backup og meta

Suka Makan Betik? Bagus! Ini Khasiatnya Pada Tubuh Anda

Suka Makan Betik? Bagus! Ini Khasiatnya Pada Tubuh Anda

Sedap kalau dapat makan buah betik yang sejuk dan manis, tambah-tambah semasa waktu cuaca panas. Tetapi apakah khasiat betik untuk kesihatan ya?

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Pemakanan Sihat, sila dapatkannya di sini.

Khasiat betik untuk kesihatan

Nutrisi yang terdapat dalam buah ini dianggap mempunyai pelbagai manfaat kesihatan, antaranya:

Melegakan keradangan

Keradangan adalah tindak balas imun semula jadi yang direka untuk menangkis penceroboh asing dan melindungi daripada penyakit dan jangkitan.

Walau bagaimanapun, keradangan kronik adalah punca kebanyakan penyakit seperti penyakit jantung, kanser, diabetes dan banyak lagi.

Satu kajian 2011 yang diterbitkan dalam jurnal Molecular Nutrition and Food Research mendapati penanda keradangan menurun apabila subjek ujian diberikan betik.

Penyelidik mendapati ia boleh membantu mengurangkan keradangan dan melegakan simptom bagi orang yang mempunyai keadaan tertentu, seperti artritis reumatoid. Walau bagaimanapun, diperhatikan bahawa walaupun kajian lanjut diperlukan.

khasiat betik

Menggalakkan pencernaan yang betul, antara khasiat betik

Sebatian enzim tertentu buah ini boleh membantu tubuh memecah dan menggunakan protein dengan betul.

Papain, khususnya, membantu memecahkan ikatan antara asid amino. Asid amino adalah blok bangunan protein.

Papain adalah sama dengan jenis enzim lain yang dibuat di pankreas yang membantu tubuh mencerna daging, tetapi tidak seperti enzim lain, ia boleh berfungsi walaupun tanpa kehadiran asid. 

Oleh itu, kerana kemampuannya untuk memecahkan asid amino, enzim betik ini dapat membantu orang yang bergelut dengan asid perut yang rendah yang mungkin tidak dapat bertoleransi untuk memakan daging jenis tertentu.

Ia juga boleh menggalakkan penyerapan protein kepada mereka yang mempunyai masalah pencernaan yang lain.

Memakan buah ini juga boleh membantu mencegah sembelit kerana kandungan seratnya yang tinggi. Serat menambah cecair ke dalam najis dan memudahkan perkumuhan keluar dari tubuh.

Baca juga:

Menguatkan Darah, antara khasiat betik

Betik telah mendapat perhatian yang baik sebagai penguat darah untuk membantu orang yang mempunyai keadaan perubatan yang disebut trombositopenia atau platelet darah yang rendah.

Ini adalah keadaan perubatan berbahaya yang boleh mengurangkan keupayaan tubuh untuk membentuk bekuan darah dan berpotensi membawa kepada pendarahan dalaman.

Satu kajian haiwan dari Malaysia yang dijalankan pada tikus yang diberikan ekstrak daun betik mempunyai platelet yang jauh lebih tinggi dan bilangan sel darah merah selepas 72 jam berbanding dengan kumpulan kawalan. Namun lebih banyak kajian masih diperlukan.

Meningkatkan kesihatan jantung

Betik dimuatkan dengan vitamin C. Vitamin C adalah mikronutrien penting yang berfungsi sebagai antioksidan untuk melindungi daripada kerosakan radikal bebas.

Ia juga melindungi daripada pengoksidaan kolesterol, mengurangkan keupayaan kolesterol untuk membentuk plak di sepanjang dinding arteri.

khasiat betik

Manfaat buah betik sebagai antikanser

Beberapa sebatian yang terdapat pada betik telah ditunjukkan mempunyai kesan anti-kanser yang kuat.

Papain, sebagai contoh, telah terbukti menghalang pertumbuhan dan penyebaran tumor dalam kajian haiwan.

Sementara itu, vitamin C dan beta-karoten, yang kedua-duanya terdapat dalam betik, dikaitkan dengan risiko penurunan beberapa jenis kanser.

Selain itu, terdapat kajian menunjukkan bahawa peningkatan pengambilan serat pemakanan anda mungkin juga dikaitkan dengan risiko kanser kolorektal yang lebih rendah.

Mencegah keradangan makular

Apakah mungkin khasiat betik untuk mata?

Setiap hidangan betik mengandungi beta karotena, salah satu nutrien utama yang terlibat dalam memelihara penglihatan dan melindungi kesihatan mata. 

Ia juga mengandungi lutein dan zeaxanthin, dua flavonoid yang dapat membantu mencegah degenerasi makula, atau kehilangan penglihatan yang berkaitan dengan usia.

secara khusus membantu menyaring (filter) cahaya biru yang boleh membahayakan retina untuk mengoptimumkan penglihatan walaupun anda semakin berusia.

Melambatkan penuaan

Oleh kerana ia mengandungi vitamin C yang tinggi, vitamin A dan flavonoid lain, ia adalah buah yang hebat untuk membantu menjaga kulit yang sihat dan bebas kedutan.

Nutrisi ini berfungsi sebagai antioksidan membantu mencegah pembentukan radikal bebas dan kerosakan oksidatif pada kulit, yang kedua-duanya dianggap sebagai punca utama penuaan.

Khasiat betik #Bantu mencegah asma

Selain menjaga penglihatan yang sihat, beta-karoten telah ditunjukkan membantu mengurangkan risiko asma.

Mengekalkan tahap vitamin A yang mencukupi dalam diet mungkin sangat penting bagi kanak-kanak untuk membantu mengurangkan keradangan saluran pernafasan.

Bijinya juga mempunyai manfaat pemakanan tersendiri. Ia boleh dimakan walaupun rasanya agak pahit. Ia telah digunakan sebagai ubat tradisional untuk merawat jangkitan parasit, E.coli serta jangkitan virus dan bakteria yang lain.

khasiat betik

Melawan jangkitan virus, salah satu khasiat betik

Daun betik telah digunakan merawat demam denggi, jangkitan virus dari nyamuk di kawasan tropikal yang boleh menyebabkan maut.

Dalam satu kajian tertentu, daun dicampurkan dengan air dan diberikan kepada pesakit dua kali sehari. Ia didapati mengurangkan aktiviti virus dengan ketara selepas lima hari.

Budaya tradisional Polynesian di Hawaii dan Tahiti membuat poultices (tuam/ubat demah) daripada kulit betik untuk membantu penyembuhan luka.

Ini kerana kulitnya sangat tinggi dalam papain. Mereka akan menggunakan poultice secara langsung ke kulit untuk menyembuhkan luka bakar, ruam atau gigitan serangga.

Papain boleh digunakan untuk merawat jangkitan kulat dan virus pada kulit, seperti ketuat dan kurap.

Ia membantu memusnahkan lapisan protein yang melindungi virus dan kulat terhadap serangan, mengurangkan keupayaannya untuk menghasilkan dan menyebarkan.

Banyakkan manfaat buah betik? Ayuh amalkan pengambilannya mulai hari ini!

[embed-health-tool-bmr]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Papaya Extract to Treat Dengue: A Novel Therapeutic Option? – https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC4071726/ Accessed on July 12, 2019.
  2. Papaya: Health Benefits. https://www.news-medical.net/health/Papaya-Health-Benefits.aspx, Accessed on Nov 25, 2022
  3. Inam, A., Shahzad, M., Shabbir, A., Shahid, H., Shahid, K., & Javeed, A. (2017). Carica papaya ameliorates allergic asthma via down regulation of IL-4, IL-5, eotaxin, TNF-α, NF-ĸB, and iNOS levels. Phytomedicine : international journal of phytotherapy and phytopharmacology, 32, 1–7. https://pubmed.ncbi.nlm.nih.gov/28732802/, Accessed on Nov 25, 2022
  4. 12 Foods That Can Dramatically Improve Your Eyesight. https://1md.org/article/power-foods-improve-eyesight-1md, Accessed on Nov 25, 2022
  5. Look to Fruits and Vegetables for Good Eye Health. https://www.health.ny.gov/publications/0911/, Accessed on Nov 25, 2022
  6. Nguyen, T. T., Shaw, P. N., Parat, M. O., & Hewavitharana, A. K. (2013). Anticancer activity of Carica papaya: a review. Molecular nutrition & food research, 57(1), 153–164. https://pubmed.ncbi.nlm.nih.gov/23212988/, Accessed on Nov 25, 2022
  7. UF researchers find cancer-fighting properties in papaya tea. https://ufhealth.org/news/2010/uf-researchers-find-cancer-fighting-properties-papaya-tea, Accessed on Nov 25, 2022

Versi Terbaru

25/11/2022

Ditulis oleh Farah Aziz

Disemak secara perubatan oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung

Diperbaharui oleh: Asyikin Md Isa


Artikel Berkaitan

Minum Susu Almond Sebab Lebih Sihat? Ini 5 Manfaat, Tapi Tak Semua Orang Sesuai Ambil!

Tubuh Kuat Bermula Dari Usus Yang Baik! Ini 6 Manfaat Minuman Probiotik, Selain Untuk Usus!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Gabriel Tang Pei Yung

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Farah Aziz · Disemak pada 25/11/2022

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan