan yang secukupnya untuk keperluan harian mereka.

Artikel ini akan membantu anda untuk mengenal pasti nutrien yang diperlukan oleh tubuh anda setiap hari.

  1. Potasium

Mineral ini diperlukan dalam jumlah yang banyak kerana ia baik untuk tekanan darah dan boleh mengurangkan risiko batu karang pada buah pinggang serta membantu menghindar masalah berkaitan tulang.

Otot dan saraf juga memerlukan mineral ini untuk berfungsi dengan betul. Ia secara semula jadi boleh temui dalam susu, kentang, ubi keledek, pisang, avokado dan kekacang.

Tanda tubuh kekurangan potasium adalah kelesuan dan keletihan, kekejangan dan sakit otot, kebas, jantung kerap berdebar, kesukaran bernafas, masalah berkaitan pencernaan dan perubahan emosi.

  1. Kalsium

Bukan sahaja diperlukan untuk tulang dan gigi yang sihat, tetapi, turut diperlukan oleh fungsi otot, proses pembekuan darah dan juga untuk denyutan jantung.

Gabungan kalsium dan magnesium, membantu cegah tekanan darah tinggi. Produk tenusu merupakan sumber yang baik.

Makanan lain yang turut mengandungi kalsium termasuk salmon, brokoli, yogurt, keju, dan tauhu. Tetapi anda memerlukan vitamin D untuk membantu tubuh menyerap kalsium.

Apabila kekurangan kalsium, anda akan mudah alami kekejangan otot, kuku yang lemah dan rapuh, rasa kebas pada bahagian muka, tangan dan kaki, kekeliruan dan berisiko alami hilang ingatan.

  1. Vitamin D

Diperlukan oleh tulang, otot dan serat pada saraf serta membantu kekalkan sistem imun tubuh.

Tubuh boleh hasilkan vitamin D apabila mendapat cahaya matahari yang secukupnya, tetapi, pendedahan kepada cahaya matahari boleh mendatangkan masalah lain kepada kesihatan diri dan ia bergantung kepada umur, warna kulit dan kawasan anda tinggal.

Anda boleh perolehi nutrien ini dari ikan salmon atau tenggiri, kuning telur, produk tenusu, bijirin, produk berasaskan soya atau badam.

Kesan kekurangan mineral ini boleh menyebabkan kelemahan dan sakit otot, sakit tulang, peningkatan risiko kanser tertentu, masalah fungsi imun.

  1. Magnesium

Merupakan mineral yang diperlukan oleh lebih 300 fungsi tubuh, seperti membantu mengekalkan kenormalan pada otot, saraf, fungsi jantung, menyumbang kepada sistem imun yang kuat, merangsang pengeluaran tenaga dan meningkatkan kesihatan tulang.

Antara sumber magnesium adalah sayuran berdaun hijau seperti bayam, kekacang terutama kacang badam, bijirin, dan susu.

Tubuh yang kekurangan magnesium berdepan risiko untuk berdepan masalah berlakunya kekacauan dalam sel tubuh dan apabila usia semakin meningkat, keadaan akan bertambah buruk, malah, kurangnya mineral ini dalam tubuh boleh menyebabkan kematian.

  1. Serat

Penting untuk membantu pergerakan usus yang sihat, mencegah sembelit, membantu melawan beberapa jenis kanser, mengurang risiko penyakit jantung, menurunkan kolestrol dan membantu menurunkan berat kerana ia akan membuatkan anda cepat kenyang.

Antara makanan yang kaya serat adalah seperti sumber kekacang, buahan dan sayuran; pasta, bijirin dan roti berasaskan gandum.

Kekurangan serat dalam tubuh boleh menyebabkan timbulnya masalah sembelit, pertambahan berat badan, masalah tahap gula dalam darah, dan berkemungkinan mudah alami keletihan dan mual.

  1. Zat besi

Berperanan untuk membawa oksigen ke sel dan tisu seluruh tubuh. Amat penting untuk individu wanita mendapatkan mineral ini secukupnya sebelum dan semasa kehamilan.

Zat besi turut membantu membuat sel darah merah. Antara sumber makanan kaya zat besi adalah daging merah, kekacang, sayuran berdaun hijau seperti bayam, ikan tuna, telur, bijiran dan kismis.

Kekurangan mineral ini boleh menyebabkan timbulnya masalah anemia, keletihan, mudah mendapat jangkitan penyakit, masalah kuku rapuh, hilang selera makan dan kehilangan rambut.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"
    Rujukan

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    7 Makanan Ini Kunci Utama Untuk Sembuh Cepat Lepas Bersalin Czer, Ibu Kena CUBA!

    Menjalani pembedahan caesarean? Anda mungkin mahu mengetahui senarai menu berpantang bersalin czer yang boleh diambil pakai, teruskan membaca artikel ini.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Kehamilan, Kelahiran Bayi 06/01/2020 . 3 minit bacaan

    3 Menu Makanan Berpantang Yang BAGUS Bagi Wanita Selepas Bersalin, Jom Try!

    Betul ke ada makanan yang tidak boleh diambil oleh wanita selepas bersalin? Baca artikel ini untuk tahu dengan lebih lanjut mengenai makanan berpantang.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Kehamilan, Penjagaan Ibu hamil 06/01/2020 . 4 minit bacaan

    6 Trend Kesihatan Menjelang 2020

    Terapkan beberapa konsep kesihatan bagi mencapai misi kelanjutan usia dan mengelakkan kematian pramatang. Baca artikel ini untuk tahu dengan lebih lanjut.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Tips Kesihatan, Gaya Hidup Sihat 30/12/2019 . 4 minit bacaan

    Anemia

    Anemia merujuk kepada keadaan yang menyebabkan tubuh anda mengalami kekurangan sel darah merah yang sihat yang membawa oksigen ke seluruh tubuh

    Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Kesihatan A-Z, Kesihatan A-Z 11/12/2019 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    manfaat serat

    Pssttt… Rahsia Untuk Kurangkan Risiko Dapat Diabetes Jenis 2, Amalkan Pengambilan Serat!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 18/09/2020 . 3 minit bacaan
    Cara diet

    Tak Makan Sayur, Tubuh Masih Boleh Dapat Khasiat Ke? Ini Cara Diet Sihat Tanpa Sayur-Sayuran

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nana Muhammad
    Diterbitkan pada 24/08/2020 . 3 minit bacaan
    ibu bersalin

    Normal Ke Ibu Rasa Tak Bermaya Lepas Bersalin? Atau Ini Petanda Anemia, Sila Check, Mama!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Diterbitkan pada 03/08/2020 . 3 minit bacaan
    penurunan berat badan

    Nak Turunkan Berat Badan? Ikuti Tip Pemakanan Ini…

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 09/01/2020 . 3 minit bacaan