backup og meta

5 Kesilapan Di Dalam Kamar Yang Isteri Selalu Buat, Dalam Diam Suami Makan Hati!

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim · Disemak pada 13/01/2021

    5 Kesilapan Di Dalam Kamar Yang Isteri Selalu Buat, Dalam Diam Suami Makan Hati!

    Lelaki lebih cenderung untuk dipersalahkan apabila berkaitan dengan seks. Walau bagaimanapun, wanita juga turut selalu melakukan kesalahan seks yang berlaku di kamar tidur.

    Berikut adalah kesalahan seks yang paling biasa dilakukan isteri dan cara mengatasinya:

    5 kesalahan seks yang biasa isteri buat 

    1. Kesalahan seks – Tidak mengambil inisiatif

    Wanita sering takut dilihat sebagai agresif dalam hubungan. Dengan ketakutan itu, kebanyakan wanita mengelak daripada memulakan langkah.

    Idea tentang peranan seks sudah ketinggalan zaman. Menyimpan perasaan hanya menghalang anda daripada mencapai kepuasan.

    Wanita dahulunya dikatakan kurang berminat dengan seks. Hakikatnya, mereka menyukai seks sama seperti lelaki. Pasangan anda akan berterima kasih jika anda mengambil langkah pertama sekali-sekala.

    2. Bimbang tentang penampilan

    hubungan suami

    Sembunyikan lemak badan dan menggunakan alat solek berminyak mengganggu kepuasan anda. Cuba untuk hadirkan diri dan nikmati apa yang anda sedang rasa.

    Pakar menunjukkan bahawa lelaki tidak terlalu mengambil berat tentang kelemahan fizikal yang selalu membuatkan wanita obses.

    Apabila anda benar-benar mencintai suami, perkara lain akan mula hilang. Sebagai mekanisme evolusi, lelaki dijadikan untuk tertarik kepada wanita yang mempunyai tanda-tanda sihat, muda dan subur.

    3. Beranggapan bahawa lelaki tidak menghargai seks

    Bertentangan dengan kepercayaan popular, seks tidak hanya untuk lelaki. Malah, ramai lelaki menganggap seks sebagai perkara yang sangat penting.

    Kajian menunjukkan bahawa kedua-dua lelaki dan wanita mengalami lebih keseronokan seks jika hubungan mereka lebih komited. Jadi, mungkin sudah tiba masanya untuk membuang tanggapan lama bahawa seks adalah kurang penting bagi seorang lelaki.

    4. Percaya bahawa lelaki sentiasa mahu seks

    seks

    Kebanyakan kanak-kanak lelaki remaja bersedia untuk melakukan seks pada bila-bila masa. Tetapi itu tidak terpakai bagi lelaki matang.

    Kesusahan hidup boleh mengurangkan nafsu seks lelaki. Oleh itu, jika suami kurang berminat dengan anda, jangan berkecil hati. Ini kerana, tekanan kerja dan masalah kewangan mungkin menjadi puncanya.

    Fikirkan sewaktu anda menolak keinginan suami dari melakukan seks. Anda mungkin tidak mahu seks, tetapi anda masih mencintainya. Begitulah juga dengan suami anda. 

    5. Elakkan bercakap secara langsung tentang seks

    Adalah penting untuk mempunyai perbualan yang jujur dan terus tentang seks, walaupun kamu berdua telah bersama selama beberapa dekad.

    Satu-satunya cara untuk mencapai kepuasan seksual adalah dengan berkomunikasi mengenai apa yang membuat anda rasa seronok dan sebaliknya.

    Lelaki anda tidak dilahirkan dengan ilmu mengenai cara untuk menggembirakan anda. Tetapi mujurlah dia mahu berbuat demikian.

    Anda hanya perlu berikan bimbingan dan lakukannya dengan berhati-hati agar tidak membunuh keyakinan suami. Sebutkan beberapa perkara yang anda suka tentangnya, kemudian satu perkara yang anda tidak suka.

    Lelaki boleh menjadi pendengar yang baik dan ungkapkan saja dengan jelas. 

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Panel Perubatan Hello Doktor


    Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim · Disemak pada 13/01/2021

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan