backup og meta

Minyak Lintah Boleh Besarkan Zakar, Anda Percaya? Ini Kesan Sampingannya!

Minyak Lintah Boleh Besarkan Zakar, Anda Percaya? Ini Kesan Sampingannya!

Orang lelaki, pernah tak anda pakai minyak lintah untuk membesarkan zakar? Benarkah ia membantu prestasi atas ranjang?

Setiap pasangan suami isteri pasti mengidamkan hubungan seks yang menakjubkan dan memuaskan. Bagi mencapai hasrat ini, kedua-dua pasangan perlu mengekalkan prestasi seks yang terbaik. Pun begitu, kebanyakan sang lelaki kini sangat mudah dan cepat tewas di ranjang. 

Disebabkan itu, mereka mula menggunakan minyak belacak, minyak gambir dan sebagainya yang sangat popular dalam membantu prestasi seks lelaki. Ada juga yang mengatakan ia mampu membesarkan zakar! Untuk mengetahui kebenaran dakwaan tersebut, sila ikuti artikel ini dengan lebih lanjut. 

Sejak kebelakangan ini, minyak lintah telah menjadi salah satu produk permintaan ramai tidak kira di stor jamu atau atas talian.

Popularitinya tidak lagi dapat disangkal dan telah menjadi satu norma dalam kehidupan masyarakat Melayu terutamanya bagi menyemarakkan lagi prestasi seks mereka. Persoalannya, apakah itu minyak lintah dan fungsinya? 

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Lelaki, sila dapatkannya di sini.

Apa itu minyak lintah?

Minyak lintah adalah sejenis produk untuk prestasi seks yang diperbuat daripada ekstrak lemak lintah, sejenis cacing penghisap darah yang berhabitat di kawasan perairan.

minyak lintah
Minyak sebagai cara membesarkan zakar.

Dikatakan, produk ini mengandungi Hirudo Medicalis, juga dikenali sebagai lintah perubatan yang sangat popular dalam terapi lintah untuk tujuan perubatan. Produk ini sangat mudah digunakan, hanya dengan menyapunya pada zakar dan urut untuk beberapa minit sebelum beraksi di ranjang.

Apa fungsi minyak ini?

Fungsi utama minyak lintah adalah untuk meningkatkan prestasi seks lelaki. Dikatakan, produk ini mempunyai keupayaan untuk melancarkan darah beku pada saluran darah di kawasan zakar.

Jadi, penggunaannya mungkin boleh membantu peredaran darah menjadi lebih lancar lantas menggalakkan kemampuan ereksi yang hebat.

Ada satu lagi fungsi produk ini yang masih belum terbukti secara klinikal, iaitu membesarkan zakar.

Benarkah minyak ini mampu besarkan saiz zakar?

Hakikatnya, tiada satu pun produk yang menjanjikan pelbagai manfaat terhadap prestasi seks telah terbukti secara klinikal. Bahkan dalam banyak kajian saintifik kini, produk ini hanya bersifat plasebo semata-mata.

Ini bermaksud jika ada individu yang menggunakannya dan berasa prestasi seks mereka telah meningkat secara tiba-tiba sahaja, ia hanya kesan kepada mental anda dan bukan terhadap fizikal anda.

minyak lintah
Minyak sebagai petua membesarkan zakar.

Menurut Food and Drug Administration (FDA), produk-produk prestasi seks seperti minyak lintah, belacak, bulus, gambir dan lain-lain sebenarnya mungkin tidak mendatangkan apa-apa manfaat terhadap prestasi seks dan pembesaran saiz zakar secara khususnya, tetapi hanya bersifat plasebo sahaja.

Bukan itu sahaja, bahan-bahan yang terkandung di dalamnya malah mungkin akan membahayakan kesihatan anda.

Jadi, kenyataan yang mengatakan minyak lintah ini mampu membesarkan saiz zakar adalah auta semata-mata!

Adakah terdapat cara besarkan zakar yang lain?

Selain menggunakan produk-produk tersebut, ada satu lagi petua besarkan zakar yang lain iaitu penis stretching.

Metode ini dilakukan dengan cara menggunakan tangan anda untuk melakukan urutan atau regangan kepada zakar anda atau menggunakan alatan teknologi.

Meskipun ada kajian yang menyetujui metode ini, keputusannya adalah minimum dan dalam beberapa kes kesannya mungkin hanya sementara sahaja.

Anda boleh melakukan metode ini dengan cara manual iaitu menggunakan tangan untuk mengurut atau meregang tisu pada zakar anda. Ideanya, ia bertujuan untuk membuat micro-tears pada tisu zakar yang akan membuatnya kelihatan lebih besar.

zakar lelaki
Tabiat yang boleh merosakkan zakar lelaki.

Selain itu, anda juga boleh menggunakan alatan teknologi seperti pengepam zakar. Ideanya, ia bertujuan untuk menghasilkan ereksi secara serta-merta pada zakar anda.

Ada banyak anekdot yang mengatakan kedua-dua metode ini adalah berkesan untuk membesarkan saiz zakar.

Menurut kajian pada 2010 berkenaan Andropenis – sejenis alat untuk membesarkan zakar, penggunaannya setiap hari secara rutin mampu membesarkan zakar daripada 1.8 ke 3.1 sentimeter panjang.

  • Zakar membengkak besar
  • Zakar menjadi kebas
  • Kemerahan pada zakar
  • Kegatalan pada zakar
  • Kerosakan saraf zakar

Selain belum terbukti sepenuhnya secara klinikal, metode pembesaran zakar ini juga boleh mendatangkan pelbagai kesan sampingan yang lain.

Penggunaan minyak ini juga bukan merupakan cara yang sesuai untuk membesarkan zakar. Sebaiknya, anda perlu lebih fokus kepada diet, stamina dan gaya hidup yang boleh meningkatkan prestasi seks.

Anda perlu tahu bahawa saiz tidak penting, yang lebih penting adalah prestasi ketika melakukan seks.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Penis-enlargement products: Do they work?. https://www.mayoclinic.org/healthy-lifestyle/sexual-health/in-depth/penis/art-20045363. Accessed on July 2, 2020.
  2. Aliabadi, E., Soleimani Mehranjani, M., Borzoei, Z., Talaei-Khozani, T., Mirkhani, H., & Tabesh, H. (2012). Effects of L-carnitine and L-acetyl-carnitine on testicular sperm motility and chromatin quality. Iranian journal of reproductive medicine, 10(2), 77–82. https://pubmed.ncbi.nlm.nih.gov/25242977/. Accessed on July 2, 2020.
  3. Dietary Supplements. https://www.fda.gov/food/dietary-supplements. Accessed on July 2, 2020.
  4. What You Need to Know about Dietary Supplements. https://www.fda.gov/food/buy-store-serve-safe-food/what-you-need-know-about-dietary-supplements. Accessed on July 2, 2020.
  5. Hawthorn. https://www.nccih.nih.gov/health/hawthorn. Accessed on July 2, 2020.

 

Versi Terbaru

14/05/2024

Ditulis oleh Ahmad Farid

Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim

Diperbaharui oleh: Nurul Nazrah Nazarudin


Artikel Berkaitan

Ada Masalah Ereksi Zakar? Amalkan 5 Tip Ini Untuk Kuatkan 'Senjata' Anda!

Tak 'Ngam' Dengan Ubat? Ada Cara Lain Buat Lelaki Mati Pucuk! Cuba SUNTIKAN ZAKAR!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Muhamad Firdaus Rahim

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 14/05/2024

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan