Wanita Cepat Hilang Minat Terhadap Seks, Ini Panduan Untuk Bangkitkan Nafsu Seks Mereka!

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 04/01/2021 . 2 minit bacaan
Share now

Seks bertambah bosan kepada wanita apabila mereka semakin menua. Bila di tahap menopaus, wanita mengalami perubahan fizikal dan mental. Perubahan mood, stres dan keresahan tentang penampilan luaran mereka, semua ini boleh menyumbang kepada kurangnya atau hilangnya minat terhadap nafsu seks.

Bagaimanapun, wanita masih boleh menikmati kehidupan seks yang aktif dengan usia yang meningkat kerana adanya beberapa langkah yang boleh diamalkan untuk membangkitkan nafsu seks mereka.

Dari sudut fizikal 

Penyelesaian berteraskan hormon 

nafsu seks

Menurut Kate Taylor, penulis buku Domestic Sex Goddess, libido atau nafsu berahi wanita mula menurun apabila mereka mula mencapai umur pertengahan hidup.

Pada peringkat ini, badan wanita mengalami turun-naik simptom perimenopaus, tahap hormon estrogen dan progesteron.

Wanita yang sedang melalui fasa menopaus akan hilang nafsu seks semula jadi mereka akibat hilangnya lonjakan hormon pra-ovulasi yang lazimnya berlaku setiap bulan dalam kitaran haid.

Terdapat juga kemungkinan berlakunya penurunan hormon testosteron yang boleh mengakibatkan penurunan drastik nafsu seks.

Penyelesaian kepada permasalahan ini adalah dengan berjumpa dengan doktor anda bagi mendapatkan rawatan gantian hormon.

Pelinciran

Penurunan hormon estrogen boleh mengakibatkan kekeringan faraj, yang boleh menyebabkan sakit ketika seks dan seterusnya, kurangnya minat atau keseronokan terhadap seks.

Untuk menyelesaikan masalah ini, wanita boleh mencuba untuk mengusap bahagian kelentit (clitoris) atau bahagian sensitif yang lain untuk merangsang penghasilan cecair faraj, membasahkan dinding faraj, yang membantu melincirkan geseran ketika seks.

Menggunakan pelincir berasaskan air sebelum dan selepas seks turut membantu untuk mengelakkan rasa sakit akibat geseran ketika seks.

Sekiranya anda masih merasa sakit ketika seks, berjumpalah dengan doktor anda untuk mendapatkan krim estrogen yang boleh merangsang penghasilan cecair faraj.

Bagaimanapun, kaedah ini mungkin boleh mengakibatkan beberapa kesan sampingan. Justeru, berbincang dengan doktor dan suami anda sebaik-baiknya terlebih dahulu.

Dari sudut emosi

Mengurangkan stres dan keresahan

nafsu seks

Apabila wanita menjangkau usia pertengahan hidup, beban hidup daripada anak-anak, perkerjaan, dan perkahwinan boleh meletakkan mereka dalam mood yang penuh dengan rasa penat dan lesu, sekaligus menekan nafsu seks mereka.

Justeru, bagi meningkatkan nafsu seks anda, anda perlu lebih tenang dan fokus terhadap aspek menyeronokkan dalam hubungan seks.

Program semula minda anda dan bayangkan seks sebagai pengalaman romantik dan bukannya satu keterpaksaan. Susun tarikh dan sesi bersama anda.

Sekiranya anda masih ada masalah, anda boleh berjumpa dengan kaunselor untuk mendapatkan nasihat yang membantu.

Meningkatkan keyakinan diri

Keinginan seks seorang wanita itu dipengaruhi oleh bagaimana mereka menilai kecantikan mereka.

Bagaimanapun, wanita yang di pertengahan usia boleh melihat dan mengalami sendiri perubahan ketara pada tubuh badan mereka, mendorong ke arah merasakan diri mereka kurang cantik.

Kesannya, mereka akan rasa kurang yakin atau selesa untuk bertelanjang di hadapan pasangan mereka, khuatir pasangan mereka akan hilang selera melihat badan mereka.

Dalam hal ini, wanita perlu belajar untuk rasa selesa dengan penampilan dan juga badan mereka.

Kerap bersenam dan mengamalkan gaya hidup sihat boleh membantu meningkatkan keyakinan diri mereka dan juga menjadikan mereka lebih sihat dan menarik.

Menilai semula keadaan hubungan anda

Adakah anda sedang dingin atau baru lepas bergaduh dengan pasangan anda kebelakangan ini?

Kerap bergaduh dalam suatu hubungan boleh memberikan kesan yang negatif terhadap nafsu seks atau libido seorang wanita.

Jika hal ini berlaku kepada anda, cuba untuk berdiskusi sebaik mungkin dengan pasangan anda sambil menilai semula keadaan hubungan anda.

Sekiranya ianya terlalu rumit, anda dan pasangan boleh berjumpa dengan kaunselor untuk mendapatkan nasihat.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Nak Jadi Lelaki Macho? Fikir Elok-Elok! Ini 5 Sebab Kenapa Sikap Macho Boleh Undang Padah

Masih ada lagi pandangan stereotaip bahawa lelaki tidak boleh lemah atau mudah goyah terutamanya apabila berhadapan dengan kaum Hawa.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Lelaki 13/01/2021 . 3 minit bacaan

Tidur Berdengkur Tanda Tidur Lena? SALAH! Ada Kajian Kata Ia Berkait Dengan Genetik!

Ramai yang mengalaminya namun tidak tahu apa punca tidur berdengkur bukan? Jom klik artikel ini untuk tahu jawapan kepada soalan ini!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Gaya Hidup Sihat, Tidur Berkualiti 12/01/2021 . 3 minit bacaan

Betul Ke Alat Pencegah Kehamilan IUD Boleh Terkeluar Kalau Lakukan SEKS KASAR?

"IUD boleh terkeluar kalau 'main' ganas sangat? Takutnya!" Sejauh mana kebenaran kenyataan berkaitan alat pencegah kehamilan ini? Jom baca!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Seksual 11/01/2021 . 3 minit bacaan

Masih Tak Tidur Lagi? Cuba 5 Teknik Bernafas Ini, Bantu Anda Mudah Tidur & Lebih Lena

Sukar melelapkan mata? Apa kata anda cuba 5 teknik pernafasan yang betul untuk tidur, pasti berkesan memberikan waktu rehat lebih lena.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Gaya Hidup Sihat, Tidur Berkualiti 08/01/2021 . 3 minit bacaan

Artikel lain untuk anda

manfaat posisi tidur

Posisi Tidur Mana Yang Paling Sihat? Cara Tidur Ini Boleh Buat Awet Muda Juga, Tau!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Diterbitkan pada 19/01/2021 . 3 minit bacaan
masalah menstruasi wanita

Ladies… Jangan Abaikan Simptom Haid Ini, Khuatir Ia Boleh Disebabkan Oleh Kanser!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Diterbitkan pada 15/01/2021 . 3 minit bacaan
tak cukup tidur

Berapa Jumlah Tidur Yang Mencukupi? Tidur 5 Jam Sehari Tingkatkan Risiko Osteoporosis!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Diterbitkan pada 15/01/2021 . 3 minit bacaan
rasa gelisah

Normal Untuk Rasa Gelisah, Tapi Apa Tanda Anda Mungkin Menghidap ‘Anxiety Disorder’?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Diterbitkan pada 15/01/2021 . 3 minit bacaan