Bukan Hanya Lelaki, Wanita Turut Alami Masalah Seksual. Jangan Bimbang, Ada Cara Atasinya!

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 15/10/2020 . 3 minit bacaan
Share now

Wanita dan seksualiti, dahulunya merupakan antara topik sensitif untuk dibual dan dibincangkan secara terbuka. Namun, berbeza pada masa kini, perbincangan mengenai perihal keinginan wanita secara terbuka semakin diterima.

Apa yang penting, individu wanita itu sendiri semakin menyedari aspek seksualiti dan kesihatan seksual bukanlah sesuatu perkara yang boleh dianggap remeh.

Wanita dan seksualiti: isu seksual yang sering diabaikan

Seorang individu wanita turut berisiko untuk mengalami masalah seksual. Masalah seksual atau dikenali sebagai disfungsi seksual wanita (female sexual dysfunction, FSD) oleh profesional kesihatan.

Ia merujuk kepada sebarang perkara yang mengganggu kepuasan wanita dengan aktiviti seksual. Malahan, perasaan anda terhadap pasangan dan perhubungan seksual juga pasti akan menjejaskan kepuasan seksual anda.

Masalah ini boleh berlaku pada sebarang fasa kitaran tindak balas seksual yang menghalang individu atau pasangan daripada mengalami kepuasan seksual.

Kitaran tindak balas ini boleh dibahagikan kepada empat fasa iaitu:

  1. Fasa keseronokan

Wanita dan Seksualiti Apa yang Harus Diketahui - fasa keseronokan

Fasa ini adalah berkaitan keinginan yang meningkatkan minat dan responsif kepada aktiviti seksual. Pada tempoh ini anda sedang berada dalam ‘mod’ dan denyutan jantung serta kadar pernafasan anda semakin laju dan kulit anda mungkin akan bertukar kemerahan.

  1. Fasa puncak rangsangan

Rangsangan seksual seperti sentuhan, penglihatan, pendengaran, rasa, bau atau imaginasi – mendatangkan perubahan fizikal yang lebih mendalam.

Cecair akan dirembeskan pada sekitar faraj, melembapkan faraj, labia dan vulva. Cecair ini memberikan pelinciran untuk hubungan seksual. Faraj akan berkembang, dan klitoris membesar. Puting akan menjadi keras atau tegak.

  1. Fasa orgasma

Turut dikenali sebagai klimaks. Fasa ini adalah puncak kepada keghairahan hubungan seksual. Pada tempoh ini otot yang mengelilingi faraj berhubung secara berirama, dan mewujudkan sensasi yang amat menyenangkan. Ia disebut sebagai klimaks seksual.

  1. Fasa resolusi

Faraj, klitoris dan kawasan sekitarnya akan kembali kepada keadaan asal, iaitu keadaan di mana sebelum menerima sebarang rangsangan.

Pada ketika ini, berkemungkinan besar anda akan cenderung untuk merasa tenang, santai dan mengantuk yang mungkin membuatkan anda tertidur.

Setiap individu wanita akan melalui proses kitaran pada tahap yang tersendiri, iaitu tahap yang normal buat dirinya. Masalah seksual berpotensi untuk berlaku seandainya, salah satu fasa dari kitaran tindak balas seksual ini tidak berlaku.

Simptom masalah seksual wanita

Antara tiga masalah seksual umum yang sering dihadapi wanita, adalah termasuk:

#Kekurangan keinginan seksual

Kurang minat atau keinginan terhadap seks, merupakan antara masalah umum sama ada kepada lelaki mahupun wanita, tetapi ia lebih cenderung untuk berlaku kepada wanita.

#Kesukaran mencapai klimaks

Tidak mampu untuk berasa terangsang secara seksual sering kali dikaitkan dengan kekurangan minat dan keinginan. Bagi sesetengah kes, seseorang individu wanita mungkin mempunyai keinginan seksual tetapi tidak berasa terangsang.

keinginan wanita

#Kesakitan

Berasa sakit semasa melakukan perhubungan seksual atau persetubuhan (dyspareunia) adalah sesuatu yang jarang berlaku.

Tetapi ia tidak mustahil untuk berlaku. Sama seperti masalah seksual lain, kesakitan ini mungkin akan menyebabkan seseorang individu wanita itu hilang minat terhadap seks.

Atasi masalah wanita dan seksualiti

Sama ada sesuatu kes masalah seksual seseorang individu wanita itu dapat dirawat atau tidak, ia sebenarnya bergantung kepada punca yang menjadi penyebab kepada munculnya masalah ini.

Antara kaedah rawatan yang boleh digunakan adalah termasuk:

  1. Pendidikan

Anda boleh mempelajari tentang anatomi manusia, fungsi seksual dan perubahan umum yang berkaitan dengan penuaan, serta tingkah laku seksual dan tindak balas yang sesuai, dapat membantu individu wanita mengatasi rasa kegelisahan mengenai fungsi seksual dan prestasinya.

  1. Rangsangan

Meningkatkan rangsangan ini melibatkan bahan erotik seperti video atau buku, melancap atau perubahan pada rutin atau posisi seks.

  1. Teknik

Wanita dan Seksualiti Apa yang Harus Diketahui - 3

Pelbagai teknik gangguan boleh diaplikasikan untuk membantu meningkatkan keghairahan dan menghilangkan kegelisahan. Seperti mewujudkan fantasi erotik, muzik, video, bersenam sambil melakukan hubungan seksual dan lain-lain.

  1. Tingkah laku non-coital

Merupakan aktiviti merangsang secara fizikal yang tidak melibatkan hubungan seksual. Ianya seperti urutan sensual, bagi meningkatkan keselesaan.

  1. Posisi seksual

Menggunakan posisi kedudukan seksual yang membolehkan individu wanita mengawal kedalaman penembusan (depth of penetration) dapat membantu melegakan kesakitan.Pelincir faraj dapat membantu mengurangkan kesakitan disebabkan geseran.

  1. Komunikasi

Seorang individu wanita perlu belajar meluahkan dan memberitahu pasangan tentang keperluan, keinginan seksual untuk turut sama mempunyai peluang menikmati hubungan seksual yang memuaskan.

  1. Terapi seks

Pakar terapi seks mungkin dapat membantu pasangan untuk memberikan tumpuan dalam hubungan seksual dengan mengesyorkan latihan dan keperluan khusus bersesuaian dengan masalah yang dihadapi.

Gaya hidup seimbang

Isu wanita dan seksualiti dapat diatasi dengan berkomunikasi secara terbuka dan jujur dengan pasangan. Mengamalkan gaya hidup yang sihat turut dapat menggalakkan kesejahteraan diri secara keseluruhan.

Ia sekali gus dapat meningkatkan keyakinan diri, yang mungkin dapat meningkatkan minat dan keghairahan anda terhadap seks.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Tak Tahu Sudah Lepas Waktu Subur Atau Belum? Kenal Pasti 5 Tanda Ovulasi TIDAK Berlaku

Proses ovulasi adalah perkara normal berlaku pada badan secara automatik. Tetapi apakah tanda boleh dikenal pasti jika wujudnya masalah kesuburan wanita?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Kehamilan, Rancang Kehamilan 19/10/2020 . 3 minit bacaan

Keinginan Nafsu Seksual Turun Naik Masa Hamil? 5 Perkara Inilah PUNCANYA

Kenapa keinginan seks atau libido wanita hamil ada naik turunnya semasa tempoh kehamilan? 5 perkara ini mungkin punca utamanya yang tidak anda ketahui.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Kehamilan, Penjagaan Ibu hamil 16/10/2020 . 3 minit bacaan

“Eh.. Kenapa Bulan Ini Dua Kali Datang Haid?” Takutnya! Normal Atau Tidak?

Datang bulan bukanlah momen yang ditunggu segelintir wanita kerana masalah PMS dan kembung perut. Tapi bagaimana jika anda didatangi haid dua kali sebulan?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Wanita 15/10/2020 . 3 minit bacaan

Tiub Fallopio Tersumbat? Usah Risau, Ini Cara Semula Jadi Yang Boleh Dilakukan Hanya Di Rumah

Dalam sistem pembiakan seseorang wanita, tiub fallopio adalah tempat berlakunya persenyawaan di mana sperma akan cuba memasuki sel telur.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Wanita 14/10/2020 . 3 minit bacaan

Artikel lain untuk anda

alat permainan seks

Jangan Cuma Tahu Guna, Ketahui Dulu Manfaat & Mudarat ‘Sex Toy’ Dalam Bersenggama!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Diterbitkan pada 28/10/2020 . 3 minit bacaan
penyakit gonorea

Nampak Macam Sama, Tapi Jangkitan Gonorea & Klamidia Ini Sangat Berlainan! Ini Bezanya

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Diterbitkan pada 23/10/2020 . 3 minit bacaan
penyakit radang pelvik

Malu Nak Jumpa Doktor, Penyakit Radang Pelvik Boleh Sembuh Sendiri Tanpa Rawatan?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Diterbitkan pada 20/10/2020 . 3 minit bacaan
warna zakar

Perasan Tak Warna Alat Sulit Kita Berbeza Dengan Kulit Badan? Ini Rupanya Punca Kejadian!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Diterbitkan pada 19/10/2020 . 3 minit bacaan