Makan Mengikut Emosi: Bagaimana Menghentikannya

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 24/06/2020 . 2 minit bacaan
Share now

Makan mengikut emosi berlaku apabila seseorang individu itu memilih makanan untuk melegakan tekanan, menghiburkan diri atau sebagai penghargaan kepada diri dan bukannya kerana rasa lapar secara fizikal.

Makan mungkin akan membuatkan anda berasa baik untuk seketika, tetapi rasa lapar yang disebabkan emosi tidak dapat dihilangkan dengan makanan. Anda akan sering berasa lebih teruk dari sebelumnya berikutan pengambilan kalori yang anda makan.

Ini membuatkan anda berputus asa untuk cuba menangani emosi anda. Akhirnya ia akan mengakibatkan anda mengalami kesukaran untuk mengawal berat badan, mudah berasa tidak berdaya dan tidak mempunyai harapan sama ada untuk makan atau emosi.

Berita baiknya, tabiat ini boleh diatasi. Matlamat utama adalah untuk menyelaraskan semula otak anda untuk mengenal pasti tingkah laku tanpa melibatkan makanan adalah sesuatu yang baik dan selesa. Anda boleh ikuti 3 langkah mudah di bawah:

  1. Tingkatkan kesedaran diri

Kebiasaannya, makan disebabkan emosi adalah satu tingkah laku tidak terkawal yang berlaku secara automatik atau di bawah kesedaran anda. Sebelum mengubah tingkah laku ini, ingatlah untuk membuat catatan dan catatkan di mana anda makan dan bila waktu biasa anda mengalami tekanan untuk makan.

  1. Gantikan

Jika anda ingin memberhentikan tabiat makan kerana tekanan ini, anda perlu mencari sesuatu untuk menggantikannya. Berikut beberapa contoh aktiviti sihat, tidak berkaitan dengan pengambilan kalori yang dapat membantu melegakan tekanan harian anda.

  • Minum teh hitam. Kajian menunjukkan individu yang minum teh hitam mengalami penurunan 47% tahap korisol, hormon tekanan yang membuatkan anda mempunyai keinginan untuk makan.
  • Amalkan yoga, meditasi, mendengar muzik, rawatan spa, atau urutan yang boleh membantu menghindari masalah dan melegakan fikiran.
  • Cuba senaman pernafasan. Tutup mata anda, bernafas dan hembuskan nafas secara perlahan-lahan. Buat kiraan setiap kali anda bernafas dan menghembuskan nafas. Teruskan sehingga anda melakukannya sebanyak 10 kali.
  1. Berlatih dan amalkan

Terdapat banyak cara untuk menenangkan diri tanpa kalori. Cuba untuk mengamalkan teknik-teknik ini apabila anda tidak kelaparan makan, untuk membiasakan diri anda apabila anda memerlukannya. Ia pasti dapat membantu memberhentikan tabiat makan mengikut emosi anda.

Mengikuti langkah-langkah ini pastinya satu cabaran besar yang memerlukan kekuatan untuk mengamalkannya. Walau bagaimanapun, jika anda mengikutinya dengan baik, anda bukan hanya berhenti makan mengikut emosi, tetapi anda juga belajar untuk menjalani kehidupan yang sihat.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"
    Rujukan

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Saja Suka-Suka Lambat Makan, Ini Akibat Yang Terjadi Pada Perut, Antaranya Berat Badan NAIK!

    Kita semua pasti pernah alami perut masuk angin sebab 'skip' waktu makan bukan? Bukan itu sahaja, ada 4 lagi kesan negatif. Jom klik untuk tahu!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Gaya Hidup Sihat, Pemakanan 27/07/2020 . 3 minit bacaan

    Mak Buyung Selalu Kemurungan? BAHAYA Bukan Pada Ibu Saja Tapi Juga Bayi

    Ibu mengandung sememangnya akan mengalami perubahan secara fizikal atau emosi. Namun ia boleh menyebabkan kemurungan dan memberikan kesan kepada kandungan.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Kehamilan, Penjagaan Ibu hamil 10/07/2020 . 3 minit bacaan

    Gelisah & Sedih: Emosi Rasa Terganggu Selepas Seks? Mungkin Ini Puncanya

    Hubungan seks yang berlaku seharusnya melahirkan rasa kepuasan. Tetapi berlainan pula dengan anda, gangguan emosi yang dialami. Mengapakah ia berlaku?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Gaya Hidup Sihat, Seks Hubungan 22/06/2020 . 3 minit bacaan

    Makan Tak Ingat Dunia? Ini Mesti Tanda Nak Period, Ada 5 Cara Mudah Untuk Atasinya

    Kebanyakan wanita mengalami simptom prahaid sebelum datangnya pendarahan haid. Ini termasuklah mood tidak stabil, kelesuan dan naik selera makan.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Wanita 19/06/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    menyanyi dan menari

    Bukan Sekadar Hobi, Menyanyi & Menari Adalah Penawar Stres Terbaik! Tak Percaya? Jom Baca Ini

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 22/09/2020 . 3 minit bacaan
    penghidap penyakit barah

    9 Perkara Ini PERLU Anda ELAK Ucapkan Pada Pesakit Kanser! Bertimbang Rasa, Please

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 21/09/2020 . 3 minit bacaan
    bunuh diri

    Jika Ada Sesekali Terfikir Untuk Membunuh Diri, Apa Kata Cuba 5 Cara Ini Untuk Atasinya

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 09/09/2020 . 3 minit bacaan
    ketenangan diri

    Selalu Marah Tak Tentu Pasal? Itu Maksudnya Anda Perlukan ‘Me Time’ Untuk Seketika!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 02/09/2020 . 3 minit bacaan